PIDATO SR : KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH

PERINGKAT KEBANGSAAN

SEMPENA PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN NEGARA

***********************************************************************************

1.Peserta

Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid tahap 2 sekolah rendah bantuan kerajaan.

Pertandingan peringkat sekolah rendah adalah dalam

b.Kategori B:Pelajar-pelajar Tahap 2 sekolah rendah.

2.Strategi

Pertandingan ini akan dijalankan pada beberapa peringkat :-

Peringkat Daerah

Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta mengendalikan pertandingan di peringkat ini.

Dua orang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili Daerah/Bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.

Peringkat Negeri

Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Satu Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

Jawatankuasa pertandingan negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat pusat.

Peringkat Kebangsaan

Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan.

Dua orang peserta dari setiap negeri ( seorang pelajar sekolah menengah dan seorang pelajar sekolah rendah ) akan mewakili negeri untuk pertandingan di peringkat kebangsaan ).

Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang pegawai atau guru pengiring.

Tuntutan perjalanan akan dibayar melalui Jabatan Pelajaran Negeri

Pihak penganjur akan menyediakan makan dan tempat penginapan bagi 2 orang peserta dan 2 orang pegawai/guru pengiring sahaja bagi setiap negeri. Makan dan penginapan bagi individu-individu lain, termasuk pemandu, ibu bapa atau pelajar-pelajar pengiring adalah tanggungjawab mereka sendiri atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

3.Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian. Setiap peserta akan bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut.

Bahagian Pertama

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan terlebih dahulu.

Bahagian Kedua

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk bebas yang akan dikemukakan oleh pengerusi pertandingan. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama setiap kategori.

Syarat-syarat Berpidato

Pemidato Kategori B pula diberi masa 5 minit untuk pidato Bahagian Pertama, dan 3 minit untuk pidato Bahagian Kedua.

Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat, dan dua kali bila tamat.

Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan untuk pemberian markah.

Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.

Kritikan terhadap isu-isu yang sensitif berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

Pengerusi Pidato berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan-peraturan di atas.

3.4Pemilihan Tajuk

Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri

Tajuk-tajuk pidato Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua bagi pertandingan di peringkat daerah/bahagian dan negeri hendaklah ditentukan oleh jawatankuasa di peringkat masing-masing. Tajuk-tajuk untuk Bahagian Kedua (Pidato secara spontan) hendaklah berdasarkan ISU PATRIOTIK/KEMERDEKAAN NEGARA dan isu-isu semasa yang tersiar dalam media massa bersesuaian dengan kategori masing-masing.

Peringkat Pra-akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

Tajuk-tajuk untuk Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua peringkat praakhir dan peringkat akhir akan disediakan oleh jawatankuasa pusat.

Tajuk-tajuk untuk Bahagian Pertama akan dihantar kepada peserta-peserta sebaik-baik sahaja keputusan peringkat negeri dihantar kepada Urus Setia Pertandingan Pidato Peringkat Kebangsaan.

Peserta-peserta untuk peringkat praakhir diminta menyediakan teks bagi semua tajuk kerana undian tajuk akan dilakukan selepas taklimat untuk pertandingan praakhir.

Peraturan Pemarkahan

Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

i)Isi ( 30 markah )

Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan 3 isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

Panduan Pemarkahan

4 markah bagi satu isi

2 markah bagi huraian isi

3 markah bagi contoh dan data-data yang diberi. Jumlah markah bagi satu-satu isi yang pukal ialah 7 markah.

Isi yang diperakukan ialah sebanyak 4 isi.

3 markah bonus boleh diberi bagi kematangan isi.

ii)Bahasa ( 20 markah )

Pemidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku

( struktur dan sebutan ), gaya bahasa yang berkesan, dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

iii)Persembahan ( 50 markah )

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik dan persembahan susunan isi yang tertib. Pemidato akan dipotong 5 markah maksimum jika isi pidatonya mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi, serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

3.5.2Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua

i)Isi ( 40 markah )

Pemidato diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas dan logik termasuk penghuraiannya.

