Syarat Dan Peraturan Pertandingan Pidato Sempena Bulan

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PIDATO SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 2011

1. Peserta:

Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar IPGKBA

2. Hadiah:

3 hadiah disediakan untuk pemenang iaitu:

Johan, Naib Johan dan tempat ketiga. 6 hadiah saguhati kepada peserta-peserta yang lain.

3. Penentuan Tajuk:

3.1 Tajuk-tajuk pidato akan disediakan oleh pihak penganjur.

3.2 Tajuk-tajuk yang disediakan berdasarkan isu-isu semasa dan tajuk-tajuk

yang berkaitan dengan tema, Guru Penjana Transformasi Negara.

4. Peraturan Pemarkahan:

4.1 Pembahagian markah

i. Isi (40 markah)

Pemidato akan diadili dari segi pengutaran isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya. Isi yang diperlukan sebanyak 4 isi.

ii. Bahasa (30 markah)

Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak disampaikan.

iii. Penyampaian (25 markah)

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan ide tertib.

iv. Adab (5 markah)

Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa kebudayaan dan peribadi serta perlakuan atau tuturkata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah tersebut.

4.2 Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, maka untuk menentukan pemenangnya hendaklah diambilkira siapa yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi markah bagi isi dan cara penyampaian. Jika masih juga terdapat persamaan, kombinasi bagi isi, cara penyampaian dan bahasa dijadikan asas penentuan.

5. Syarat-syarat Perpidato:

5.1 Pemidato-pemidato diberi masa 8 minit sahaja.

5.2 Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan 2 kali bila

masa tamat.

5.3 Apa yang disampaikan oleh pemidato setelah loceng penamat dibunyikan,

markah tidak akan diberi oleh Hakim.

5.4 Pemidato-pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa berpidato akan dipotong markah.

5.5 Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.

5.6 Penggunaan bahasa atau tuturkata yang kurang sopan adalah dilarang.

5.7 Pemidato-pemidato tidak dibenarkan menundingkan jari mereka atau menunjukkan genggaman tangan mereka kepada penonton untuk melahirkan emosi mereka atau menepuk meja semasa berpidato.

5.8 Pemidato dimestikan berbahasa baku.

5.9 Pengerusi Pidato berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan-peraturan di atas.

6. Hakim:

6.1. Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.

6.2 3 orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang

darinya ialah Hakim.

7. Panduan Kepada Jemaah Hakim:

7.1 Pemidato-pemidato diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya; persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan; penguasaan dan penggunaan bahasa yang jelas; dan gaya bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan penonton-penonton melalui tepuk sorak.

7.2 Pemidato-pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa berpidato akan dipotong markah.

7.3 Markah juga dipotong kepada pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan.

7.4 Pemidato-pemidato yang melanggar peraturan 5.5 dan 5.7 di atas akan dipotong markah.

7.5. Markah juga akan dipotong jika tidak berbahasa baku.

Penutup:

Keputusan panel hakim adalah muktamad, segala bentuk sama ada lisan dan tulisan tidak akan dilayan.

Leave a Reply