Pidato 0007 : Budaya Membaca Kunci Kejayaan

Pidato budaya membaca kunci kejayaan

Selamat pagi dan selamat sejahtra hadirin dan hadirat tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi.,Andai patah sayap rajawali, bertongkat juah saya ke mari ,bukan kerana ingin mencari calon isteri, tetapi untuk membawa anda semua untuk kita memahami ,menyelami serta mendalami pidato yang bertajuk Budaya Membaca Kunci Kejayaan . Sekalung aprisiasi, saya hulurkan buat saudara pengerusi kombinasi intelektual kehakiman bervisi , dip-dip kehormat yang disanjungi dan seterusnya hadirin dan hadirat yang dikasihi dekat di hati. Selamat pagi dan selamat sejahtera buat anda yang sudi melapangkan masa , apa khabar penutur bahasa melayu yang tercinta.

Tuan-puan dan puan-puan yang dikasihi,

Membaca bermaksud memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya. Kejayaan pula bermaksud menang, berhasil, mencapai kemajuan. Hasil yang boleh kita simpulkan di sini dapat diertikan sesuatu yang dijumpai dalam bentuk tulisan melalui proses membaca. Tahukah anda tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi, Hasil Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!! Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain. Budaya membaca sepatutnya diterapkan dalam masyarakat kita untuk mencapai kejayaan seperti Negara-negara lain.

Tuan-Tuan dan puan-puan yang dikasihi,

Ramai insan yang berjaya seperti jutawan ,dokter, saintis dan sebagainya yang lahir di dunia ini yang berjaya dalam kehidupan mereka. Apakah rahsiahnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi? Tidak ada seorang insan pun yang berjaya di dunia ini tanpa mengamalkan budaya membaca. Jika peribahasa melayu mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan jadi, seorang jutawan tidak akan menjadi jutawan jika dia tidak memilih untuk mengamalkan budaya membaca untuk mencapai kejayaan. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi, marilah kita renungi bersama, jika seorang insan biasa dapat berjaya hanya dengan amalan membaca. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita salah seorang daripada insan yang berjaya pada satu masa nanti?

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,

Dengan budaya membaca, kita boleh menjadi seorang yang penuh dengan berjuta maklumat di dunia ini. Dengan maklumat yang pelbagai, yang membina, yang membolehkan kita berdiri teguh dan terus maju melawan arus kemajuan dalam era globlisasi masa kini. Jika kita kurang membaca, maka, kuranglah maklumat yang kita perolehi. Tuan2 dan puan2 yang saya kasihi, bukan itu sahaja, tetapi kita ketingalan jauh berbanding dengan negara2 maju yang lain. Renungkan. Tuntasnya, betapa pentingnya budaya membaca untuk memajukan diri kita dan seterusnya mencapai kejayaan memajukan Negara kita. Selain itu, budaya membaca dapat memperbaiki masa depan seseorang.

Di samping itu, kita dapat mengesan serta memperbaiki kesilapan kita dengan hanya membaca. Kita dapat menjadi seorang yang dihormati, disanjungi, serta dapat menjadi contoh kepada bangsa2 lain. Seorang yang ibarat ulat buku dapat memahami serta dapat mendalami semua peraturan2 yang tertulis dalam buku atau di mana sahaja dengan membaca. Andai kata seseorang itu gagal dalam peperiksaan, dia hanya dapat memperbaiki keputusannya dengan usaha yang disertai dengan amalam membaca. Jadi tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi, marilah kita mulakan budaya membaca pada saat ini.!!!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,

Marilah sama-sama meningkatkan budaya membaca dalam kalangan kita untuk memajukan diri kita sendiri. Siapa yang bertanggungjawap? Ibu bapa, guru, rakan-rakan, serta diri kita sendiri .?! siapa? Renungkan. sudah tiba masanya untuk kita berubah ! Marilah sama-sama kita menghitung berapa buah bukukah yang kita baca dalam seminggu, atau sebulan atau setahun.!! Untuk kebaikan kita, .Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi, lihat dan berpalinglah kepada generasi pelapis kita, anak2 bangsa yang masih binggung dalam kehidupan mereka, yang masih lemah serta kekurangan ilmu. Peribahasa melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya jadi, tuan-tuan dan puan-puan, didiklah anak2 bangsa sejak dari kecil lagi untuk membina serta melahirkan generasi yang bijak pandai serta berjaya. Membaca merupakan pelita hidup serta jambatan ilmu bagi kita semua. Sekian dan terima kasih.

loading...