Que Card Pidato : Tiang Seri Sebuah Bangsa

Tiang Seri Sebuah Bangsa

Mendidik, Mengajar Anak Malaysia

Guru Penjana Transformasi Negara

Tajuk Pidato Pembuka Bicara12

34Sebagai guru, kita sentiasa mendokong satu

matlamat yang sama iaitu untuk mendidik dan

melahirkan generasi bangsa Malaysia yang

unggul dan mampu menjadi pemimpin di masa

hadapan. Tanpa mengira bangsa dan kaum,

setiap guru sentiasa memberi yang terbaik

kepada anak didiknya tanpa mengeluh dan

sentiasa mengimpikan kejayaan yang

cemerlang buat mereka.

Menyentuh mengenai kejayaan cemerlang, ia

bukan sahaja diukur melalui kejayaan

akademik semata-mata, tetapi ia merangkumi

usaha melahirkan generasi masa depan yang

intelek dan mempunyai jati diri yang kukuh.Perkara ini telah ditekankan oleh Yang

Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

di dalam perutusannya sempena Hari Guru

2011 yang menyebut bahawaGuru bertindak

sebagai pencetus dan penggerak kepada

proses transformasi sistem pendidikan negara

dalam melahirkan generasi masa depan yang

intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan

berpegang teguh kepada ajaran agama dan

nilai sejagat.56

78Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun

Abdul Razak juga pernah menekankan

bahawafokus yang diterapkan dalam sistem

pendidikan negara ialah membangunkan

generasi muda yang mampu berfikir secara

kreatif dan inovatif.Malah, mantan Perdana Menteri, Tun Dr.

Mahathir Mohamad juga pernah

menyatakansistem pendidikan perlu

diperbaharui dengan memasukkan elemen

karakter bersama kebijaksanaan seperti

inovatif.

Selaras dengan penekanan yang dibuat oleh

kedua-dua negarawan ini, budaya inovasi

amat penting dipupuk di dalam diri setiap

pendidik. Budaya ini akan memastikan setiap

pendidik benar-benar memahami hala tuju

pendidikan dan mampu menjadi agen

transformasi menerusi corak pengajaran yang

mampu melahirkan generasi masa depan

yang kreatif dan matang.Menjelang tahun 2020, kerajaan telah

menggariskan beberapa pelan tindakan

berkaitan sistem pendidikan Malaysia di

dalam Program Transformasi Negara. Pelan

ini mensasarkan peningkatan pencapaian

pelajar, bukan sahaja dari segi akademik

tetapi juga di dalam bidang ko-kurikulum

dan kreativiti.910

1112Sebagai nakhoda yang sentiasa menempuh

gelombang perubahan yang mencabar,

guru hendaklah sentiasa bersedia

mencabar diri sendiri dengan mencipta

kaedah baharu dalam meningkatkan minat

dan kecenderungan pelajar.Guru juga harus sentiasa membuat

penyelidikan dan melaksanakan

penambahbaikan dalam membentuk corak

pengajaran yang mampu menjana

transformasi pendidikan.

Seorang guru pada masa kini bukan lagi hanya

mengajar tetapi mereka juga adalah penyelidik

dan pencipta kaedah baharu di bidang

pendidikan. Guru juga hendaklah memahami

matlamat transformasi pendidikan yang

dijadikan tanda aras kejayaan sesebuah negara

dan mengamalkan budaya inovatif di dalam

pengajaran.Guru,menurutWikipedia, adalahseseorang

yang mempunyai ilmu, kebijaksanaan dan

autoriti yang tinggi di dalam sesuatu bidang

dan menggunakannya untuk mengajar orang

lain.Justeru itu, guru bolehlah diumpamakan

sebagai seseorang yang didengari, diikuti dan

dicontohi oleh masyarakat terutamanya para

pelajar di bawah didikannya.1314

1516Bagi menjayakan temaGuru Menjana

TransformasiNegara, seseorang guru

hendaklah sentiasa menjadi cermin yang

memantulkan imej dan kebijaksanaan yang

mampu menjadi idola kepada para pelajar.Kepuasan di atas segala pengorbanan ini akan

dikecapi sekiranya guru mampu melahirkan

pemimpin masa depan yang berkualiti tinggi

dan mampu membawa negara Malaysia ke

suatu tahap yang dibanggakan .

Leave a Reply