Pidato : Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar,

Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Salam Satu Malaysia.
Berdirinya saya di sini ialah untuk menyampaikan sebuah pidato yang
bertajuk "NEGARA BERSIH RAKYAT SIHAT".
Hadirin sekalian,
Para cendekiawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti
berada di negera yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada
dibawah pemerintahan seorang sultan atau gabenor. Manakala bersih
membawa makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada air,
udara ataupun bunyi. Rakyat pula bererti seluruh penduduk sesebuah negeri.
Akhir sekali sihat yang bererti tidak menghidap sebarang penyakit. Pernyataan
berikut bukan sebarangan omong kosong kerana hal ini dapat dibuktikan di
negara-negara matahari terbenam seperti New Zealand di mana negara
tersebut merupakan salah satu negara yang paling bersih daripada pelbagai
pencemaran dan tahap kesihatan rakyatnya sangat tinggi sekali berbanding di
negara Malaysia.
Hal ini telah membuktikan bahawa negeri bersih dapat melahirkan rakyat
yang sihat dripada pelbagai aspek sama ada jasmani, rohani mahupun mental.
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana masih terdapat punca air
yang bersih, pelbagai pokok hijau masih berdiri tegak dan udara yang nyaman
dan segar masih dapat dihirup sehingga sekarang. Namun, kita perlu menjaga
nikmat yang diberikan oleh Tuhan supaya dapat berterusan hingga ke generasi
yang akan datang.

Perbentukkan negeri bersih perlu dilakukan dengan kadar yang segera
untuk membentuk rakyat sihat. Sebelum saya mengutarakan usaha-usaha
untuk membentuk negara bersih saya inginmemberikan sedikit gambaran
sekiranya kita tidak mengambil berat tentang kebersihan negeri kita.
Antara kesannya ialah bekalan makanan akan berkurangan. Hal ini
demikian kerana kilang-kilang di sekitar sungai mengambil jalan mudah untuk
membuang sisa toksik ke dalam sungai bagi menjimatkan kos. Tetapi perkara ini
bukan sahaja mengurangkan kos malah memburukkan lagi keadaan seperti
kematian hidupan makanan laut serta kekurangan air sungai yang bersih.Selain
itu, kilang-kilang memproses besi dan minyak telah mengeluarkan beribu-ribu
kepul asap setiap hari. Hal ini telah menyebebkan indeks pencemaran udara
semakin meningkat. Malahan, asap berkepul-kepul ini akan membentuk awan
yang berisi air untuk membasahi bumi. Namun air-air tersebut mengandungi
pelbagai asid yang akan menyebabkan hakisan bangunan serta tumbuh-
tumbuhan. Pada masa yang sama, hujan asid itu akan diserap ke dalam tanah.
Hal ini akanmenyebabkan pokok-pokok yang tubuh tidak begitu segar dan
berkhasiat Malah air bawah tanah juga akan tercemar. Perkara ini juga dapat
mengurangkan sumber minuman yang bersih daripada pencemaran. Kesemua
pencemaran yang terjadi akan menyebabkan sumber makan dan
minumansemakin berkurangan dan berkemungkinan akan berlakunya inflasi
makanan dan minuman kiranya negara kita tidak bebas dari kekotoran dan
pencemaran. Hal ini sama sekali bertentangan dengan propaganda kita iaitu
negeri bersih rakyat sihat.Pencemaran-pencemaran yang berlaku di negeri kita
akan menyebabkan tahap kesihatanrakyat semakin teruk. Antara penyakit
yang berkemungkinan akan dihidapi oleh rakyat setempatialah penyakit Taun
yang disebabkan oleh jangkitan virus vibrio cholera. Penyakit ini berpunca
daripada pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus
seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak.
Virus ini akan menyerangsaluran penghadaman kita. Antara simptonnya ialah
diarea, perut tegang, mual, muntah dankekeringan. Jika perkara ini tidak
dirawat dengan kadar segera, kematian boleh berlaku. Disamping itu, bagi
pesakit asma sudah pasti akan menjadi lebih parah apabila berada di
kawasanindeks pencemaran yang tinggi seperti di antara Teluk Kalong dan
Bukit Kuang yang merupakan tempat perindustri yang banyak mengeluarkan
asap-asap toksik disamping habuk dan debu. Hal ini akan menyebabkan
keradangan
dan
spasma
pada
selaput
dinding
laluan
udara
yangmengakibatkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Perkara ini
boleh menyebabkanseseorang itu kekurangan oksigen di dalam badan.
Penyakit-penyakit ini akan menjadi lebih parah sekiranya tidak dirawat pantas.
Hal ini sudah pasti akan mengurangkan rakyat sihat didalam sesebuah negeri.
Negatif impak yang dinyatakan tadi boleh dibanteras sekiranya kegiatan
gotong-royong dijalankan di seluruh daerah di setiap negeri. Kegiatan ini boleh
dilakukan di sungai, pantai dan kawasan perumahan yang tercemar dan kotor.
