Ciri Ciri Pidato Yang Baik.doc

Ciri-Ciri Pidato Yang Baik

Seseorang pemidato perlulah mempunyai ciri-ciri pidato yang baik bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan membuatkan orang yang mendengar pidotanya akan mengambil panduan yang disampaikan.

Ucapan seseorang pemidato tidak terlalu lama sehingga membosankan dan tidak terlalu ringkas sehingga tidak capai maksud. Tahap tumpuan seseorang tidaklah mengambil masa yang lama dan seseorang itu akan mudah berasa jemu dan bosan. Sebaik-baiknya pemidato haruslah banyak memberi ucapan yang menarik minat pendengar dan terus mendapatkan tumpuan pendengar. Selitkan unsur-unsur lucu, fakta-fakta yang menarik, maklumat terkini, dan sebagainya.

Ucapan yang disampaikan sebaik-baiknya bersandarkan hujjah al-Quran dan hadis serta dimantapkan dengan hujjah akal yang bernas dan benar tanpa ada sebarang kepesongan fakta mahupun hujjah al-Quran dan hadis. Fakta dan hujjah yang benar dan betul akan membuatkan pendengar yakin dengan ucapan yang disampaikan dan menarik minat para pendengar.

Ucapan perlulah disampaikan dengan penuh keyakinan, fasih dan lancar. Ini akan membuatkan pendengar yahin terhadap ucapan yang diberikan. Setiap ucapan perlulah lancar supaya pendengar dapat menangkap segala maklumat yang telah diberikan.

Pemidato hendaklah berpengetahuan luas lebih-lebih lagi mengenai isi ucapan yang disampaikan. Jika tidak, pemidato akan diperlekehkan oleh pendengar kerana tidak berpengetahuan luas sedangkan pendengar lebih berpengetahuan. Pemidato haruslah lebih mengetahui isi ucapan berbanding pendengar.

Pemidato haruslah bijak mengawal dan menarik perhatian pendengar kepada ucapannya supaya tidak berlakunya kebisingan dan kebosanan pendengar. Pemidato akan dapat menguasainya apabila sering member ucapan dan mengalaman pemidato sendiri.

Pemidato haruslah memberikan contoh yang baik termasuklah cara berpakaian, berjalan, bergaul dalam majlis dan sebagainya. Ini kerana, setiap tingkah laku akan diperhatikan oleh semua orang. Untuk menyakinkan ucapan kepada pendengar pemidato haruslah menunjukkan contoh yang baik.

Isu kandungan ucapan pemidato haruslah bersesuaian dengan tajuk dan tidak menyentuh isu sensitive dan negatif. Pemidato haruslah bijak mengatur ucapan dan isi supaya tidak berlaku kekecohan oleh pendengar. Pemidato juga tidak melibatkan keperibadian seseorang individu lain dan menghormati orang di sekeliling.

Pemidato haruslah menggunakan bahasa yang sopan dan tidak kasar. Pemidato haruslah mengawal emosi ketika memberi ucapan dan tidak meninggikan suara ketika member ucapan.