Pidato Raya

PIDATO RAYA

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada hakim yang arif bijaksana,
Tak lupa juga penonton dan pengacara,
Di majlis ini kita bersua.

Yang dihormati barisan guru-guru, barisan panel hakim yang adil dan saksama, penjaga masa yang setia, dan rakan-rakan yang dirahmati Allah s.w.t.

Assalamualaikum dan salam intelektual, berdirinya saya pada pagi yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk SAMBUTAN AIDILFITRI SAYA

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Hari Raya merupakan perayaan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa pada bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan kita berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Kita saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu yang datang.

Para hadirin yang saya hormati,

Saya ingin bertanya. Siapakah golongan yang paling gembira sekali dengan kedatangan Syawal? Haaa mestilah kita, golongan kanak-kanak. Baju baharu, kasut baharu, makanan yang sedap-sedap belaka, bermain bunga api bersama saudara-mara dan rakan, dan aktiviti yang paling tidak sabar ditunggu ialah sesi mengutip duit raya.

Kesemua perkara tersebut adalah normal kerana setiap generasi sebelum kita sudah pun melalui zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan, malah mungkin ada yang berkata zaman dahulu mereka memusing satu kampung hingga ke kampung lain semata-mata mahu mengutip duit raya.

Namun dikala girang dan asyik menyambut musim lebaran yang penuh rezeki ini, terdapat beberapa perkara yang kita harus sentiasa ingat. Berikut adalah beberapa pendekatan terbaik bagi kita meraikan Hari Raya:

Sentiasa mengucapkan terima kasih selepas menerima pemberian tuan

rumah/saudara-mara.

Perkara ini mungkin dilihat remeh, namun inilah sifat yang perlu sentiasa kita amalkan. Ini adalah sebagai tanda menghargai pemberian tuan rumah. Jangan lupa berikan senyuman kerana itulah tanda ikhlas kita ber’manis mulut’ menyebutnya.

2. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima.

Hal ini juga merupakan suatu perkara yang penting kerana ketika inilah masa yang terbaik untuk kita menghayati erti bersyukur biar sebesar atau sekecil mana pun duit raya yang kita dapat. Jangan menarik muka atau bersungut apabila menerima sedikit sahaja duit raya, ingatlah semua itu rezeki yang datang dari Allah s.w.t, dan kita haruslah redha dan bersyukur.

3. Terus menyimpan sebaik sahaja menerima duit raya.

Aktiviti meronda sambal mengumpul duit raya memang menguntungkan. Tapi ingat! Jangan membelanjakan duit itu sesuka hati. Menyimpanlah untuk masa hadapan.

4. Ingat tujuan asal bertandang ialah ziarah-menziarahi.

Satu amalan yang baik yang kerap dilakukan pada bulan yang mulia ini ialah saling ziarah-menziarahi. Selain dapat merapatkan tali persaudaraan, berziarah juga membawa rahmat kepada tuan rumah dan membawa keluar dosa ahli rumah. Malah, daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun menziarahi saudaranya kerana Allah S.W.T. maka berserulah penyeru di langit, engkau telah melakukan kebaikan dan baik sungguh perjalananmu itu dan engkau telah menduduki tempat di dalam syurga. (riwayat Imam Tarmizi)

Maka, ingatkanlah kawan-kawan untuk meletakkan niat berziarah adalah untuk mendapatkan pahala berbanding duit raya. Berziarah juga perlu mengikut adab, seperti berziarah pada masa yang sesuai dan tidak menganggu tuan rumah, tidak berbual terlalu lama, serta tidak merungut jika terdapat kekurangan yang tidak mampu disediakan tuan rumah.

5. Bersederhana dalam merayakan Hari Raya dengan bersyukur.

Paling penting sekali, pada saat-saat kebahagiaan hari raya, sebenarnya ada insan di luar sana yang menyambut lebaran dalam keadaan daif, sedih atau sengsara. Bagi anak-anak yatim, mereka menyambut tanpa ibu bapa atau keluarga. Begitu juga yang miskin, tiada baju baharu atau makanan yang lazat. Jika di Palestin, Mesir, Syria dan sebahagian tempat lain, hari raya disambut dalam keadaan yang  tidak menentu dan penuh ketakutan.

