CONTOH PIDATO : PENGGUNA BIJAK MENJANA EKONOMI NEGARA

PIDATO: PENGGUNA BIJAK MENJANA EKONOMI NEGARA

Rakyat bijak belanja, Negara makmur sejahtera. Assalamualaikum, salam 1 Malaysia. Terima kasih saudara/saudari pimpinan majlis, kombinasi kehakiman yang ahli lagi bijaksana, penjaga masa serta hadirin hadirat warga intelek sekalian. Saya pohon agar para hadirin pinjamkan tujuh minit selanjutnya, kita fokus sepenuh konsentrasi kepada naskhah wacana ilmiah yang saya bawakan pada hari ini iaitu PENGGUNA BIJAK MENJANA EKONOMI NEGARA.

Hadirin yang dimuliakan,

Sebaik tirai wahana ilmu dibuka, izinkan saya untuk mengungkap definisi cerakinan frasa yang mendasari pidato saya terlebih dahulu. Dari aspek literal, menurut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat, pengguna ditakrifkan sebagai orang yang menggunakan manakala bijak merujuk perihal pandai, cerdik, pintar, sesuai, betul dan mendatangkan kebaikan. Menjana pula didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan untuk menghasilkan, mengadakan, melahirkan atau mengeluarkan sesuatu. Sementara itu, konotasi ekonomi merujuk kepada sistem pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perhkidmatan, pengendalian sumber kewangan sesebuah Negara. Akhir sekali, Negara dapat didefiniskan sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Dalam lingkungan konteks pidato saya pada hari ini, setelah dirangkum menjadi satu, tuntasnya, naskhah pidato saya secara konsepsualnya, menggagaskan bahawa dengan pengamalan ilmu kepenggunaan, perbelanjaan yang hemat dan bijak serta pengurusan kewangan yang betul, pengguna mampu menjadi nadi penggerak, tunjang kerancakan ekonomi Negara.

Warga intelek sekalian,

Kita sedia maklum bahawa kita sedang berdepan dengan kebimbangan defisit yang semakin tidak terkawal, didorong pula oleh ketidaktentuan iklim ekonomi global. Pun begitu, aspirasi pidato saya pada hari ini menggagaskan bahawa dengan peranan pengguna bijak, ekonomi Negara mampu terus mandiri di tengah-tengah krisis ekonomi dunia. Untuk itu, tiga indikator sumbangan pengguna bijak terhadap kemakmuran ekonomi Negara akan saya tunjukkan agar dapat diperlihat peri pentingnya ilmu kepenggunaan bagi menyiagakan ekonomi untuk mendepani cabaran tersebut iaitu: pertama, amalan perbelanjaan berhemat; kedua, pengutamaan produk tempatan dan ketiga, aktiviti menabung. Saya yakin dan percaya, sekiranya ketiga-tiga indikator pengguna bijak ini disematkan dalam minda kita, nescaya sekalipun ekonomi Negara diasak dengan berencam risiko, kita akan dapat memperteguh ekonomi untuk terus memecut laju, menggapai aspirasi Negara maju berpendapatan tinggi.

Hadirin hadirat sekalian,

Saya mulakan pembuktian perkaitan pengguna bijak dan impak positifnya terhadap ekonomi Negara dengan hujahan amalan perbelanjaan berhemah. Amalan perbelanjaan berhemah menuntut warga pengguna untuk menyiagakan

h