Contoh Teks Pidato 2014

Tajuk pidato bahagian A

Tema: Perpaduan Teras Keamanan Negara

Bersatu Kita Teguh

Bercerai Kita Roboh

Begitulah indahnya pepatuh orang daulu sebagaimana indahnya mauduk pidato yang akan saya sampaikan Perpaduan Teras Keamanan Negara.

Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang sentiasa menegakkan paksi kebenaran, penjaga masa yang budiman, guru-guru dan warga dewan sekalian.

Perpaduan saya fahamkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai bersama dan satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Teras keamanan negara merujuk kepada asas kesejahteraan dan keselamatan ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Dalam 5 minit pidato saya ini, saya ingin mengajak hadirin sekalian menilai kepentingan perpaduan sebagai teras keamanan negara berdasarkan sebuah cerita, iaitu Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969.

Warga dewan yang dihormati,

Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi(perbuatan /ucapan yang memperlihatkan sesuatu(menjadi nyata) perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Oleh itu, pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.

Hadirin yang dirahmati,

Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

Warga dewan yang dihormati,

Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Warga dewan yang dikasihi,

Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

Sebelum melangkah pergi, serangkap pantun untuk renungan kita bersama.

Berbilang bangsa sehati sejiwa,

Satu Malaysia jadi pegangan,

Pemimpin cekap lagi berwibawa,

Rakyat bersatu negara aman.

Sekian, terima kasih.

.

Tajuk pidato bahagian B (spontan)

Faedah Bersukan

Bersukan menjadi aktiviti wajib di sekolah- sekolah. Pelajar sangat digalakkan menyertai aktiviti sukan. Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperoleh dengan menyertai aktiviti sukan ini.

Dengan bersukan, seseorang itu dapat menyihatkan badan mereka. Sewaktu bersukan, otot-otot akan digerakkan. Selain itu, bersukan juga akan mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan mengeluarkan sisa toksik dalam badan dan menjadikan seseorang itu sihat.

Bersukan juga dapat mengisi masa terluang seseorang dengan cara yang baik. Bagi remaja masa luang mereka boleh diisikan dengan berlatih sukan seperti bola sepak, bola keranjang, bola jaring, hoki dan sebagainya. Kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, merokok, dan vandalisme akan terhindar.

Hubungan antara jiran tetangga dapat dieratkan dengan adanya kegiatan sukan. Penduduk sesuatu kawasan akan bermain bersama-sama di padang permainan. Hubungan yang erat akan membentuk masyarakat Malaysia yang harmonis. Perpaduan dalam masyarakat akan terus terjamin.

Seseorang yang aktif dalam bidang sukan boleh menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan kepada mereka. Mereka boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya untuk menyara kehidupan. Mereka akan memperoleh ganjaran daripada setiap kemenangan yang dikecapi. Ada antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Contohnya, Datuk Nicole Ann David dan Datuk Lee Chong Wai.

Kesimpulannya, anggapan bahawa aktiviti sukan tidak membawa sebarang faedah sepatutnya dibuang daripada fikiran. Penglibatan dalam aktiviti sukan membawa faedah bukan sahaja kepada diri, malah kepada masyarakat dan negara. Kerajaan juga sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan mutu sukan negara.

Sayangi Warga Emas

Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula.

Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik.

Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?

Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini.

Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak membosankan.

Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas.

Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna.

Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

Masa lapang yang berfaedah

Pada zaman ini,segala kelengkapan telah dinaik taraf dan pembangunan serta ekonomi semakin maju setaraf dengan negara luar.Kemudahan infrastruktur telah dipelbagaikan demi mencapai keselesaan rakyat Malaysia.Malaysia turut memajukan sistem teknologinya yang mampu untuk berdaya saing dengan negara yang hebat seperti sistem teknologi di Amerika Syarikat dan di Jepun.Namun,disebalik pembangunan negara yang semakin pesat ini,masih ada lagi golongan remaja yang berfikiran sempit dang sering kali melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan masa amatlah penting bak kata pepatah Masa Itu Emas.Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja kerana masa yang terbuang tidak mungkin boleh diulang.

     Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh golongan remaja untuk mengisi masa lapang antaranya ialah dengan beriadah.Dengan beriadah,seseorang remaja itu dapat mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan.Sekiranya badan kuat dan sihat,golongan remaja dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan keluarga dalam menguruskan hal di rumah dan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa.Selain itu,sikap tanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri setiap remaja dan melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Seterusnya,golongan remaja boleh mengisi masa lapang dengan menimba ilmu yang merangkumi pelbagai bidang tidak kira samada di sekolah,kelas tambahan,kolej mahupun hanya di rumah.Dengan cara ini,masa lapang dapat digunakan dengan penuh manfaat.Remaja boleh mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan ilmiah dan bukan bahan bacaan yang mengandungi hiburan semata-mata.Sekiranya remaja rajin menimba ilmu,nescaya banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh.Golongan remaja yang seperti ini akan dihormati dan disenangi oleh ahli keluarga dan masyarakat.

Selain itu,remaja perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang sering kali dianjurkan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak yang mewakili kebajikan masyarakat.Hal ini dapat meningkatkan serta mengukuhkan ikatan ukhwah sesama anggota masyarakat dan mengeratkan perpaduan dalam negara.Golongan remaja boleh mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan yang membantu mereka yang susah terutamanya mangsa bencana alam.Golongan remaja perlu menjadi pelapis bagi generasi yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup orang lain.

Remaja juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan dan mengambil upah bekerja bagi menambah wang perbelanjaan.Remaja juga boleh menyimpan wang yang diperoleh di dalam akaun simpanan untuk kegunaan masa hadapan.Dengan ini,beban yang ditanggung oleh ibu bapa dapat diringankan.Wang yang diperoleh juga boleh digunakan untuk tujuan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang tertentu di samping dapat merehatkan serta menenangkan fikiran.Selain itu,dengan aktiviti lawatan yang dijalankan remaja dapat menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman serta menyemai semangat patriotik dan cinta akan alam sekitar.

Konklusinya,setiap remaja mesti bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja.Remaja yang tidak menghargai masa akan merugukan diri sendiri dan mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat.

Budi Bahasa Amalan Mulia

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga budi bahasa ditakrifkansebagai adat sopan santun. Amalan bermaksud perbuatan kebiasaan. Manakala mulia diertikan sebagai murni, luhur atau terhormat.

Secara konotosinya, Budi Bahasa Amalan Mulia juga membawa maksud adat sopansantun yang diamalkan dapat menyemaikan nilai-nilai murni dalam diri. Sesungguhnya budibahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Persis mutiara kata

Yang kurik itu kundi.

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspekbudi bahasa.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Menelusuri indikator saya yang pertama, amalan berbudi bahasa amat dituntut dari sudut budaya,peradaban dan agama. Amalan nilai-nilai murni ini dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hidup yangbertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya subjek pendidikan moral dan Pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan. Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Hadirin yang dimuliakan,

Indikator saya yang kedua, Bahasa melambangkan bangsa. Justeru penggunaanbahasa yang sopan dan sesuai perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik. Kita hendaklah membudayakanbudi bahasa sama ada di tempat kerja, di sekolah, rumah hatta di jalanan sekalipun. Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan sama ada dari segi cara berfikir, melahirkan perasaan, pertuturan dan perlakuan. Hanya dengan carainilah kita dapat membentuk satu nilai yang mantap dan berkesan. Jika suasana ini dapatdiwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-menghormati antara satu samalain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.

Tidak melayu hilang di dunia Kata-kata keramat Laksamana Hang Tuah ini mungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.

Justeru, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun ,kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Budi Bahasa Amalan Mulia jelas menunjukkan bahawa amalan berbudi bahasa itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita.

Sekian , terima kasih

Bahasa Jiwa Bangsa

Andai patah sayap rajawali,

bertongkat jua saya ke mari,

bukan kerana ingin bermimpi,

tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi  Bahasa Jiwa Bangsa.

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan.

Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa. Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai j enis manusia daripada satu asal keturunan.

   Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu bangsa  yang menjadi  identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkanjati diri sesuatu bangsa.

Kekuatan bahasa itu juga membuktikan  kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.

Yang kurik itu kundi.

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

  Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk  jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.

Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang  dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan.