Panduan Pemarkahan

10 markah bagi satu isi

5 markah bagi huraian isi

5 markah bagi contoh dan data-data yang diberi

Isi yang diperakukan ialah sebanyak 2 isi

ii)Bahasa ( 30 markah )

Pemidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku ( struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan, dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

iii)Persembahan ( 30 markah )

Pemidato diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan dan menunjukkan gaya yang menarik. 5 markah maksimum akan dipotong jika isi pidato mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi, serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

Panduan Kepada Jemaah Hakim

Pemidato-pemidato diadili dari segi cara penyampaian, pengutaraan isi-isi yang bernas, data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya; persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan; penguasaan dan penggunaan bahasa yang jelas; dan gaya bahasa yang sesuai serta kesopanan dan perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan penonton-penonton melalui tepuk sorak.

Pemidato-pemidato yang membaca nota atau teks mereka semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.

Markah juga diporong bagi pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan.

Kritikan terhadap politik, komen-komen ke atas isu-isu yang sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Pemidato-pemidato yang melanggar peraturan ini akan dipotong 5 markah maksimum daripada markah persembahan.

4.Tarikh Pertandingan

Peringkat Daerah:April 2008

Peringkat Negeri:Mei 2008

5.Hadiah

Peringkat Kebangsaan

Hadiah bagi pertandingan di Peringkat Kebangsaan ialah :-

Kumpulan AKumpulan B

(Menengah)( Rendah )

Hadiah Pertama RM 1,000.00 Wang Tunai, PialaRM 800.00

Pusingan, Replika Hadiah – sama –

Iringan dan Sijil Penyertaan

Hadiah KeduaRM 800.00 Wang Tunai, RM 600.00

Hadiah Iringan dan Sijil- sama –

Penyertaan

Hadiah KetigaM 600.00 Wang Tunai,RM 400.00

Hadiah Iringan dan Sijil – sama –

Penyertaan

6.Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan. Ahli Jawatankausa terdiri daripada :-

( Seperti Senarai Lampiran)

7.Segala pertanyaan mengenai pertandingan bolehlah disampaikan kepada :

Urus Setia

Pertandingan Pidato Piala Diraja

Sempena Perayaan Hari Kebangsaan

Bahagian Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia

Encik Sabri bin Abu Bakar -Tel :03-8884 9408 / 013-9805257

Tuan Haji Anuar Abd. Hamid-Tel :03-8884 9343 / 019-3667627

Tel :03-8884 9343 (Sektor SPPK)

Fax :03-8884 9342 (Sektor SPPK)

CONTOH TAJUK BAHAGIAN PERTAMA

KATEGORI B

Bil.

