2.1Kertas Konsep Pidato Rendah KPM_ms17-24

PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP

PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengenalan

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

1.1 Objektif Pertandingan

Membina keyakinan diri.

Meluaskan pengetahuan.

Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.

Memupuk semangat patriotisme.

Menjana daya saing secara positif.

2.0Peserta

2.1Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 2 sekolah rendah bantuan kerajaan.

3.0Peringkat Pertandingan

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

Peringkat Daerah

Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta mengendalikan pertandingan di peringkat ini.

Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.

Peringkat Negeri

Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

Peringkat Kebangsaan

Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

Seorang peserta dari setiap negeri (seorang peserta sekolah menengah dan seorang peserta sekolah rendah) akan mewakili negeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing dan seorang pegawai pengiring.

4.0Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan. Tajuk akan diberi TIGA (3) minggu sebelum pertandingan.

Bahagian Kedua

4.2.1 Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama .

4.2.2 Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

4.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim dan menyerahkannya kepada juru acara tanpa membuka sampul tersebut.

4.2.4 Juru acara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah berada di atas pentas.

4.2.5 Masa persediaan SATU (1) minit bermula sebaik sahaja juru acara selesai membacakan tajuk pidato spontan. Semasa persediaan di pentas, peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

4.2.6 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa persedian dan DUA (2) kali menandakan tamatnya masa persediaan dan bermulanya masa pidato spontan.

4.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan pidato spontan sebelum tamatnya masa persediaan.

Syarat-syarat Pertandingan

Peserta diberi masa LIMA (5) minit untuk pidato bahagian pertama, dan TIGA (3) minit untuk pidato bahagian kedua.

Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1) minit sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian pertandingan.

Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat pertandingan.

Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam sekolah / blazer / pakaian kebangsaan yang tidak menunjukkan identiti sekolah. Pakaian mestilah sopan dan sesuai.

Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

4.4Pemilihan Tajuk

4.4.1Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato

Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang

tersiar dalam media massa negara.

Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada peserta negeri tiga(3) minggu sebelum Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

Enam belas (16) orang peserta setiap negeri dalam pertandingan peringkat saringan. Enam (6) orang peserta akan dipilih ke peringkat separuh akhir. Tiga (3) orang peserta terbaik dipilih untuk ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan.

Peraturan Pemarkahan

Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat 2 markah

Huraian 4 markah

Data / contoh 3 markah

Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah).

4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )

4.5.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

4.5.2Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)

4.5.2.1 Isi ( 40 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea / isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea / isi 5 markah

Huraian 10 markah

Data / contoh 4 markah

Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

4.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )

4.5.2.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam terlebih dahulu sebelum memulakan pidato. Peserta juga digalakkan memberikan kata alu-aluan selepas memberi salam. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

Panduan Kepada Panel Hakim

Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.

Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM JURI.

4.6.4Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5.0.Tarikh Pertandingan

Peringkat Daerah:

Peringkat Negeri:

Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan:

Tempat:

Peringkat Akhir Kebangsaan:

Tempat:

6.0Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pelajaran Negeri.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa,

AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Leave a Reply