 Tidak melayu hilang di duniaKata-kata keramat Laksamana HangTuah ini mungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama, bahasa kebangsaan bahasa perpaduan.Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negara-negara di kepulauan Melayu. Hal ini telah menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf  pembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf  Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setia purusan. Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Dengan adanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.

Warga pendengar yang budiman,

Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden. Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia.

Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua  rakyat  tanpa mengira kaum,agama,budaya dan bahasa  ibunda. Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri  kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan.

Hadirin yang dimuliakan,

Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa berperanan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf  Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun,

Sedap makan kacang kelisa,

Buah peria pahit dan maung,

Bahasa menggabungkan etnik bangsa,

Satu Malaysia sama bernaung.

Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.

Sekian terima kasih……. Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

Rukun Negara

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA

Kepercayaan kepada Tuhan,Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,Kedaulatan undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama.Memetik kata-kata mantan perdana menteri kedua Malaysia,Tun Abdul Razak Hussein Rahsia kesempurnaan Rukun Negara adalah pada amalannya.Tanpa amalan Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna.

Terima kasih diucapkan kepada nakhoda pimpinan majlis yang berwisi,Tuan pengerusi majlis yang dihormati,kombinasi kehakiman yang berintergriti,seterusnya sidang hadirin yang dikasihi.Salam sejahtera dan salam perpaduan 1Malaysia.Berdirinya saya disini dengan penuh iltizam,ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana malelui mauduk pidato yang berbunyi Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara saya mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian Rukun Negara. Rukun negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan,kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan.

Hadirin yang penuh santun,

Rukun negara terbentuk ekoran daripada peristiwa 13Mei 1969 setelah berlaku rusuhan kaum yang menggugat keamanan dan keutuhan negara.Hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara(MPN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein maka lahirlah Rukun Negara sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni.

Menurut Tun Abdul Razak Adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat , tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiap-tiap perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging.Oleh itu bagi merungkaikepentingan rukun negara dan membuktikan kemampuannya,5 perspektif hujah saya unjurkan.

Hadirin sekalian,

Hijab pidato ini saya buka dengan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.Albert Einstein pernah berkata, agama tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu buta.Nah,terbuktilah bahawa agama amat penting dalam kehidupan manusia. Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang,sesuatau bangsa dan juga negara.Perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan bebas di negara kita sekaligus membuktikan bahawa rakyat negara ini mengamalkan sikap toleransi yang tinggi kerana tidak membeza-bezakan warganya.

Pendengar yang penuh santun,

Hujah saya yang kedua di bawah lembayung kata Prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada pemerintah dan negara. Setiap warganegara haruslah menumpukan sepenuh taat setia kepada raja dan negara kerana Raja lambang perpaduan negara.sumpah taat setia kepada raja dapat mengelakkan sesetengah rakyat di negara ini menggunting dalam lipatan atau menangguk di air yang keruh demi kepentingan diri sendiri.perkara buruk seperti rusuhan kaum dapat dielakkan jika rakyat mematuhi prinsip kedua ini sekaligus menjamin kestabilan negara yang berterusan.

Keluhuran perlembagaan adalah prinsip ketiga dalam rukun negara.Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima,mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan perlembagaan negara keran perlembagaan negara merupakan sumber perundangan yang tertinggi.Rakyat perlu sedar bahawa Perlembagaan negara berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.Nah,sudah terang lagi bersuluh,sudah tentulah setiap pesalah akan dikenakan tindakan tanpa mengira darjat dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Beralih kita kepada hujah saya yang keempat adalah bedasarkan Prinsip kedaulatan undang-undang.Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,stabil dan makmur sekaligus menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan.Hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang dan perkara-perkara seperti mana yang dijamin oleh perlembagaan.Sesiapa pun yang didapati bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal bertepatan dengan aforisme, ular dipukul jangan mati,kayu pemukul jangan patah,tanah dipalu jangan lembang.

Kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip terakhir dalam rukun negara selaras dengan hujah saya yang terakhir pada hari ini.Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang yang bertujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila.Pengamalan prinsip ini membolehkan rakyat berbilang kaum di negara ini mengamalkan sikap saling menghormati dan menjaga hubungan baik antara satu sama lain. Justeru,tidak wajar sesuatu kaum membangkitkan isu yang dianggap sensitif agar ketenteraman rakyat sentiasa terpelihara.

Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika suatu hari nanti generasi akan datang saling mengejek antara kaum, saling membenci antara agama dan saling menghina antara bangsa,jika kita sendiri tidak mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan kita. Bahkan jangan kita terkejut sekiranya peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali jika kita bersikap nafsi. Oleh itu hadirin sekalian, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan paradigma dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai panduan hidup kita. Persoalannya, untuk mengejar harta duniawi, haruskah kepentingan negara menjadi taruhan? Tepuk dada tanya minda, tepuk dahi fikirlah sendiri.

Hadirin yang berwisi,

Sebelum kata mengunci bicara, sebelum langkah mengundur pergi,ingin saya simpulkan pidato saya dengan merenung ucapan yang disampaikan pada Perhimpunan Bergerak kaum Ibu dan Pemuda UMNO pada 22 Januari 1971,

kerajaan amat berharap bahawa rakyat negara ini akan menjunjung tinggi Perlembagaan negara kita dan juga menjunjung tinggi dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara. Saya yakin dan percaya dengan izin Tuhan jika kita patuh kepada kedua-dua ini,rakyat negara ini akan damai dan kita terus menjadi negara yang kukuh dan bersatu serta makmur.

Sekian, terima kasih.

Kita Anak Malaysia

Setiap orang pasti bangga menjadi rakyat negara mereka sendiri. Begitu juga dengansaya. Saya amat bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negarayang aman dan damai. Walaupun negara Malaysia berbilang kaum dan agama, kita tetapakan bekerjasama dan berdiri teguh sebagai 1Malaysia.

Saya dan keluarga saya tidak pernah menghadapi masalah dari segi kewangankerana kekayaan ibu bapa saya berpunca daripada pembangunan negara. Jika dibandingkandengan negara yang lain, rakyat negara Malaysia tidak hidup dengan susah. Mengapa?Kerajaan selalu menolong orang yang susah untuk meringankan beban mereka. Contohnya,Bandar Gaza. Negara kita, dengan seikhlas hati, telah menderma kepada rakyat Gaza untukmenghapuskan air mata merka.

Negara Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.Apabila kami sekeluarga pergi melancong ke tempat-tempat yang menarik di negara ini,kami berasa bangga kerana tempat-tempat tersebut menarik perhatian orang dari luarnegara. Jadi, semua orang dapat menikmati keindahan negara Malaysia. Oleh sebab itu,negara kita terkenal di seluruh dunia dan ekonomi negara turut meningkat.

Di negara kita, tiada apa-apa peperangan yang berlaku. Jadi, tiada nyawa akandiragut begitu sahaja. Rakyat Malaysia pun dapat hidup dengan tenangnya tanpa kekacauan. Selain itu, negara kita mempunyai banyak makanan tradisional yang enak dimakan.Setelah mencubanya, kita pasti inginkan lebih.

Malaysia adalah sebuah negara yang melahirkan banyak atlet yang amat berbakatdan rakyat yang berguna. Lee Chong Wei ialah pemain badminton kebanggan negaraMalaysia. Beliau merupakan pemain badminton yang terunggul di dunia. Beliau memberiinspirasi kepada generasi muda untuk gigih berusaha dan terus berjaya.

Terdapat banyak perkara yang menjadikan seseorang bangga menjadi rakyatMalaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang maju. Semua rakyat Malaysia pasti beranimenyatakan bahawa mereka bangga menjadi rakyat Malaysia. Saya amat bangga danberuntung menjadi rakyat Malaysia.

Buah-buahan Tempatan

Buah buahan Tempatan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini.

Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.

Buah-buahan tempatan semakin mendapat pasaran antara bangsa dan permintaan ramai.Persoalannya kini, apakah yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?Berikut terdapat beberapa keistimewaan buah-buahan tempatan. Antara kelebihan buah-buahan tempatan termasuklah rasanya yang sedap dan mempunyai banyak khasiat.Keenakannya memang tidak dapat dinafikan malah telah diakui oleh pelancong luar Negara yang pernah cuba merasainya.Dalam pada itu, buah-buahan tempatan turut mengandungi khasiat seperti vitamin C yang penting untuh tubuh badan.Sesungguhnya keistimewaan buah-buahan tempatan sememangnya standing dengan buah buahan import.