Hal ini akan menjadi lebih efektif sekiranya golongan atasan turut serta dalam
menjayakan program gotong-royong yang dijalankan. Bak kata pepatah ular
menyusur akar tidak akan hilang bisanya malah boleh dijadikan role model
kepada rakyat tempatan supaya menjadi lebih prihatin dan menyingkirkan
sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terhadap
kawasan persekitaran yang kotor.
Pada masa yang sama, kawasan yang telah dibersihkan akan
membuatkan mata kita sedap memandang di kawasan persekitaran kerana
tidak mempunyai kekotoran mahupun sampah sarap disekitarnya. Selain itu,
aktiviti ini perlu dijadikan sebahagian daripada tugasan harian hidup kita.
Bagi orang yang berat tulang pasti akan menjadi ringan tulang apabila
dia melihat golongan pemimpan turut turun dari tampuk pemerintah untuk
bekerjasama dalam menjadikan negera bersih untuk kepentingan bersama. Di
sini juga kita dapat melihat bahawa kegiatan ini dapat menjadikan seseorang
itu pandai mengurus aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada setiap masa. Sebagai
contoh, apabila kegiatan gotong-royong dijalankan di peringkat sekolah pasti
ada seseorang yang akan mengawasi pergerakan dan memberi tugasan
megikut kemampuan dankemahiran seseorang. Hal ini pasti akan dapat
melahirkan generasi yang menghargai masa. Bak kata pepatah masa itu emas.
Melalui kegiatan ini, kita pasti dapat menjamin bahawa kita boleh melahirakan
negeri bersih rakyat sihat.
Sejajar dengan itu, semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk
mengadakan kempen-kempen seperti Kempen Cintai Alam Sekitar dan
Kempen Bumi Hijau. Media massa turut memainkan peranan yang penting bagi
menyiarkan kempen-kempen yang ingin dijalankan olehmana-mana pihak
kerajaan atau swasta. Melalui pengiklanan ini, rakyat akan sentiasa
diingatkantentang kepentingan dan kebaikan memelihara dan memulihara
bumi hijau yang telahdianugerahi Tuhan. Kempen-kempen yang dijalankan
membolehkan rakyat berfikiran kreatif daninovasi. Mereka akan menggunakan
kotak minda mereka untuk mengubah dan mereka sesuatuyang baru dan
menarik melalui sisa buangan yang boleh digunakan dan dikitar semula. Hal ini
juga boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan untuk
menggunakan barangan belian seperti plastik, kertas dan kaca serta sumber
yang berterusan seperti air secara berhemah dan berjimat. Perkara ini boleh
mengelakkan pembaziran yang berlaku serta mengurangkan kadar
pencemaran alam sekitar. Pada masa yang sama, kempen yang dijalankan
perlu dilakukan secara konsisten supaya keadaan sekeliling bersih dan cantik
sepanjang masa. Perkara ini juga tidak akan memberikan peluang kepada
kuman dan virus untuk membiak walaupun dalam masa satu minit.Sekiranya
langkah-langkah yang dinyatakan di atas kurang memberi kesan yang positif,
Pihak kerajaan perlu mengetatkan undang-undang yang telah sedia
ada. Selain itu, pegawai- pegawai yang menjalankan tugas perlu jujur dan
amanah dalam mengenakan tindakan undang-undang kepada pesalah.
Undang-undang yang telah dikenakan kepada pesalah perlulah tegas
dantidak akan adanya belas kasihan untuk kali keduanya. Sebgai contoh,
kilang-kilang perindustrianyang telah membuang sisa-sisa toksik di sungai perlu
mengenakan denda dan tindakan undang-undang yang setimpal dengan
perbuatan yang telah mereka lakukan. Sekiranya perlakuan initidak memberi
kesedaran kepada mereka, pihak kerajaan perlu menarik lesen perkilangan
danmemberhentikan pengurusan kilang tersebut. Oleh hal yang demikian,
pihak kerajaan juga perlumengeluarkan akta-akta yang baru dan bersesuaian
untuk mengurangkan pembukaan kilang-kilang perindustrian yang baru bagi
mengurangkan pencemaran terhadap flora dan fauna sertakepada manusia.
Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu membuat satu perjanjian
dengansyarikat yang sedia ada dengan mengutarakan syarat-syarat yang
ketat untuk mereka meneruskan pengurusan kilang tanpa mencemarkan
negeri terutamanya kepada kilang-kilang perindustrianyang memproses besi,
minyak dan arang batu. Melalui tindakan ini, rakyat tempatan akan
lebihmenghormati dan taat kepada undang-undang dan akan mematuhi
undang-undang tersebut.Sebagai contoh, di Singapura rakyatnya pasti akan
membuang sampah ke dalam tempat yang disediakan.

Antara kesan positif yang kita perolehi sekiranya negeri bersih dapat
dicapai ialah kesihatan rakyat setempat akan lebih berkualiti. Hal ini demikian
kerana melalui usaha yangdilakukuan di atas telah dapat membanteras kuman
dan virus daripada bermaharajalela di tempat yang kotor.