Tajuk

1

Budi Bahasa Amalan Mulia

2

Pendidikan Cemerlang

3

Sayangi Alam Sekitar

4

Akhlak Berkualiti

5

Berbudi Luhur

6

Nilai Masa

7

Orang Berbudi Kita Berbahasa

8

Merokok Membahayakan Kesihatan

9

Jalur Gemilang Kemegahanku

10

Budaya Penyayang

11

Disiplin Asas Kecemerlangan Diri

12

Warga Tua Warga Berharga

13

Masyarakat Sepakat Membawa Berkat

14

Akhlak Mulia Keluarga Bahagia

15

Negara Bersih, Rakyat Sihat

16

Bahasa Jiwa Bangsa

17

Faedah Menabung

18

Berjimat cermat Amalan Mulia

19

Berbudi Luhur

20

Nilai Murni Penyuluh Hidup

21

Sukan Menyihatkan Badan

22

Muafakat Membawa Berkat

23

Akhlak Berkualiti

24

Sayangi Keluarga Membawa Bahagia

25

Pendidikan Cemerlang

26

Ilmu Pelita Hidup

27

Kempen Kitar Semula

28

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

29

Semangat Kejiranan

30

Pengorbanan Terhadap Negara

CONTOH TAJUK BAHAGIAN KEDUA

KATEGORI B

RAKYAT BERILMU NEGARA MAJU

BERSAMA MERAYAKAN BULAN KEMERDEKAAN NEGARA

MALAYSIA NEGARA TERBILANG

PENGORBANAN TERHADAP NEGARA

JALUR GEMILANG KEMEGAHANKU

SUKAN MEMARTABATKAN NEGARA

RAKYAT SETIA NEGARA SEJAHTERA

DISIPLIN DIRI MENJAYAKAN WAWASAN

MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

MALAYSIA DI PUNCAK GEMILANG

PERPADUAN TERAS KEMAJUAN NEGARA

NEGARA MAJU ACUAN MALAYSIA

JALUR GEMILANG KEMEGAHANKU

ERTI KEMERDEKAAN DALAM KALANGAN PELAJAR

IKTIBAR SEJARAH NEGARA

PENDIDIKAN MAJU NEGARA MAKMUR

PENDIDIKAN MAJU NEGARA MAKMUR

KESYUKURAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

KESYUKURAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

BORANG MARKAH

PIDATO PIALA DIRAJA

Kategori:RendahGiliran Peserta

B

C

ahagian l:5 minit

C

Isi

(30 markah)

Bilangan isi

Isi

(4 markah)

Huraian

(2 markah)

Contoh

(3 markah)

Jumlah

Jumlah besar

Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

Panduan pemarkahan

isi yang diperakukan ialah sebanyak 3 isi. 3 markah bonus (2/30) bagi kematangan isi.

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Bonus 3

Markah kematangan isi

Jumlah keseluruhan markah isi (30 markah)

Bahasa (20 markah)

Pemidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (tatabahasa & sebutan), gaya bahasa yang berkesan & tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

Tatabahasa (10 markah)

Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)

Sebutan bahasa (5 markah)

Jumlah markah bahasa (20 markah)

Penyampaian/Persembahan (50 markah)

Penyampaian & persembahan (40 markah)

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, menyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik & persembahan susunan isi yang tertib.

Adab (5markah)

Pemidato akan dipotong 5 markah maksimum jika isi pidatonya mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan & peribadi serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

Istimewa (5 markah)

Pemidato akan diadili dari keseluruhan persembahan, kesopanan dan perawakan yang ditunjukkan.

Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara menyakinkan ( 10 markah)

Gaya yang menarik (10 markah)

Isi yang tertib (10 markah)

Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (10 markah)

Adab (5 markah)

Istimewa (5 markah)

Jumlah markah persembahan/penyampaian

(50 markah)

Jumlah markah keseluruhan : 100 %

Nama hakim: Tandatangan : ……………..

Pengesahan oleh Ketua Hakim : .

B

D

ORANG MARKAH

D

PIDATO PIALA DIRAJA

Kategori:RendahGiliran

peserta

Bahagian ll:3 minit

Isi

(40 markah)

Bilangan isi

Isi

(10 markah)

Huraian

(5 markah)

Contoh

(5markah)

Jumlah

Jumlah besar

Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

Panduan pemarkahan

isi yang diperakukan ialah sebanyak 2isi.

Isi 1

Isi 2

Jumlah keseluruhan markah isi (40 markah)

Bahasa (30 markah)

Pemidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (tatabahasa & sebutan), gaya bahasa yang berkesan & tepat dengan maksud hendak disampaikan.

Tatabahasa (10 markah)

Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)

Sebutan bahasa (10 markah)

Jumlah markah bahasa (30 markah)

Penyampaian/Persembahan (30 markah)

Penyampaian & persembahan (20 markah)

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, menyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik & persembahan susunan isi yang tertib.

Adab (5markah)

Pemidato akan dipotong 5 markah maksimum jika isi pidatonya mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan & peribadi serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

Istimewa (5 markah)

Pemidato akan diadili dari keseluruhan persembahan, kesopanan dan perawakan yang ditunjukkan.

Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara menyakinkan ( 5 markah)

Gaya yang menarik (5 markah)

Isi yang tertib (5 markah)

Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah)

Adab (5 markah)

Istimewa (5 markah)

Jumlah markah persembahan/penyampaian

(30 markah)

Jumlah markah keseluruhan : 100 %

Nama hakim: Tandatangan : ……………..

Pengesahan oleh Ketua Hakim : .

Leave a Reply