Selain itu, buah-buahan tempatan mudah diperoleh sepanjang tahun berbanding dengan buah-buahn import.Buah-buahan seperti betik,pisang dan nanas yang sentiasa ada tanpa mengikut musim.Manakala buah-buahan tempatan yang dapat diperolehi mengikut musim seperti durian, rambutan, langsat dan manggis.Malah harga buah-buahan tempatan sangat murah dan dapat dinikmati oleh semua.Di samping itu, pelbagai jenis makanan boleh dihasilkan daripada buah-buahan tempatan antaranya ialah penghasilan produk makanan dan minuman.

Ringkasnya buah-buahan tempatan mempunyai banyak kelebihan malah standing dengan buah-buahan import.Oleh itu sokonglah buah-buahan tempatan.

Kebersihan Alam Sekitar

Kebersihan bermaksud keadaan yang bersih dari segi badan kerana badan yang sihat dapat menjamin kesihatan yang sempurna. Selain daripada kesihatan badan, tempat kediaman juga perlu kita bersihkan kerana ini dapat memberikan ketenangan kepada diri dan anggota keluargakita.

Sebagai masyarakat yang cintakan negara, kebersihan alam sekitar juga perlu dititikberatkan. Kita tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat. Tabiat ini bukan sahaja mengotorkan kawasan sekeliling tetapi juga menggalakkan pembiakan agen pembawa kuman yang menyebarkan pelbagai penyakit.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Alam sekitar yang bersih dan berkualiti bukan sahaja merujuk kepada kawasan sekeliling yang bebas daripada sampah sarap, tetapi juga udara dan air yang bebas daripada bahan pencemar. Justru, dalam merancang pembangunan, perkara-perkara yang boleh menjejaskan alam sekitar hendaklah difikirkan. Jika tidak nescaya keadaan alam sekitar yang akan tercemar.

Oleh itu, untuk memelihara dan menjamin sebuah masyarakat yang harmoni dan bahagia, kita perlu memastikan alam sekitar tidak dirosakkan akibat pencemaran. Alam sekitar yang bersih dan indah pastinya dapat menarik minat pelancong. Ini secara tidak langsung dapat menaikkan imej negara di mata dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Saya akhiri syarahan saya ini dengan menekankan bahawa kebersihan perlu ada pada diri setiap individu. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua. Bak kata pepatah , Negara Bersih, Rakyat Sihat.

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Membaca Gedung Ilmu

Mengapa kita kurang membaca?
Itu adalah antara persoalan yang sering ditimbulkan ketika melihat senario di kalangan masyarakat kita apabila menyentuh tentang budaya membaca. Adalah penting bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang sukakan membaca dan menjadikan amalan itu sebagai satu budaya agar tidak ketinggalan dalam perlumbaan teknologi yang semakin sengit.

Pembangunan Negara
Pembangunan sesebuah negara adalah bergantung kepada rakyatnya yang berpengetahuan, berfikiran positif, rajin dan berdaya saing. Ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui amalan membaca.  Amalan membaca pula perlu diperlengkapkan dengan kemahiran memilih bahan bacaan yang berkualiti. Institusi keluarga berperanan untuk melahirkan individu yang bukan sahaja gemar membaca tetapi menjadikan membaca sebagai budaya.
Usaha membudayakan aktiviti membaca di kalangan generasi muda merupakan titik tolak dalam membentuk masyarakat berpengetahuan yang dapat menyumbang kemahiran dan kepakaran kepada pembangunan sesebuah negara.

Melestarikan Budaya Membaca
Institusi keluarga pada asasnya sama-sama bertanggungjawab untuk membentuk, menyemai, dan memupuk minat membaca di kalangan ahli keluarga dan seterusnya melestarikan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Peranan ini perlu bagi memenuhi perkembangan mental kanak-kanak  dalam usaha bagi memenuhi keperluan,  cita rasa,  aspirasi, karenah dan sikap ingin tahu yang hanya dapat dipenuhi melalui membaca.

