PIDATO SK DARAU : 1

1PIDATO SK DARAU

Contoh Permulaan pidato

Sejambak kasih, sekalung budi saya

nobatkan kepada tuan pengerusi

majlis, kombinasi ampuh pihak

kehakiman dan seterusnya sidang

inteletual sekalian, tampilnya saya di

pagi yang mulia ini adalah untuk

menyampaikan sebuah pidato yang

bertajuk

KEPENTINGAN KEBERSIHAN

DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhidar

daripada sebarang kekotoran sama ada

kekotoran yang nampak seperti najis-

najis dan juga kekotoran dalaman

seperti perbuatan serta sikap negatif

termasuk sombong, bongkak, iri hati

dan sebagainya.

Antara kepentingan kebersihan dalam

kehidupan seharian ialah menjaga

kebersihan fizikal termasuk

kebersihan diri. Contohnya kebersihan

kuku, rambut, pakaian dan

sebagainya. Seseorang yang selalu

tampil bersih pasti akan disenangi oleh

rakan dan taulan. Orang yang

mementingkan kebersihan akan

tehindar daripada sebarang penyakit

seperti wabak H1N1, denggi,

chikukunya dan lain-lain.Selain kebersihan fizikal, kebersihan

hati, minda dan rohani juga memainkan

peranan penting dalam kehidupan

seharian. Contohnya seorang pelajar

yang rajin, tekun, sering menunaikan

perintah Allah, sentiasa bersedia

belajar di dalam kelas serta

menghormati ibu bapa, guru-guru dan

rakan-rakan pasti akan mencapai

kejayaan cemerlang dalam

kehidupannya.

Kesimpulannya, kebersihan itu amat

penting dalam kehidupan seharian

kerana kebersihan merupakan cabang

iman. Oleh itu marilah kita sama-sama

menjaga kebersihan kerana kebersihan

lambing ketamadunan seseorang.

KESELAMATAN JALAN RAYA

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Negara kita Malaysia mempunyai

sistem perhubungan jalan raya yang

sangat baik. Namun, kadar kemalangan

jalan raya di negara kita tidak

setanding dengan kemudahan

infastruktur yang ada di negara

kita.Mengapa ini terjadi??

Persoalannya bagaimana kita sebagai

pengguna jalan raya bertanggungjawab

untuk memastikan jalan raya selamat

digunakan??

Sebagai seorang pengguna, kita

seharusnya sentiasa mematuhi

peraturan yang telah

4berekspedisi, berkayak dan lain-

lain. Ini membantu mereka daripada

terjebak dalam kegiatan tidak

bermoral dan bercampur dengan

individu yang rendah akhlak.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum

merupakan kegiatan yang sangat baik

terutama kepada para pelajar yang

sentiasa berwawasan dan bercita-cita

tinggi. Bak kata orang; kalau tidak

dipecahkan ruyung, manakan dapat

sagunya. Kalau tidak sertai

kokurikulum, manakan tahu nilai

faedahnya!

Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,

barisan panel hakim yang adil dan

seterusnya hadirin sekalian. Salam

sejahtera saya ucapkan sebagai

pembuka tirai bicara. Berdirinya saya

di pentas ini adalah untuk

membicarakan tajuk syarahan

Membudayakan Amalan Membaca.

Hadirin yang saya muliakan,

Amalan membaca memang telah

disedari kepentingannya oleh semua

golongan sama ada pemimpin politik,

ibu bapa, pendidik, pentadbir dan

masyarakat amnya. Membaca adalah

suatu kegiatan yang amat penting

dalam kehidupan manusia dan boleh

membangunkan sesuatu masyarakatdari segi intelektual serta membentuk

pemikiran kreatif dan dinamis. Tidak

hairanlah jika ungkapan Membaca

Jambatan Ilmu sering kali kita

gunakan untuk menunjukkan betapa

pentingnya amalan membaca dalam

mencari ilmu pengetahuan.

Manusia berilmu selalunya dikaitkan

dengan insan berbudaya membaca.

Minat membaca adalah berkaitan

rapat dengan budaya ilmu kerana

minat ini merupakan suatu ciri

pembangunan budaya dalam

masyarakat yang berorientasikan

pendidikan dan pembacaan.

Amalan membaca perlu dijadikan suatu

budaya dalam masyarakat kita. Budaya

ini pula tidak seharusnya terbatas di

sekolah, universiti atau di bandar

sahaja tetapi patut dikembangkan

dalam kehidupan masyarakat

termasuklah masyarakat luar bandar.

Hal ini penting agar masyarakat luar

Bandar yang sering dikaitkan seperti

katak di bawah tempurung akan dapat

menambahkan ilmu pengetahuan

seterusnya bersama-sama mengejar

arus pembangunan.

Tuan-tuan yang saya muliakan,

Seseorang individu atau sesuatu

bangsa yang mempunyai kekuasaan

atau kejayaan dalam sesuatu bidang

5tidak boleh mempertahankan miliknya

tanpa budaya ilmu yang baik. Malah dia

akan bergantung kepada orang atau

bangsa lain yang berilmu. Buktinya kita

melihat betapa negara pengeluar

minyak yang kaya-raya terpaksa

bergantung hampir dalam semua aspek

penting kehidupan negaranya kepada

negara lain yang lebih maju dari segi

keilmuan dan kepakaran.