Para hadirin yang dirahmati Allah s.w.t.

Kita perlulah sentiasa bersyukur kerana masih berada dalam keamanan dan kesejahteraan, dan bersederhanalah, yakni tidak terlalu alpa menyambut hari raya. Di samping itu, jangan lupa kirimkan doa buat mereka yang tidak bernasib baik pada bulan yang mulia ini.

Akhir kata sebelum saya mengundur diri, izinkan saya sudahi pidato saya ini dengan serangkap pantun buat semua

Buat meriam pasang pelita,

Asap keluar bunyi tiada,

Ucapan raya maaf dipinta,

Harap tiada terguris jiwa.

Wabillah hi taufiq walhidayah Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

HARI RAYA DAN CARA MERAIKANNYA BUAT KANAK-KANAK

Hari kebesaran umat Islam , yakni Hari Raya Aidilfitri kini telah mula dirasai bahangnya. Siapakah golongan yang paling gembira sekali dengan kedatangan Syawal? Semestinya kanak-kanak. Baju baharu, kasut baharu, makanan yang sedap-sedap belaka, bermain bunga api bersama saudara-mara dan rakan, dan aktiviti yang paling tidak sabar ditunggu oleh kanak-kanak bahkan remaja ialah sesi mengutip duit raya.

Kesemua perkara tersebut adalah normal kerana setiap generasi di atas mereka sudahpun melalui zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan, malah mungkin ada yang berkata zaman dahulu mereka memusing satu kampung hingga ke kampung lain untuk semata-mata mahu mengutip duit raya.

Namun di kala girang dan asyik menyambut musim lebaran yang penuh rezeki buat si anak-anak, terdapat beberapa perkara yang mereka harus sentiasa ingat dan perlu dipantau oleh ibu bapa. Berikut adalah beberapa pendekatan terbaik bagi kanak-kanak meraikan Hari Raya nanti:

 

1. Sentiasa mengucapkan terima kasih selepas menerima pemberian tuan rumah/saudara-mara.

Perkara ini mungkin dilihat remeh, namun inilah sifat yang perlu sentiasa diingatkan kepada anak-anak supaya sentiasa berterima kasih tanda menghargai pemberian tuan rumah. Jangan lupa berikan senyuman kerana itulah tanda ikhlas kita ber’manis mulut’ menyebutnya.

 

2. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima.

Hal ini juga merupakan suatu perkara yang penting untuk dipantau, kerana ketika inilah masa yang terbaik untuk ibu bapa mendidik anak-anak erti bersyukur biar sebesar atau sekecil manapun duit raya diperolehi. Jangan biarkan mereka menarik muka atau bersungut apabila menerima sedikit sahaja duit raya, ingatkan mereka semua itu rezeki yang datang dari Allah s.w.t, dan kita haruslah redha dan bersyukur.

 

3. Terus menyimpan sebaik sahaja menerima duit raya.

Ada ibu bapa yang mungkin sebaik sahaja anak-anak pulang ke rumah dari aktiviti ‘meronda’ atau sejurus menerima duit raya, meminta si anak menyerahkan duit terkumpul untuk disimpan. Ianya satu cara yang betul untuk mengelakkan anak membelanjakan wang tersebut sesuka hati, apatah lagi ketika inilah mereka berasa teruja dengan poket yang ‘berisi’. Selain daripada itu, boleh juga membiarkan anak menyimpan wang  buat sementara waktu namun ajarlah mereka untuk mencatat wang terkumpul, dan tetapkan masa untuk membawa mereka menyimpan di bank, atau terus ke dalam tabung.

Satu cara lain ialah menetapkan peratus untuk disimpan terlebih dahulu, dan selebihnya barulah untuk dibelanjakan. Ianya satu cara yang baik untuk mengajar mereka mengurus kewangan secara berhemah.