Di samping itu, tempat-tempat pencemaran dan pembuangan sampah-
sarap akan berkurangan. Perkara ini juga dapat mengurangkan penggunaan
tanah kosong untuk penimbusandan pelupusan sampah di samping dapat
mengembalikan nutrient dan zat-zat yang diperlukanoleh tanah bagi
menyuburkan semula tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang merupakan
sebahagian daripada makanan asas manusia untuk memberikan vitamin serta
mencuci sistem penghadaman manusia. Pesakit yang menghidapi salah satu
penyakit yang dinyatakan di atasakan berkurangan kerana kawasan tersebut
telah dibersihkan.
Walaupun penyakit-penyakit inimengambil masa yang lama untuk
sembuh namun telah dapat menyedarkan manusia bahawakawasan yang
bersih dapat menjamin kesihatan mereka serta dapat membanteras penyakit-
penyakit baru untuk muncul. Di sini kita dapat melihat dengan mata sendiri
bahawa rakyat yang bsihat datangnya daripada negera yang bersih.
Penambahan rakyat sihat akan membangunkan ekonomi negeri dalam
pelbagai sektor.Sebagai contoh, Terengganu mempunyai pelbagai tempat
pelancongan yang menarik perhatian pelancong asing mahupun tempatan
seperti Pulau Kapas dan Tasik Kenyir. Melalui penjagaanyang rapi di tempat-
tempat peranginan sudah pasti akan membuatkan pemandangan lebih cantik
dan nyaman di samping dapat mengurangkan pencemaran. Perkara ini telah
dapat meningkatkan kewangan dalam bidang pelancongan di negeri kita.
Rakyat yang sihat juga akan memberikan 100 peratus tumpuan terhadap
pekerjaannya dan dapat mengurangkan hari untuk mereka cuti sakit. Perkara
ini jelas memberitahu kita bahawa kedudukan ekonomi negara berada
dalamtangan rakyat yang menggembleng tenaga mereka untuk mencari
rezeki bagi manampung kehidupan seharian mereka. Di samping itu,
pembangunan teknologi akan bertambah maju kerana mempunyai rakyat
yang proaktif dan sihat dari pelbagai aspek iaitu jasmani, rohani danmental.
Justeru, negeri bersih juga dapat melahirkan rakyat yang produktif dalam
melakukan sesuatu tugasan kerana telah wujudnya rakyat yang bebas
daripada penyakit.Pada masa yang sama, propaganda negeri bersih rakyat
sihat boleh memupuk perpaduan antara rakyat Malaysia yang mempunyai
berbagai-bagai kaum seperti melayu, cina dan india.Melalui kegiatan gotong-
royong, kerjasama antara penduduk kampung akan menjadikan tugasanyang
dilakukan lebih efisen dan cekap di samping mengeratkan hubungan
silaturahim di antarakaum.
Di sini kita dapat lihat bahawa persefahaman antara kaum akan lebih
mendalam. Hal ini boleh mengelakkan pergaduhan dan peperangan antara
kaum yang pernah terjadi di Malaysiaiaitu peristiwa gelap pada 13 Mei 1969.
Bak kata pepatah pisang tidak akan berbuah dua kali.Rakyat setempat juga
akan lebih disiplin dalam mematuhi undang-undang kerajaan disampingdapat
memupuk rasa cinta dan sayang kepada negeri. Bak kata pepatah hujan emas
di negeriorang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Pada
masa yang sama, pertahanan negara kita akan lebih mantap serta keamanan
dan keharmonian negara akan lebihterjamin. Hal ini boleh menjadikan musuh
menggeruni negara kita dan dapat mengelakkannegara kita dicerobohi atau
dijajah oleh orang luar.Intihanya, pihak kerajaan dan pihak bukan kerajaan
perlu menangani masalah kebersihandan pencemaran yang berlaku di negeri
kita dan tidak ketinggalan juga masyarakat setempatyang menunjukkan
sesitiviti atau kepekaan dan keperihatinan mereka terhadap keadaaan dio
sekeliling mereka. Tanapa penguatkuasaan dan pematauan dari pihak atasan
akan membuatkanrakyat menjadi lalai tentang tanggungjawab nereka
sebagai khlaifah di muka bumi ini. Ole halyang demikian, semua pihak perlu
saling tegur-menegur dan ingat-mengingati antara satu samalain bagi
mengelakkan negeri kita dicemari oleh sampah-sarap yang merosakkan
pemandanganyang cantik dan indah. Disebabkan manusia tidak pernah sunyi
daripada melakukan kesilapan,kita sebagai insan perlu bersungguh-sungguh
untuk menampilkan wajah yang baru disulamitekad untuk mempertahankan
khazanah yang telah dianugerahi Tuhan. Program negeri bersihrakyat sihat
dapat memperteguhkan tali-temali persaudaraan sesama masyrakat yang
berbilangkaum tanpa mengenakan sebarang syarat. Agenda kerja yang
terancang dan sempurna pasti aka