Teks Pidato : HAD, 23 OGOS 2009

HAD, 23 OGOS 2009

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini ingin saya lahirkan rasa kesyukuran kerana di beri peluang keemasan di dalam dewan yang serba indah, dalam negara yang sentiasa aman, damai, suasana pagi yang gelap pada zahirnya bertukar cerah terus memberi laluan mudah kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk, Disiplin Asas Kecemerlangan Diri.

Sidang dewan yang saya hormati,

Sebelum saya meneruskan bicara menutur kata-kata, izinkan saya mendefinisikan tajuk saya pada hari ini.Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Disiplin membawa maksud kepatuhan kepada peraturan. Asas pula ialah tapak. Dasar merupakan satu permulaan. Manakala kecermelangan merupakan satu kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada peraturan merupakan tapak permulaan kepada kegemilangan diri seseorang.

Tanpa membuang masa merata-rata, izinkan saya rungkaikan beberapa misteri kecemerlangan dan kegemilangan diri yang sememangnya cukup mudah dikecapi, jika apa yang akan saya perkatakan sebentar lagi dipraktikkan dalam kehidupan.

Hadirin sekalian,

Akal yang cerdas terletak kepada tubuh badan yang sihat. Tubuh yang sihat dan cergas memang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara salah satu faktor yang perlu diambil berat ialah faktor kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan pengawet dan berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan safat otak berjalan lancar kerana bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk menghafal sesuatu. Makanan seperti ini juga boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti berlaku. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga pemakanan anda, Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Peraturan semestinyanya ada di sekeliling kita. Hidup tanpa peraturan, mati. Factor yang akan saya tegaskan sebentar lagi berdasarkan aspek mematuhi peraturan iaitu patuh kepada arahan. Jalan raya trafik, rumah ibu bapa, sekolah guru, atau dimana sahaja kita berada pasti ada arahan dan peraturan tersendirinya. Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Anak yang soleh, meupakan anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Dan pengguna jalan raya yang berhemat adalah pengguna yang akur dengan arahan dan peraturan jalan rayanya. Kajian akal menunjukkan individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan. Contohnya, guru menyuruh pelajar mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah tetapi pelajar ini bukan seorang yang patuh pada arahan dan pasti tidak diendahkan kata-kata guru tersebut. Bagaimana ingin cemerlang jika berlaku sedimikan rupa? Ingat, patuh pada arahan, kecemerlangan dalam tangan!

Sidang dewan yang saya hormati sekalian,

Faktor terakhir yang ingin saya tegaskan pada hari ini adalah factor yang paling penting berkisarkan aspek dalaman individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Penat saya menyusun kata, tapi iltizam, keinginan, daya usaha, daya saing sedikit pun tidak terbit dalam hati, macam mana mahu cemerlang? Terletak pada individu, semangat juang untuk berjaya, untuk cemerlang semestinya ditanam dalam diri masing-masing. Orang cemerlang, orang punyai semangat juang. Datuk Azhar Mansor dan Datuk Sharifah Mazlina contohnya, keinginan yang tinggi, kemahuan membuak-buak untuk mengharumkan nama negara inilah, resepi utama yang membolehkan mereka mengecapi kemanisan kejayaan dan kecemerlangan. Lihatlah dunia, mana- mana pemimpin yang berdisiplin, yang bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi pasti disanjung masyarakat. Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnyanya. Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat kejayaannya. 

Hadirin sekalian,

Resepi kejayaan telah saya suapkan, keluarkan sedikit tenaga kunyah dan telan akan meresap ke dalam diri Akhir kata sebelum dewan ini kembali sunyi, saya mahu tegaskan sekali lagi, disiplin yang jitu dalam diri seseorang, mampu membawanya ke gerbang kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

Sekian wabillahitaufik walhidayah WASSALAM

DI AHAD, OGOS 23, 2009

Leave a Reply