(Ada juga yang memperuntukkan peratus untuk wang derma, juga cara terbaik mendidik anak dari sudut kedermawanan)

 

4. Ingatkan anak-anak tujuan asal bertandang ialah ziarah-menziarahi.

Satu amalan yang baik yang kerap dilakukan di bulan yang mulia ini ialah saling ziarah-menziarahi. Selain dapat merapatkan tali persaudaraan, berziarah juga membawa rahmat kepada tuan rumah dan membawa keluar dosa ahli rumah. Malah, daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun menziarahi saudaranya kerana Allah S.W.T. maka berserulah penyeru di langit, engkau telah melakukan kebaikan dan baik sungguh perjalananmu itu dan engkau telah menduduki tempat di dalam syurga. (riwayat Imam Tarmizi)

Maka, ingatkanlah anak-anak untuk meletakkan niat berziarah di tempat yang utama untuk beroleh pahala berbanding duit raya sebagai satu perkara sampingan. Berziarah juga perlu mengikut adab, seperti berziarah di masa yang sesuai dan tidak menganggu tuan rumah, tidak berbual terlalu lama, serta tidak merungut jika terdapat kekurangan yang tidak mampu disediakan tuan rumah. Ia sebenarnya bukan sahaja peringatan untuk anak-anak, namun untuk kita bersama.

 

5. Bersederhana dalam merayakan Hari Raya dengan bersyukur berbanding mereka yang tidak bernasib baik.

Paling penting sekali, di saat-saat kebahagiaan hari raya,sebenarnya ada insan di luar sana yang menyambut lebaran dalam keadaan daif, sedih atau huru-hara. Bagi anak-anak yatim, mereka menyambut tanpa ibu bapa atau keluarga. Begitu juga yang miskin, tiada baju baharu atau makanan yang lazat. Jika di Palestin, Mesir, Syria dan sebahagian tempat lain, hari raya disambut dalam keadaan yang  tidak menentu dan penuh ketakutan.

Oleh itu, ingatkan anak-anak dan diri  supaya sentiasa bersyukur kerana masih berada dalam keamanan dan kesejahteraan, dan besederhana yakni tidak telalu alpa menyambut hari raya. Di samping itu, jangan lupa kirimkan doa buat mereka yang tidak bernasib baik di bulan yang mulia ini.

Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,

Disimpan jangan ampun dipinta,

Syawal dinanti kan kunjung tiba,

Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Buat meriam pasang pelita,

Asap keluar bunyi tiada,

Ucapan raya maaf dipinta,

Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,

Di dalam gelap menangkap ikan,

Kami menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,

Sambil berlari memakan roti,

SMS dikirim pengganti diri,

Memohon maaf seikhlas hati.

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2014

Sungguh cantik si rama-rama,

Hinggap seekor di depan mata,

Kini syawal telah menjelma,

Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Tok Dalang pergi ke dusun,

Gadis India memakai sari,

Seikhlas hati jari disusun,

memohon dimaaf kekhilafan diri,

Bakar lemang sambil berdiri,

Untuk juadah di AIDIL Fitri,

Hantar kad raya posmen dah cuti,

SMS sahaja penggganti diri.

Gemersik takbir mengundang hiba,

Salam diutus tanda ingatan,

Syawal dinanti menjelang tiba,

Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,

Negara jepun dilanda taufan,

Salam lebaran daku ucapkan,

Di hari raya saling bermaafan.

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2014

Biar amarah disunting senyum,

Ibarat pekerti disulam kasih,

Diharap dihalal makan dan minum,

Ibarat rezeki tidak disisih

ANaK CiNa SungGuH LaW

JD PelKS diBWH PHN,

Nd KTK MNSK JW

JR dSSN MaF KPHN.

Buah pauh ditengah bendang,

Jadi dagangan ditengah kota,

Saudara jauh datang bertandang,

Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,

Tempat persinggahan si anak kera,

Ketupat rendang sudah tersedia,

Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,

Jangan dilupa orang terinyanya,

Makan sudah baju bergaya,

Orang fakir jangan dilupa.

Koleksi ucapan selamat hari raya terbaik 2014

Adik tersayang segak bergaya,

Memanjat kuih di atas para,

Suasana riang di hari raya,

Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,

Terbang jauh dari Itali,

Datuk nenek muka berseri,

Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,

Dayak dusun jadi penjaga,

Datuk nenek tidak tersabar,

Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,

Amat meriah riang gembira,

Ramai bertandang di hari raya,

Tersenyum riang sanak saudara.

Masak lomak cili api

Campo dongan daun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!)

Gulai tempoyak ikan mayong,

Deroyan busok tebok tupai,

Pandu hemat ingat kampong,

Asal teman selamat sampai.