Pidato : Tajuk Institut Pendidikan Guru Lestari

Tajuk Pidato: Institut pendidikan guru lestari

Selamat sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati Saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada petang yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Institut pendidikan guru lestari. Sebelum memulakan bicara pidato, izinkan saya menyatakan definisi tajuk saya pada hari ini iaitu apakah itu Institut pendidikan guru lestari. Mengikut kamus perdana, lestari adalah bermaksud abadi, kekal dan tetap dan pelestarian pula bermaksud perlindungan daripada kemusnahan. Manakala IPG pula merujuk kepada sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. 

Program Institut pendidikan guru lestari ataupun dipanggil sebagai IPG Lestari yang dilancarkan sempena sambutan Hari Bumi ini merupakan satu usaha sama antara IPGM dengan World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan, menanam kesedaran dan mengamalkan gaya hidup lestari untuk semua warga IPG. VISI IPG LESTARI ialah IPG Pemangkin Masyarakat Lestari manakala MISI IPG LESTARI ialah Membudayakan amalan lestari dengan menghijaukan pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan persekitaran. SLOGAN IPG LESTARI pula ialah Kelestarian Melalui Pendidikan. Mengikut Dr Ramdzani Abdullah, program ini penting dalam membentuk keperibadian pelajar mengamalkan penjagaan alam sekitar secara tidak langsung mewujudkan institut yang mesra alam. Pada asasnya, gaya hidup lestari mempunyai tiga nilai utama, iaitu amalan bersederhana dalam kehidupan harian, berbelanja menurut kemampuan dan keperluan, dan pelestarian alam sekitar.

Para hadirin yang dihormati,

Dalam arus globalisasi, manusia terlalu obses melakukan pembangunan sehingga mengabaikkan alam sekitar khususnya memelihara dan memulihara khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Memetik kata-kata Chief Settle dalam bukunya, kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya hanya meminjamnya daripada anak cucu kita. Jelas menggambarkan betapa bumi dan alam ini adalah amanah generasi akan datang kepada kita. Oleh itu, sebagai warga IPG yang bertanggungjawab terhadap keharmonian negara, kita sepatut menyambut baik program ini serta memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakannya.

Indikator saya yang pertama adalah pihak IPG harus mengadakan aktiviti memadamkan lampu selama satu jam setiap hari. Hal ini akan menyedarkan pelajar-pelajar IPG tentang kepentingan bekalan elektrik dalam kehidupan harian. Selain itu, penghawa dingin dalam IPG boleh ditetapkan pada darjah tidak kurang daripada 24 celsius sebagai langkah penjimatan tenaga. Semua langkah IPG ini akan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan menjimatkan perbelanjaan IPG.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang kedua adalah pihak IPG boleh menggalakkan pelajar membawa bekas makanan sendiri apabila ingin membungkus makanan dari kantin. Pihak Kantin juga boleh mengenakan 20sen untuk setiap polistrin sekiranya pelajar tersebut ingin membungkuskan makanan dengan polistrin. Perbuatan tidak menggunakan polistrin dalam IPG dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat daripada perlepasan bahan kimia apabila polistrin dibuang selepas sahaja digunakan.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Indikator saya yang ketiga adalah pihak IPG boleh mengadakan kempen penanaman pokok di kawasan lapangan IPG. Penanaman pokok di kawasan IPG dapat mewujudkan suasana yang cantik serta harmoni. Persekitaran yang bersih dan indah dapat membantu terhadap pertumbuhan badan yang sihat serta otak yang cerdas. Justeru, aktiviti ini dapat membantu mengurangkan tekanan pelajar-pelajar. Amalan menanam pokok bunga juga memberikan suatu sumbangan terhadap ekosistem alam sekitar. Pokok bunga akan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis. Hal ini boleh menjamin kesejahteraan makhluk di dunia kita. Oleh itu, amalan ini patut kita praktikkan sepanjang masa.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Indikator saya yang keempat adalah mengadakan pameran berkaitan dengan kitar semula. Melalui pameran ini pelajar IPG akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti pengurangan penggunaan polistrin, penjimatan penggunaan tenaga elektrik serta cara menguruskan bahan pembuangan supaya mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar. Pameran kitar semula dapat menggalakkan pelajar IPG supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Selain itu, pihak IPG juga boleh mengadakan pertandingan seperti penghasilan kraf tangan dengan menggunakan bahan pembuangan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, pelajar IPG akan menyedar tentang kepentingan aktiviti kitar semula.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa pelestarian alam sekitar memang merupakan amalan yang sangat mulia yang akan mendatangkan banyak kebaikan kepada kita semua dan seharusnya dipraktikkan oleh seluruh masyarakat supaya Negara kita akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Maka, semua pihak perlulah berganding bahu untuk mengamalkan pelestarian alam sekitar.

Oleh itu, kita mesti belajar dan mengamalkan cara hidup lestari. Bertindaklah secara global dan berfikir secara global. Paling kurang yang kita boleh lakukan untuk hidup lebih lestari adalah dengan lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih.

loading...

Leave a Reply