Pidato ULBS ‘Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera’

Nama: Mohd Harris Adam bin Abdul Wahab

Kelas: 4A2

Tajuk: Keluarga bahagia, masyarakat sejahtera

Tarikh:

________________________________________________________________________

Assalamualaikumwarahmatuallahiwabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada guru bahasa melayu kelas 4A2, Puan Nor Faizah binti Kasimdan rakan-rakan sekelas yang saya sanjungi sekalian. Dalam hidup saya dan anda semua, banyak perkara yang boleh kita pilih kecuali satu perkara iaitu asal usul kita. Kerana disinilah kita bermula, kita menumpahkan taat setia dan semuanya tentang pengorbanan kepada keluarga. Maka hari ini, saya mengajak anda semua, untuk sama-sama mula percaya betapa, keluarga bahagia, masyarakat sejahtera.

Saudara dan saudari,

Keluarga bahagia ialah apabila ibu,ayah dan adik beradik hidup dalam keadaan penuh ceria, bersulamkan rasa kasih dan sayang. Masyarakat sejahtera pula, merujuk kepada komuniti manusia yang sihat fikirannya, erat ukhuwwahnya dan matang tindakannya. Tuntasnya, keluarga bahagia masyarakat sejahtera berkehendakkan kita untuk mentafsir daripada hati kepada hati tentang harga yang dimiliki oleh keluarga dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera. Justeru, saya akan cerakinkan pidato ini, kepada tiga perspektif utama. Pertama, keluarga, asal usul kita. Kedua, dimanakah letaknya bahagia sebuah keluarga. Dan ketiga, kemanakah haluan masyarakat kita.

Saudara dan saudari,

Sudah sekian lama kita didendangkan dengan pelbagai konsep keluarga bahagia. Keluarga sakinah, baiti jannati, rumahku syurgaku, syurga ditelapak kaki ibu! Namakan apa sahaja konsep keluarga bahagia. Saya pasti, kita semua sudah mendengarnya. Namun persoalannya, berapa ramai daripada kita yang benar-benar faham dan menterjemahkannya dalam kehidupan? Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 15 minit, stau pasangan islam bercerai di Malaysia! Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 5 hari, seorang bayi kecil dibuang tanpa rasa berdosa! Dan, jika benar kita memahaminya, mengapa setiap hari, dua orang remaja kita lari dari rumah? Semua perkara ini berlaku kerana kita tidak pernah faham tentang apa yang kita dengar, tentang apa yang kita ungkapkan. Sesungguhnya, falsafah disebalik nama dan ungkapan keluarga, bukan hanya tentang menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Bukan juga soal menambah zuriat semata-mata. Tetapi, lebih daripada itu. Keluarga bahagia adalah soal kebergantungan setiap entitinya.

Saudara dan saudari,

Agama mengajar kita betapa baik buruknya seseorang manusia dan bangsa adalah bergantung kepada warna hatinya. Dan warna hati ini, ditentukan menerusi didikan ibu bapa dan keluarganya. Maka, lakarkanlah dengan nilai murni, corakkan dengan budi pekerti, dan warnakan dengan sahsiah terpuji. Kemuliaan hati ini, mungkin tidak boleh kita baca, tetapi boleh kita rasa dengan jiwa. Waktu kita dilahirkan, ibu berdepan kesakitan tiada tandingan. Namun, semua rasa sakit, perit dan derita itu bukan apa-apa. Kerana saat menatap wajah kita, di situ ibu jumpa makna bahagia. Saat melihat kita membesar dengan sempurna, hasil penat lelahnya berkerja. Itulah erti bahagia untuk ayah. Dan bagi adik beradik, hidup tidak akan lengkap kalau tidak bertengkar dan bertikam lidah. Kerana di situlah kita belajar beralah, kita mengenal sucinya sebuah hubungan darah.

Dunia juga telah membuktikan, Hellen Keller yang dilahirkan pekak, buta dan bisu, atau Michael Oher yang berketurunan Afrika, atau Riced Brenson, seorang kanak-kanak disleksia. Mereka semua takkan membesar menjadi sumber inspirasi dan tokoh dunia, tanpa pengorbanan keluarga yang berhati suci, yang menerima mereka seadanya. Di sebalik warna kulit yang berbeza, di sebalik jasad yang tidak sempurna, dan disebalik sejarah hidup yang hina, rasa syukur dan ikhlas sebuah keluarga, membawa mereka semua merasa erti bahagia.

Kisah ini kisah mereka. Bagaimana dengan kita? Ramai yang menikmati hidup di rumah besar tapi yang mereka rasa hanya kosong, dan ramai yang hidup di rumah kecil, tapi mereka temui syurga di dalamnya. Ingatlah, menikmati sebuah kebahagiaan tidaklah begitu mahal, Kerana harganya cumalah kasih sayang, masa bersama dan kesudian berkongsi rasa. Kita semua mampu membayarnya..

Saudara dan saudari,

Tuhan merakamkan kisah keluarga Imran dalam kitab suci Al-Quran. Kenapa?

Kerana keluarga Imran adalah keluarga contoh yang merasa risau akan zuriat mereka. Bukan risau soal makan, minum dan tempat berteduh. Bukan juga soal pakaian dan hiburan. Tapi keluarga Imran risaukan nasib zuriatnya, andai mereka gagal dibentuk menjadi sebenar-benar insan. Dalam kitab sejarah Ennels, karya Tesites, kisah masyarakat Rom Purba telah dinukilkan. Pada tahun ke seratus, hidup atau mati seorang anak kecil, bergantung pada belas ihsan seorang ayah. Bagi wanita berada, yang mereka dahulukan adalah kemewahan, dan anak-anak diserahkan pada hamba yang paling hina. Lebih dahsyat, seks rambang dan arak adalah kelaziman buat seorang anak lelaki. Waktu itu rasa hormat pada orang tua, juga telah mati. Tidak hairanlah, anak muda berpaling tadah saat Juliyes Sizer menyeberangi Rubikon untuk menjajah. Sebuah kerajaan akhirnya rebah.

Lalu yang runtuh, yang rosak itu apa? Istitusi keluarga,

Yang lebur, yang hancur yang terkubur itu apa? Sahsiah rakyatnya,

Dan yang goyah, yang parah, yang rebah dan musnah itu apa? Sebuah empayar dan negara. Betapa keluarga bukan hanya soal pengorbanan kita sesama saudara, tetapi soal tanggungjawab kita, untuk membina sebuah masyarakat, dan negara yang sejahtera. Maka sama-samalah kita cari makna bahagia kerana jelaslah, hanya keluarga sakinah menjadi penentu kesejahteraan ummah.

Sebelum mengakhiri pidato ini,

Saya menyeru kepada anda semua, untuk sama-sama kita mencari makna bahagia dan sama-sama kita menjalankan dasar keluarga negara. Saudara saudari, keluarga bahagia bukan sahaja terletak pada diri kita, tetapi ia adalah terpulang kepada kita semua andai kita sayangkan negara kita. Marilah kita bangunkan negara dan membangunkan keluarga kita keluarga sakinah pembanggunan umah pasti berjaya sekian assalamualaikum.

Leave a Reply