Pidato Kakak : Salam Satu Malaysia ,saya Akan

Assalamualikum  salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,saya akan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk budi bahasa.

Puan Sareah yang saya hormati,dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Izinkan saya puteri Toh Sajak  merungkaikan maksud pidato  saya pada hari ini.

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain,  mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Sidang saksi yang saya muliakan

Sesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya subjek pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan.Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk,tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam timur yang akhirnya mempengaruhi imej,watak dan penampilan diri seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi. Bahasa melambangkan bangsa.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik.Kita hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja,jalan raya,rumah dan masjid.Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir,melahirkan perasaan,pertuturan dan perlakuan.Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang mantap dan berkesan.

Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-menghormati antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.

Tegak rumah kerana sendi,

Rosak sendi rumah binasa,

Tegak bangsa kerana budi,

Rosak budi runtuhlah bangsa.

Sidang saksi yang dihormati,

Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat pada setiap masa, maka semua pihak perlulah  memainkan peranan masing-masing.Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjulkan sikap yang terbaik ketika berkomunikasi dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.

Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan generasi berbudi  bahasa melalui penyebaran maklumat kepada pengguna.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.

Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada dalam keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.

Apa tanda Melayu jati

Adat dan syariat dipegang mati

Apa tanda Melayu beradat

Budi bahasa dipegang erat

sekian terima kasih

loading...