Teks Pengacara Majlis Pertandingan Pidato Integriti

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI PERINGKAT IPGKTB KAMPUS TUANKU BAINUN 2014

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam berpidato. Barisan hakim yang arif lagi bijaksana, pensyarah-pensyarah, peserta-peserta pertandingan pidato integriti dan seterusnya guru-guru pelatih yang dikasihi. Selamat datang ke Pertandingan Pidato Integriti Peingkat IPGKTB 2014.

Terbang merpati membawa berita, Hinggap berteduh dipohon melati, Jari diangkat doa dipinta, Moga pertandingan lebih diberkati. Bagi memberkati pertandingan pada pagi ini, majlis menjemput saudara Mohd Naim bin Ismail untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada saudara Mohd Naim bin Ismail atas pimpinan doa sebentar tadi.

Sebagai pembuka kata majlis pertandingan, majlis dengan segala hormatnya menjemput__________________ untuk menyampaikan ucapan alu-alaun. Segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ____________________ atas ucapan sebentar tadi.

Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan hakim yang adil lagi bijaksana, iaitu DR. Ismail bin Abdul Rahman, Tuan Haji Adbullah bin Chik dan Encik Jamaluddin bin Abdullah. Penjaga masa ialah saudari Juliet Coji Siew dan saudari Joyce Ting Chin.

Seterusnya, saya akan membacakan peraturan pertandingan secara sepintas lalu. Setiap peserta dberikan masa untuk berpidato. Setelah 5 minit, loceng akan dibunyi sekali, manakala setelah 6 minit loceng akan dibunyi dua kali. Masa dikira setelah peserta mengambil tempat di atas pentas dan memulakan pertandingan. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak dibenarkan.

Pertandingan Pidato Integriti Peringkat IPGKTB dimulakan dengan angka giliran 1, iaitu ____________.

Dengan berakhirnya persembahan peserta kelapan, debaran kian memuncak. Peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan pertandingan pidato integriti peringkat IPGKTB? Dengan ini, kita memberikan masa kepada panel hakim untuk memuktamadkan keputusan. Sementara itu kesempatan masa yang ada boleh digunakan untuk berinteraksi dan bertanya khabar dengan para peserta yang hebat-hebat belaka.

Kini tibalah detik yang dinantikan, iaitu pengumuman keputusan yang sudah pun berada di tangan pengacara. Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis saya dengan sukacitanya mempersilakan _______________________ Ketua/wakil Panel Hakim untuk memberikan sedikit ulasan.

Terima Kasih En.___________________. Diminta En. tunggu sebentar di atas pentas. Para hadirin, tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan masa. Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput_____________________ untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada barisan hakim yang arif lagi bijaksana. Dipersilakan DR. Ismail bin Abdul Rahman, Tuan Haji Adbullah bin Chik dan akhir sekali Encik Jamaluddin bin Abdullah. Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datang lagi. Terima kasih juga diucapkan kepada ___________________ atas penyampaian sijil sebentar tadi.

Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Diumumkan pemenang ketiga jatuh kepada _____________________________. Dipersilakan naik ke pentas.

Pemenang kedua jatuh kepada _____________________. Syabas. Dipersilakan

Johan Pertandingan Pidato Integriti Peringkat IPGKTB 2014 jatuh kepada___________.

Tahniah kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang lain yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman ini satu kenangan manis yang pernah kalian lalui.

Majlis berakhir di sini. Bagi piha Jawatankuasa Pengelola pertandingan, saya memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan kekurangan yang berlaku dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung untuk menjayakan pertandingan pada hari ini. Terima kasih dan harap jumpa lagi.