Teks Pidato Remaja Cemerlang Negara Terbilang Teks Qaisara

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Berikan saya 5 minit beraksi..nescaya dapat saya tawan seisi dewan pada hari ini.

Terlebih dahulu,

Sekalung apresiasi buat saudara pengerusi. Barisan intelektual kehakiman yang bervisi. Para cendikiawan yang disanjungi, seterusnya sidang pendengar yang dikasihi, tetap di hati .

Terima kasih diucapkan buat anda yang sudi melapangkan masa.

Hadirin sekalian ,tika….dan saat ini, saya bukannya Wardina Safiyah…mahupun Ustazah Siti Nur Bahyah yang saya yakin anda semua kenal, namun,saya cumalah insan biasa, yang terpanggil ke atas pentas ini untuk merungkai serta memperincikan…komponen-komponen…

REMAJA CEMERLANG ,NEGARA GEMILANG

Begitulah tajuk yang cukup besar untuk saya kongsikan kepada anda semua.

Hadirin sekalian, komponen pertama: REMAJA BERINTELEKTUAL.

Remaja yang kita ingin lahirkan hari ini, bukan sekadar remaja yang bermaklumat, tetapi remaja yang berilmu. Sudah tentulah ilmu yang perlu dituntut itu bukan sekadar ilmu akli, bahkan ilmu nakli. Justeru, kerajaan sangat serius dalam usaha mewujudkan remaja berintelektual. Kerajaan telah memperuntukkan lebih 45 bilion ringgit untuk bidang pendidikan. Kerana apa? Kerana kerajaan bukan hanya mahu melahirkan seorang ahli genius pintar, malahan ribuan lagi adik genius pintar seperti Adi Putra, agar Negara kita dapat dijulang di mata dunia. Remaja berintektuallah yang mampu berfikir seperti masyarakat minda kelas pertama, dalam melahirkan Negara yang gemilang.

Hadirin sekalian, jangan alihkan pandangan anda dari saya, kerana saya akan berkongsikan komponen ke dua, : REMAJA BERHIKMAH.

Hadirin, sedar atau tidak, remaja kini mempunyai pengisian jasad yang berbeza. Ada yang menjadi khalifah, ada yang menjadi sampah, ada yang pergi ke university, ada juga yang ke pusat serenti, ada yang menjadi pejuang, namun mengapa masih ada yang menjadi petualang? Dengan nilai disiplin seperti ilmu, iman dan amal, maka wujudlah remaja berhikmah, yang dapat menggapai aspirasi Negara. insyaAllah. Tamat kupasan komponen kedua.

Sidang dewan yang penuh budiman, komponen ketiga: REMAJA BERWAWASAN.

Ayuh hadirin hari ini saya mengajak anda seisi dewan, kita retropektif kembali sejarah melalui sirah. Tatkala sultan Muhammad al Fateh masih lagi di usia remaja, konstantinopel menjadi tawanannya. Hadirin, di negara kita pula, pejuang negara, Rosli Dhobi sanggup berkorban nyawa menitiskan darahnya untuk negara. Kita lihat, sejak remaja lagi mereka telah menetapkan wawasan tinggi demi negara. Hari ini, kita harus tepuk dada, tanya hati. Apakah yang mampu kita sumbangkan buat negara tercinta?

Warga dewan yang saya kasihi, komponen terakhir: REMAJA PEMIMPIN

Dr Yusuf Alqardawi pernah menyatakn.. jika ingin melihat pemimpin masa hadapan…lihat generasi hari ini. Jika hari ini , saya ingin mengetahui bagaimanakah rupanya bumi pada suatu hari nanti… kepada siapakan harus saya tujukan soalan ini? Pada mat rempit yang sempit? Atau pada kekasihnya yang asyik berkepit,? Ataupun pada peminta sedekah yang bertebaran di jalanan yang sedang bersabung demi kelangsungan kidupnya.?? ?… (nada tinggi nih..hu3)

Ingatlah hadirin, kita tidak mahu ikon remaja kita jadi begini… kita ingin serahkan negari ini pada bakal pemimpin yang berilmu,. Berkredibiliti dan sanggup berkorban buat nusa bangsa dann agama. Dan, sedar tak sedar, kitalah generasi remaja yang dimaksudkan… mulai hari ini, ayah sama-saya kita sematkan di hati, agar sama2 kita mengorak langkah memimpin negara. Saya yakin, dengan berkat, ikhlas dan semangat waja yang kita ada, Negara kita mampu berdiri seiring dengan negara maju yang lain.

Hadirin yang saya cintai , tajuk yang saya bawakan hari ini, bukanlah bualan di kedai kopi. Justifikasinya hadirin, kita perlulah sama-sama menyahut hasrat kerajaan agar negara dapat melahirkan remaja yang cemerlang.

Ingatlah hadirin, Hidup ini satu pilihan. Setiap pilihan yang kita lakukan akan ada kesannya pada masa hadapan. Jangan sampai kita menyesal pada hari kemudian, hanya kerana tersalah membuat pilihan pada hari ini. Takut-takut ada yang jatuh ditimpa tangga. Jangan sampai ayam ditambat disambar helang, padi di tanah ditumbuh lalang. REMAJA CEMERLANG, NEGARA TERBILANG.

Akhirulkalam.. wabillahitaubk wal hidayah, wassalamualaikum wbt.

=) =) semoga cepat menghafal=) =)