PIDATO : Cuba Kita Fikir Sejenak,zaman Remaja Yang

Cuba kita fikir sejenak,zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat,Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan.Malah,lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kasayangan kita iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak  ,yang menyerlahkan kredibiliti dan karisma kepimpinan sehingga beliau dianggat sebagai menteri cabinet yang termuda dalam peneraju negara.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Sejambak mawar,seharum kasturi buat peneraju majlis,barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran,saudara penjaga masa yang cakna akan randiknya,warga pendidik yang bermisi,warga intelektual penerus wawasan negara seterusnya,hadirin hadirat yang dikasihi. Dekat di hati.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

Akhlak Berkualiti Penjana Ummah ,begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya.Namun,sebelum ledakan hujah menghujani seisi dewan,mohon izin untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal dan leksikal.Menurut kamus dewan edisi keempat,akhlak dapat ditakrifkan sebagai kelakuan berbudi pekerti.Berkualiti bermaksud darjah kecemerlangan diri yang tinggi.Sementara itu,penjana merupakan alat atau medium manakala ummah membawa maksud umat ataupun masyarakat.Maka,dapatlah saya simpulkan bahawa memiliki kelakuan yang baik merupakan medium yang dapat memacu kecemerlangan masyarakat demi mencapai wawasan. Pidato saya pada hari ini,akan menfokuskan kepada remaja.Hal ini kerana,remaja masa kini peneraju masa hadapan.

Hadirin hadirat yang bervisi,

Indikator saya yang pertama,di bawah lembayung kata Remaja Berintelek,Penjana Wawasan Negara.Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengkalsifikasikan remaja berminda kelas pertama merangkumi aspek pendidikan,pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.Pembangunan minda kelas pertama memerlukan persekitaran yang mesra ilmu,prointelektual dan berasaskan pencapaian.Lihat sahaja  Nik Nur Madihah dan Azli Azali yang telah menempa kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan cemerlangnya.Insan sebegini  ibarat emas berharga yang bakal menjadi aset terpenting negara dalam usaha mengejar wawasan 2020.Jika ingin menjulang api kemajuan,nyalakan ilmu sebelum berjuang itulah kata-kata yang saya petik daripada Tun Dr.Mahathir Muhammad iaitu Bapa Permodenan Malaysia.

Remaja Berkaliber,Peneraju Pemimin Negara menjadi kata kunci saya yang kedua.Sudah 55 tahun kita menghela nafas kemerdekaan,remaja kini merupakan tunjang yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara kelak.Oleh yang demikian,kondisi ini jelas mencerminkan bahawa remaja yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi mampu mengangkat martabat Negara hingga ke puncak jagat.Mari kita imbas kembali semangat kepimpianan dan ruh perjuangan,terus meresap kedalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan negara daripada Kerajaan Fatimiyyah di Mesir walaupun usiannya baru 23 tahun .Sudah jelas dan nyata,sedarilah,sekiranya remaja mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi,maka, negara turut menjadi lebih bervisi.

Hadirin yang dihormati,

Di bawah kata kunci ketiga iaitu Ketahanan Rohaniah Remaja,Menjana Pembangunan Negara.Tidak dapat dinafikan bahawa kini remaja semaikn terbenam dan tersungkur dalam budaya hedonistik yang tidak berfaedah kerana kurangnya kepaduan ilmu pegangan dalam dada. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan Negara.Kondisi ini terbukti Ali Bin Abi Talib mempunyai pegangan yang utuh dan tidak goyah.Oleh itu,tidak dapat disangkal lagi bahawa ketahanan rohaniah yang tinggi dalam diri mampu menerbitkan remaja yang berwawasan sekaligus dapat memanifestasikan nilai keinsanan yang syumul.

Hadirin hadirat,

Sebelum saya menoktahkan pidato saya ini ,izinkan saya untuk menyeru kepada semua masyarakat teruatamanya golongan remaja untuk terus bersama-sama mencanai minda dan memajukan negara.Kita tidak wajar akur akan arus songsang ini.Hal ini demikian kerana,kondisi ini memberi gambaran buruk terhadap masa hadapan negara.Bagi membangunkan genrasi yang berketerampilan,bersahsiah mulia serta berilmu,kita haruslah melangkah dengan seribu kekuatan dan memastikan yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan sepenuh komited serta mencapai matlamat.Akhlak berkualiti penjana ummah.Ayuh , remajaku gegarkan dunia ,harumkan nama negara.

saya akhiri pidato saya dengan dua rangkap pantun. 

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara,

Pulanglah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan Negara.

Loceng di sana telah berbunyi,

Sebagai tanda untuk berhenti,

Salah dan silap harap dimaafi,

Semoga kita berjumpa lagi.

Wabilahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

Menurut Abdul Raof Dalip (1986), akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan wahyu daripada Maha Pencipta. Justeru, pendidikan akhlak akan membawa insan semakin dekat dengan Penciptanya.

Cara menumbuhkan akhlak yang baik

Antara cara menumbuhkan dan menanam akhlak yang baik ialah melalui perjuangan melawan nafsu (mujahadah) dan dengan latihan-latihan rohani (riadhoh). Sebagai contoh, seseorang yang menginginkan supaya dirinya sentiasa memakai jam tangan di tangan kanannya, sedangkan sebelum ini dia memakai jam di tangan kirinya. Untuk kali pertama sudah tertentu dia merasa tidak selesa dan janggal dan kadang-kadang dia tersilap memakainya di tangan kiri. Akan tetapi, apabila kelakuan itu sudah lama diamalkan, memakai jam di tangan kanannya akan menjadi kebiasaan dan apabila dia hendak memakai jam secara langsung dia akan memakainya di tangan kanan. Dalam tempoh untuk membiasakan diri itu, terdapat perjuangan melawan nafsu (mujahadah) dan dengan latihan-latihan rohani (riadhoh) sehinggalah tumbuh dan tertanamnya akhlak yang diinginkannya.

Tujuan melatih diri untuk berakhlak ialah untuk mendapatkan nikmat dari perbuatan yang di lakukan. Contohnya, terdapat orang apabila di minta untuk menderma, dia akan rasa kerugian dan tidak mahu mengeluarkan derma, berlaku penolakan dalam hatinya yang akibatnya dia merasa tidak tenteram bila ada orang yang meminta derma darinya. Bagi orang yang sudah terlatih dengan sifat dermawan, dia akan merasa nikmatnya bila melakukan derma, dia akan merasa lapang dan senang hati serta membuatkan dia tersenyum dengan nikmat yang di rasakannya.

Apabila pelaksanaan suatu kewajipan dan penghindaran diri dari segala perkara haram, hati merasa berat atau kurang selesa di dalam hati, maka hal itu adalah petanda suatu kekurangan, yang pasti akan merupakan penghalang timbulnya kebahagiaan yang sejati..

Nabi s.a.w bersabda,

beribadahlah kepada Tuhanmu dengan perasaan redha(senang hati). Namun apabila kamu tidak mampu melakukannya, maka dalam kesabaran menghadapi apa yang kau tidak sukai, tersimpan kebaikkan yang sangat banyak.

H.R At- Tabrani.

Dapat di fahami, kita perlulah beribadah dengan senang hati iaitu denagn redha supaya akan lahir keikhlasan dalam hati dan membolehkan ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t. namun apabila kita merasa tidak suka, tidak selesa, tidak ada keikhlasan, maka kita perlulah bersabar dan terus melakukannya secara istiqomah, apabila diri kita telah dilatih melakukan suatu ibadat, ia akan menjadi suatu kebiasaan dan dapat melakukan dengan senang hati.

alam era globalisasi, anak-anak muda mudah dipengaruhi unsur negatif daripada media

massa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu sedar tentang peranan

mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Golongan muda merupakan harapan negara, bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, mereka harus diberi kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat merealisasikan pelbagai wawasan negara kelak.

Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.

Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, pendidikan anak-anak dalam Islam, menyatakan, proses membentuk peribadi, ibubapa perlu menekankan beberapa perkara seperti pendidikan keimanan,moral, jasmani, dan nilai-nilai murni.

ciri-ciri biologi yang diwarisi, persekitaran fizikal dan budaya merupakan antara factor pembentukan keperibadian.

Dengan berpandukan kepada modal insan, masalah gejala sosial dan keruntahan akhlak dapat diatasi, dan, Malaysia akan menjadi Negara maju dengan acuan sendiri.

Jelaslah pembentukan keperibadian yang unggul membawa kepada pembentukan modal insan dan seterusnya memacu pembangunan Negara.

Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.

Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang unggul. Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan asset yang penting kepada Negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan beperanan positif dalam dimensi pembangunan Negara.

Kemajuan Negara tidak boleh dicapai andai rakyat memiliki akhlak yang buruk seperti rasuah, pecah amanah, zalim dan seerti dengannya. Keutuhan akhlak akan mewujudkan tamadun manusia yang komprehensif,dan inovatif.

Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika tinggi, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.

Isu utama Perdana Menteri ialah sifar rasuah. Beliau menyatakan bahawa rasuah adalah bacteria dalam Negara. Ia akan menghapuskan Negara secara sedikit demi sedikit. Jika tidak diubati ia akan menjadi barah dalam masyarakat. Akhlak yang unggul amat memberi kesan kepada proses pembangunan Negara.

Menjadi Negara maju dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak yang baik. Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan antara cabang modal insan sebagai pemacu pembangunan Negara.

loading...