Teks Pidato : ;minda Merdeka Menjana Kecemerlangan Negara

teks pidato;minda merdeka menjana kecemerlangan negara

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

 

Hari ini dalam sejarah, pada tanggal 26 ogos 1951,
Tunku Abdul Rahman Putra, perintis kemerdekaan Malaysia telah dilantik menjadi
Yang Dipertua UMNO yang nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan.

 

Salam
asprisiasi buat saudara pengerusi majlis, kombinasi kehakiman, dif-dif kehormat
dan seterusnya, hadirin hadirat warga dewan sekalian.

 

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
dan salam sejahtera.

 

Y.A.B Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ada
menyatakan, kemerdekaan bukan saja bermaksud merdeka dari penjajahan, tetapi
juga merdeka dari segi mental, masyarakat harus berkembang, bersifat terbuka
dan memperkayakan diri dengan nilai-nilai yang baik sejajar dengan kemajuan
masa kini. Maka, berpaksikan kata-kata inilah,selaku warga

Malaysia

yang prihatin terhadap
survival bangsa dan Negara saya tampil untuk mengajak anda semua sama-sama kita
singkap pegertian di sebalik kalimah, MINDA MERDEKA MENJANA KECEMERLANGAN
NEGARA.

 

Secara tuntasnya, Proffesor Dr Sidek Baba menyatakan:

Minda
merdeka adalah minda yang bijaksana. Berhadapan dengan zaman yang berubah, ia
faham untuk mengimbangi antara factor tradisi dan factor modenisasi .

 

 Justeru, dalam mengupas persoalan
mengenai minda merdeka, menjana kecemerlangan Negara, 3 perspektif utama saya
unjurkan.

 

1. Kemerdekaan Minda
dan Kecemerlangan Negara

2. Kita tinjau minda
merdeka-pemikiran di luar kotak

3. akhirnya, kita
lihat keperluan minda merdeka di dunia remaja.

 

Hadirin
hadirat warga dewan sekalian,

 

Kemerdekaan minda dan kecemerlangan Negara ada 2
perkara yang amat sukar untuk kita pisahkan, ibarat lagu irama, hilang irama
rosaklah lagu.

Negara
kini telah malalui banyak perubahan semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
dari Negara berasaskan pertanian dan bahan mentah,

Malaysia

kini sedang rancak menuju
status Negara perindustrian, satu pencapain hasil kemerdekaan Negara
berteraskan minda yang merdeka dan bukan pemikiran yang static atau jumud.
Sebagai contoh, ekonomi China telah berkembang pesat dan menjadi antara yang
terbesar di dunia apabila pemimpin Negara China memerdekakan minda merdeka dari
doktrin komunisme yang merugikan ,dengan menggantikan ekonomi tertutup kepada
ekonomi terbuka yang membenarkan kemasukan modal dan teknologi asing pada tahun
1978.

Maka, amat

malang

bagi

Malaysia

jika
rakyatnya masih terjajah minda, lebih selesa

dengan amalan lama dan idea biasa.

 

Sidang
penonton penuh santun.

 

Mari kita tinjau perspektif kedua, minda merdeka
pemikiran diluar kotak. Berfikir di luar kotak bermakna berfikir melampaui
batas pemikiran dan amalan biasa serta melihat sesuatu perkara dari pelbagai
sudut yang berbeza malampau nilai norma yang sedang diikuti.

Menurut
John F Kennedy, sesuatu masalah tidak mungkin dapat diselesaikan dengan
menghadkan pemikiran dan penglihatan terhadap reality semata-mata. Seseorang
itu harus mampu melihat pelbagai kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.

 

Siding saksi bervisi,

 

Mari kita intai, seorang tokoh yang mencetuskan
pemikiran out of the box yang seterusnya membawa perubahan dalam organisasi. Dato
Tony Fernandez, suatu nama yang tidak asing dalan industri penerbangan.Beliau
pada mulanya mengambil alih Pelangi Air, sebuah syarikat Penerbangan yang
mengalami kerugian, namun berbekalkan idea tambang murah yang inovatif, beliau
berjaya merevolusikan industri penerbangan Negara lantas menjadikan Air Asia
sebagai sebuah syarikat berdaya saing.Tokoh ini wajar kita contohi,memberikan
sumbangan tersendiri dalam menjana kecemerlangan Negara.

 

Hadirin hadirat warga dewan penuh rahmat,

 

PEMUDA HARAPAN BANGSA DAN PEMUDI TIANG NEGARA satu pepatah yang cukup untuk menggambarkan
betapa pentingnya remaja dalam sesebuah Negara.maka untuk itu saya hidangkan
perspektif ketiga dan terakhir. KEPERLUAN MINDA MERDEKA DI DUNIA REMAJA. Dalm
kesungguhan kta mempertahankan kemerdekaan pertiwi, menjana kecemerlangan
Negara, kita berdepan masalah ramaja yang alpa, lantaran dunia globalisasi
remaja tersepit antara reality dan fantasi. Seorang rakan bercerita. Di suatu
pagi di jalan Tun Abdul Rahman. Jelas kelihatan ada lelaki dengan masalah
identity lupa jatidiri. Dari Arif bertukar ary, dulu Rizal sekarang Rozy. Di
kampong Ali, Di Kota Elly. Malah lebih menyedihakn lagi pelbagai gejala social
telah menular di kalangan remaja sekolah, dengan black metalnya, skin head dan
yang terbaru, Geng gagak yang kembali berseteru. Menyedari akan hakikat inilah
maka wajar kita tanam semangat minda merdeka dalam jiwa mereka agar kecemerlangan Negara yang dicanang mampu
kita kenang. Jangan sampai nanti ada yang berkata ,jika begini natijahnya
merdeka, anak-anak jadi durhaka maka kami lebih rela diluka dijajah dari
melihat anak bangsa punah ranah.

 

Maka secara kesimpulannya, ketiga-tiga perspektif
dalam membicarakan minda merdeka menjana kecemerlangan Negara telah saya
rungkaikan dari kemerdekaan minda kecemerlangan Negara, minda merdeka pemikiran
di luar kotak dan seterusnya kita lihat keperluan minda merdeka dalam dunia
remaja.

 

Akhirnya,
saya tinggalkan saudara dan saudari sekalian dengan kata-kata, JANGAN ASYIK MENGEJAR
BINTANG DILANGIT KITA LUPA RUMPUT YANG DIPIJAK DI BUMI,

Sekian.

 

Wabillahitaufiq wal hidayah,wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh

loading...