Sejarah juga telah membuktikan

bahawa masyarakat maju yang dapat

menguasai pelbagai bidang dalam

kehidupan mereka dan mencipta

sejarah adalah terdiri daripada

masyarakat yang suka membaca.

Disiplin membaca untuk mendapatkan

ilmu merupakan suatu kuasa

pembebasan daripada belenggu-

belenggu kemiskinan dan kejahilan.

Akhir kata, ingin saya tegaskan

bahawa kehidupan yang lebih sempurna

akan dapat dibentuk sekiranya

masyarakat kita membudayakan

amalan membaca. Amalan ini secara

langsung akan melahirkan masyarakat

berilmu dan bertamadun tinggi.

Sekian, terima kasih.

Syarahan: Faedah-faedah Kitar

Semula.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,

Guru Besar, para hakim yang arif lagibijaksana, guru-guru seterusnya

rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah

“Faedah-faedah Kitar Semula”.

Hadirin sekalian,

Pelbagai bahan terbuang seperti tin

minuman, surat khabar dan sebagainya

boleh dikitar semula menjadi bahan

atau alat yang berguna. Oleh yang

demikian, kita seharusnya tidak

membuang bahan-bahan yang telah

digunakan tersebut begitu

sahaja untuk mengelakkan pembaziran.

Bekas yang diperbuat daripada plastik,

kaca atau alaminium yang telah

digunakan boleh dikumpul dan dijual

semula untuk diproses menjadi bahan

baharu.

Apabila bahan-bahan terbuang dapat

dikitar semula, secara tidak langsung

akan juga dapat membantu mengatasi

masalah pencemaran alam sekitar. Ini

akan dapat mengurangkan sampah

sarap yang berbau busuk berlonggokan

di sana-sini yang menyakitkan mata.

Kesannya alam sekitar kita menjadi

lebih bersih, berudara segar dan

dapat mengurangkan masalah

kesihatan kita semua.

6Hadirin sekalian,

Kitar semula juga dapat menambah

pendapatan kita. Dengan menjual

kertas, surat khabar lama, tin

minuman, botol kaca dan botol plastik,

sedikit sebanyak akan membantu

menampung perbelanjaan kita

seharian.

Selain itu, kitar semula juga dapat

mengatasi masalah

penggunaan kawasan yang luas bagi

tujuan perlupusan sampah-sarap.

Dengan kitar semula, kita dapat

menjimatkan ruang kawasan

perlupusan sampah. Kawasan itu

sebaliknya boleh dibangunkan untuk

perkara lain seperti dijadikan kawasan

perumahan dan sebagainya.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada

semua pihak agar tidak membuang

barang-barang yang terpakai masing-

masing begitu sahaja. Kita

mestilah bekerjasama mengitar semula

bahan-bahan yang kita telah digunakan

dengan mengumpul barang-barang

tersebut supaya dapat dikitar semula

menjadi bahan yang lebih berfaedah

serta dapat mengurangkan

pencemaran alam sekitar.Sekian, terima kasih.

Syarahan: Faedah Makan Buah-buahan

Tempatan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,

yang berusaha Tuan Guru Besar, para

hakim yang arif lagi bijak sana, guru-

guru, serta rakan- rakan sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

saya ucapkan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin

menyampaikan sebuah syarahan yang

bertajuk Faedah makan buah-buahan

tempatan. Definisi buah-buahan

tempatan menurut kamus dewan ialah

buah-buahan yang dikeluarkan dalam

sesebuah negara . Contohnya buah

manggis, durian tembikai dan

sebagainya.

Buah-buahan tempatan banyak

mengandungi khasiat setanding dengan

buah-buahan yang diimport.

Contohnya, buah jambu batu

mengandungi vitamin c dan buah limau

mengandungi asid yang boleh

menghadamkan makanan yang kita

makan.

7Buah-buahan tempatan mudah didapati

kerana keluaran dalam negara kita.

Oleh itu, buah-buahan tempatan

didapati lebih segar dan kurang

mengadungi bahan pengawet. Buah-

buahan ini banyak dijual di gerai buah-

buahan seluruh negara.

Selain daripada itu, harga buah-

buahan tempatan juga lebih murah jika

dibandingkan dengan buah-buahan

import. Ini kerana buah-buahan

tempatan tidak memerlukan kos yang

tinggi untuk dipasarkan seperti

kos pengangkutan berbanding buah-

buahan yang diimport.

Buah-buahan tempatan juga telah pun

berjaya dieksport ke luar negara.

Contohnya buah nanas yang ditinkan

telah dieksport ke luar negara seperti

Arab Saudi, Amerika Syarikat dan

lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-

buahan tempatan juga digemari dan

dipercayai dari segi mutu atau

kualitinya.

Kesimpulannya, mengambil buah-

buahan tempatan sangat banyak

faedahnya. Selain segar, berkhasiat

dan bermutu, buah-buahan tempatan

juga dapat menjimatkan perbelanjaan

kita. Oleh itu, makanlah buah-buahantempatan sebagai buah-buahan pilihan

kita.

Sekian, terima kasih.

SYAKIRAH ZAHADI

Skd2010

Leave a Reply