Peranan Perpustakaan Negara Malaysia
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa purata dua buah buku dibaca oleh rakyat Malaysia setahun merupakan nombor yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. Angka itu masih boleh dipersoalkan walaupun negara telah menyaksikan bahawa penambahan mendadak jumlah pengunjung ke kedai-kedai buku dan pesta buku antarabangsa. Penganjuran pesta itu dikatakan telah mencapai matlamat apabila menerima kunjungan lebih 1 juta pengunjung.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menggariskan empat strategi untuk mencapai matlamat minat membaca di kalangan orang ramai. Di antaranya:
Pertama, PNM akan bekerjasama dengan jentera kerajaan di peringkat negeri dan daerah. Manakala kerjasama dengan sektor swasta bersifat bantuan kewangan seperti penajaan, pembiayaan dan sumbangan dalam aktiviti yang diadakan.
Kedua, PNM akan membina lebih banyak perpustakaan desa, memperbanyakkan sudut bacaan di tempat tumpuan umum. Misalnya di kompleks membeli belah dan perhentian bas supaya orang ramai boleh mengisi masa terluang dengan membaca buku yang disediakan.

Ketiga, bagi memenuhi keperluan golongan kanak-kanak dan remaja yang lebih cenderung dengan perkhidmatan atas talian, PNM akan memantapkan aplikasi ICT dalam perkhidmatannya. Pendekatan konsep siber ini diharap dapat menarik minat golongan itu untuk mendampingi perpustakaan dan seterusnya menyuburkan budaya membaca dalam kalangan mereka.

Keempat, memanfaatkan pertubuhan sukarela yang sedia ada bagi menggerakkan program mari membaca.  Sehubungan  itu program membaca boleh dilaksanakan secara tersusun, sistematik dan berterusan.

Kesimpulan
Pada masa ini kita masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca di kalangan rakyat negara ini. Seharusnya amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi bagi melahirkan masyarakat membaca. Untuk membudayakan amalan membaca , semua pihak termasuk kerajaan, swasta dan orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing khususnya dalam mengaplikasikan ilmu yang telah dibaca dalam kehidupan seharian.

Bangsa Membaca bangsa berjaya

WALAUPUN kadar literasi rakyat Malaysia tinggi iaitu 92 peratus tetapi secara purata rakyat negara ini hanya membaca dua buah buku setahun.

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 ini hanya melibatkan responden yang membaca untuk hobi dan rekreasi sahaja. Tidak termasuk responden yang membaca buku teks dan bahan rujukan untuk peperiksaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, olahan semula terhadap kajian tersebut mendapati rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas membaca antara lapan hingga 12 buah buku setahun.
Bagaimanapun, katanya, amalan ini perlu terus dibudayakan supaya terus sebati dan berakar umbi dalam diri setiap individu.

"Proses ini memakan masa dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk syarikat-syarikat korporat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen Mari Membaca 1Malaysia anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rais berkata, sumbangan syarikat korporat tersebut amat penting demi menjana ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan yang berpaksikan kepada penghasilan produk dan perkhidmatan yang inovatif.

"Melalui sumbangan sektor swasta, bilangan perpustakaan desa juga boleh ditambah," jelasnya.

Ketika ini jumlah perpustakaan desa adalah 1,089 buah di seluruh negara.
Kerajaan, tambah Rais, turut memberi pelepasan cukai pendapatan atas pembelian bahan bacaan.

"Insentif ini bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk membaca dan membeli buku, seterusnya membantu mengembangkan industri penerbitan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar menjelaskan, objektif program Mari Membaca 1Malaysia adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat membaca dijalankan secara berterusan bagi membolehkan masyarakat mengamalkan tabiat membaca sebagai gaya hidup.

Menurut beliau, golongan sasar adalah pelajar sekolah, penuntut universiti, penjawat awam/swasta, ibu bapa daripada semua kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar.

"PNM menggariskan empat strategi untuk mencapai matlamt program ini iaitu menjalin kolaborasi, memperkasa prasarana, memperkasa kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan menggerakkan secara proaktif badan-badan sukarelawan," jelasnya.

Pertama, PNM akan berkolaborasi dengan jentera kerajaan di peringkat negeri dan daerah. Manakala kolaborasi dengan sektor swasta bersifat bantuan kewangan seperti penajaan, pembiayaan dan sumbangan dalam aktiviti yang diadakan.

