KERTAS KERJA PIDATO

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PIDATO

BAHASA MELAYU

SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT IPG KAMPUS PERLIS 2012

TARIKH: 18 SEPTEMBER 2012

TEMPAT:IPG KAMPUS PERLIS

ANJURAN:JABATAN SAINS SOSIAL

DENGAN KERJASAMA PISMP SEM. 4 BAHASA MELAYU (A)

ISI KANDUNGAN

Bil.

Kandungan

Muka Surat

1.

Pengenalan

1

2.

Rasional

1

3.

Objektif

2

4.

Butir-butir Program

2

5.

Senarai Ahli Jawatankuasa Pertandingan

3

7.

Anggaran Belanjawan

4

9.

Penutup

5

1.0PENGENALAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Sinonim dengan sambutan kemerdekaan, satu inisiatif telah diambil bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri setiap guru pelatih. Oleh yang demikian, satu pertandingan pidato bahasa Melayu sempena sambutan kemerdekaan peringkat IPG Perlis bakal diadakan.

Pemilihan pidato bahasa Melayu secara tidak langsung dapat mengembalikan kedaulatan Bahasa Melayu kian tergugat saban hari. Masyarakat merdeka pada hari ini lebih gemar menggunakan bahasa slanga berbanding dengan menggunakan Bahasa Melayu standard. Tambahan lagi, golongan belia pada hari ini juga kurang mahir untuk berkomunikasi dengan baik di khalayak ramai dan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan apabila lambakan graduan yang menganggur adalah disebabkan lemahnya kemahiran berkomunikasi yang dimiliki mereka.

Oleh sebab itulah, pertandingan pidato seumpama ini perlu diadakan dan dibudayakan di IPG Kampus Perlis pada setiap tahun agar para guru pelatih di sini dapat menhayati erti sebenar kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini.

RASIONAL

Dengan terlaksananya aktiviti ini, para guru pelatih akan didedahkan dengan unsur-unsur yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kita misalnya sejarah kemerdekaan negara, tokoh yang berusaha mendapatkan kemerdekaan dan pengisian maklumat tentang kemerdekaan. Pengetahuan inilah yang sepatutnya diketahui oleh seluruh warganegara yang merdeka. Melalui aktviti ini, potensi yang ada dalam diri setiap guru pelatih akan dapat dicungkil dan digilap bagi melahirkan guru yang berkualiti dan serba boleh. Selain itu, melalui pelaksanaan aktiviti ini juga mampu membentuk para guru yang berfikiran kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan mempunyai skil berkomunikasi yang baik. Malahan, program ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan semangat cinta akan tanah air dan rela mempertahankan negara daripada ancaman anasir luar.Selain itu, guru pelatih dapat meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sahsiah diri yang positif sebagai proses membentuk keterampilan ikhtisas keguruan.

1

OBJEKTIF

Menambah pengetahuan sedia ada guru pelatih berkaitan kemerdekaan negara

Meningkatkan semangat patriotisme dalam diri guru pelatih

Membentuk keyakinan diri yang tinggi.

Melatih kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai

Melatih para peserta berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyampaikan idea dan pendapat.

Dapat membina kemahiran sosial dalam kalangan peserta di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka.

BUTIR-BUTIR PROGRAM

3.1Nama Program: Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sempena

Sambutan Kemerdekaan Peringkat IPG Kampus Perlis

3.2Anjuran: Jabatan Sains Sosial dengan kerjasama

PISMP Semester 4 Bahasa Melayu (A)

3.3Tarikh: 18 Sepetember 2012

3.4Masa: 8.00 11.00 malam

3.4Tempat: IPG Kampus Perlis

3.5Sasaran: Semua guru pelatih IPG Kampus Perlis

2

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Senarai Ahli Jawatankuasa Pertandingan Pidato Peringkat IPG Kampus Perlis 2012.

Penasihat:Encik Muhammad Bin Tayab

Pengerusi:Muhammad Norhisyam Bin Shamsudin

Naib Pengerusi:Siti Khalijah Binti Shaari

Setiausaha:Mohd Haikal Bin Aminuddin

Bendahari:Shabana Munawwarah Binti Ishak

Ahli Jawatankuasa Pelaksana : 

Peralatan / Tempat:Ahmad Syauqi B Roslan

:Muhammad Haffis Bin Abdul Mutalib

:Noor Aadilah Binti Zainal Abidin

:Nur Atiqah Binti Saiful Azhar

:Safiah Binti Mohammad

Publisiti/Siaraya:Muhammad Izwan Bin Barahim

:Mohd Syafiq Bin Ahmad

Dokumentasi :Nurul Iman Kamila Binti Marzuki

Protokol: Roslina Binti Amir

:Norlishakina Bt Rosli 

:Siti Murni Binti Zinol

Penghakiman:Mohd Taufiq B. Mohd Desa

:Siti Amalina Binti Mazni

Hadiah:Muhammad Hafizzi Bin Kamaronzaman

:Muhammad Zaid Bin Ismail

Buku Program:Muhammad Hilmi Bin Ahmad Shukri

3

ANGGARAN BELANJAWAN

Belanjawan adalah berdasarkan kepada perkara berikut:

Jangka masa program ini dijalankan iaitu selama satu hari.

Bilangan hakim yang terlibat.

Sasaran yang ditetapkan iaitu semua guru pelatih IPG Kampus Perlis

Bil.

Perkara

Jumlah

1.

Makanan dan minuman urusetia/hakim

Urusetia : 20 x RM1.00 = RM20.00

Hakim : 3 x RM10.00 = RM30.00

RM 50.00

2.

Hadiah dan cenderahati

Pertandingan

3.

Rencam

RM 50.00

JUMLAH BESAR

4

PENUTUP

Semoga rancangan aktiviti ini akan menjadi satu platform bagi kami sebagai guru pelatih IPG Kampus Perlis untuk menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang boleh dimanfaatkan untuk kerjaya kami sebagai seorang pendidik yang bertaraf dunia di masa hadapan kelak. Akhir sekali, diharapkan agar segala objektif yang telah dirancang dan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian para peserta dan juga pihak yang terlibat.

Disediakan oleh:Diluluskan oleh,

..

(MOHD HAIKAL BIN AMINUDDIN ) (EN. MUHAMMAD BIN TAYAB)

Setiausaha,Pensyarah Penasihat,

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu,Pertandingan Pidato Bahasa Melayu,

Sempena Bulan Kemerdekaan

IPG Kampus Perlis. IPG Kampus Perlis.

sk:i.Pensyarah Penasihat

5

Leave a Reply