Majlis Pidato : SOLUTASI

SOLUTASI

Indah Mentari mulai membara

Cahaya keramat alam benua,

Assalamualaikum mulai bicara,

Salam hormat untuk semua.

Yang berusaha ________________ GB/PK Sekolah Kebangsaan Temelok.

Yang dihormati, encik/puan __________________Penyelaras Program Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Darul Ridzuan.

Guru-guru Pengiring,

Seterusnya para peserta Pertandingan Pidato

Selamat Datang ke Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Darul Ridzuan.

DOA

Membeli pukat di Simpang Ampat,

singgah sebentar di Anjung Batu,

tangan diangkat jari dirapat,

doa dipanjat memohon restu.

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini. Majlis mempersilakan Saudara ……………………untuk mengetuai bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Saudara ……………….

PERTANDINGAN

Bagi meneruskan  Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Darul Ridzuan.

Saya dengan rendah diri ingin memperkenalkan terlebih dahulu para hakim yang alan mengadili pertandingan pada hari ini.

Hakim pertama 
Encik ……………………………………….

Hakim Kedua,

Encik ……………………………………….

Manakala Hakim Ketiga 
Encik ……………………………………………

Diperkenalkan juga penjaga masa pertandingan kita iaitu
Saudari ……………………………
Saudari ………………………….

Sebelum memulakan pertandingan ini, suka citanya saya ingin menjemput ketua hakim, encik ______ untuk menerangkan syarat-syarat pertandingan pidato.

Terima kasih diucapkan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Hadirin sekalian,

Berikut merupakan syarat-syarat pertandingan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Darul Ridzuan.

1.     Tema pidato mestilah bertemakan Satu Malaysia.

2.     Masa yang diperuntukkan bagi seorang peserta ialah 8 minit.

        Loceng akan dibunyikan sekali pada satu minit yang pertama.

        Loceng akan dibunyikan sekali pada dua minit yang terakhir.

        Dan loceng akan dibunyikan dua kali masa tamat.

 3.Peserta akan dinilai berdasarkan

         I.            Isi 15 markah,

      II.            Huraian 20 markah,

   III.            Contoh 5 markah,

  IV.            Bahasa dari segi intonasi, sebutan tatabahasa 25 markah,

     V.            Persembahan dari segi gaya dan keyakinan 25markah

  VI.            Peserta juga dinilai dari adab dan pernampilan 10 markah.

PERTANDINGAN

Pergi ke kedai membeli santan,
Santan dibeli hampir nak basi;
Dasar Negara membawa perubahan,
Satu Malaysia menjana tranformasi

Untuk makluman hadirin, pertandingan pidato Bahasa Melayu Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Darul Ridzuan ini telah menerima sebanyak 18 penyertaan dari sekolah-sekolah yang terdiri dari bahagian _______________.

Bagi memulakan petandingan kita pada hari ini, dipersilakan peserta yang mendapat undian yang pertama Saudara/ri___________________________
dengan tajuk pidatonya yang bertajuk______________________

Majlis mempersilakan,

Terima kasih diucapkan kepada Saudara/ri_____________________________

Seterusnya majlis mempersilakan peserta yang kedua saudara/ri______________________________ untuk menyampaikan pidatonya yang bertajuk_____________________________.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara/ri___________________________.

Peserta 1-18

Demikianlah tadi, Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Darul Ridzuan.

UCAPAN PENGARAH PROGRAM

Anak Pak Abu suka berangan,
Sambil berangan mencuci cawan;
Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan.

Hadirin sekalian,

Majlis mempersilakan Yang Berusaha ………………………………, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temelok untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan

Terima kasih kepada ………………..

UCAPAN PENYELARAS PROGRAM

Seterusnya majlis menjempu Penyelaras program Yang Dihormati ………………………untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapan kepada ………………………….. di atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin sekalian, majlis menjemput Yang berusaha encik …………………….., Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temelok untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Darul Ridzuan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha ……………………. Dipersilakan

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha …………………………….. di atas ucapan perasmian penutupan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN

Seterusnya kita dihiburkan dengan persembahan Multimedia ________

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam persembahan tersebut.

PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis mempersilakan Yang Berusaha ……………………………. GB Sekolah Kebangsaan Temelok, dan Yang Dihormati ………………….. untuk mengiringi Encik ……………………………… untuk menyampaikan cenderahati dan hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan para hakim untuk menerima cenderahati.

Hakim pertama ……………………………..

Hakim Kedua ……………………………..

Hakim Ketiga ………………………………….

Seterusnya penyampai cenderahati kepada semua peserta pertandingan.

1.

Hadirin sekalian, majlis seterusnya akan mengumumkan Pemenang bagi pertandingan pada kali ini.

Tempat ketiga dimenangi oleh_______________________________

Tempat Kedua pula dimenangi oleh___________________________

Dan tempat pertama dimenangi oleh ___________________________

Dengan ini berakhirlah sudah Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mari dipetik sirih puan,

sirih dipetik di tepi perigi,

terima kasih tuan dan puan,

di lain masa berjumpa lagi.

Saya selaku pengerusi majlis ini mewakili seluruh tenaga kerja penganjur Pertandingan Pidato ini memohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa kami mengatur program ini. Silap dan salah minta diampunkan.

Sekian…..Dengan ini dipohon Para Tetamu Undangan dan paa peserta untuk tampil kedepan bagi sesi fotografi….