Kedua, PNM akan membina lebih banyak perpustakaan desa, memperbanyakkan sudut bacaan di tempat tumpuan umum. Misalnya di kompleks membeli belah dan perhentian bas supaya orang ramai boleh mengisi masa terluang dengan membaca buku yang disediakan.

Ketiga, bagi memnuhi keperluan golongan kanak-kanak dan remaja yang lebih ‘mesra’ dengan perkhidmatan atas talian, PNM akan memantapkan aplikasi ICT dalam perkhidmatannya. Pendekatan konsep siber ini diharap dapat menarik minat golongan itu untuk mendampingi perpustakaan dan seterusnya menyuburkan budaya membaca dalam kalangan mereka.

Keempat, memanfaatkan pertubuhan sukarela yang sedia ada seperti Kelab Sinar Pintar untuk menggerakkan proram mari membaca ini. Kelab tersebut mempunyai 11,000 ahli dan 1,500 mentor di seluruh negara. Dengan itu program membaca boleh dilaksanakan secara tersusun, sistematik dan berterusan.

Program mari Membaca telah diperkenalkan pada 1995. Mulai 2006 ia menjadi agenda sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif kepada rakyat Malaysia.

Kepentingan menjaga kebersihan diri

Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibubapalah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau kebersihan alam sekitar.

Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin. Kita tidak mudah mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit merebak terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya alam persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan. Misalnya kebersihan yang perlu dilakukan khususnya atas makanan dan tempat tinggal persekitaran.

Di samping itu, senario kebersihan juga akan membentuk otak yang cergas dan badan yang sihat. Dengan adanya badan yang sihat, kita bebas daripada sebarang penyakit. Pelajar mudah belajar dan memahami sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru, jadi, lebih mudah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Badan kita yang cerdas membolehkan kita aktif dalam pelbagai lapangan terutama dalam arena sukan.

Sekiranya kita menjaga kebersihan, dapatlah kita menonjolkan imej atau perawakan yang menarik. Imej kita dipandang tinggi dan bersih. Inimemudahkan kita bergaul dengan orang ramai. Misalnya, dari segi pemakaian pakaian dan kebersihan diri kita dalam kehidupan seharian.

Selain itu, menjaga kebersihan juga penting dalam memberi keselesaan hidup atas tempat tinggal mahupun alam persekitaran. Kawasan yang bersih akan memberikan sejuk mata memandang. Oleh itu, tidak rugi kita menjaga kebersihan. Kita dapat menghindarkan serangan nyamuk, lalat dan perosak-perosak lain. Kehidupan kita sentiasa akan selesa tanpa sebarang gangguan.

Amalan kebersihan haruslah dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang lain. Kata-kata hikmat, Negara Bersih, Rakyat Sihat; Badan sihat, otak cergas.

Kampungku Aman Damai

Sungguh aman dan damai apabila pulang ke kampungku. Selain bertemu keluarga kepulangan bak disambut dengan nyanyian daripada desiran air yang mengalir sepanjang jalan masuk ke kampung. Lihat sahajalah kejernihan airnya. Siapa sahaja pasti akan cuba merendamkan diri secepat mungkin. Begitulah untungnya kami atas kurniaan Allah ini.

Bagi kanak kanak perlu dipantau sentiasa demi keselamatan mereka. Lebih lagi bagi yang tidak boleh berenang. Bagi yang kaki ikan pula pelbagai aktiviti dapat dilakukan seperti menjala, memancing. Sesuatu peluang yang jangan dilepaskan jika berkunjung kesini ialah membawa cermin menyelam. Orang kampung kami panggil teropong (nama blog aku). Anda boleh melihat sendiri ikan ikan berlegar legar di dalam air.

Untuk lebih menarik pengunjung boleh menyusuri ke hulu sungai di mana kawasan tersebut terdapat jeram dan air terjun. Kawasan perkelahan ini telah digezetkan sebagai salah satu kawasan perkelahan di negeri Perak. Terdapat beberapa buah pondok tersedia ditepian sungai. Biasanya pengunjung awal akan beruntung kerana pondok masih kosong.

Leave a Reply