PAMPLET Pertandingan Pidato Bbk

1 BAHASA, 1 BANGSA, 1 NEGARA

18 Oktober 2012

Masa

8.00 pagi 1.00 tengah hari

Tempat

DEWAN PULAI A,

IPG KAMPUS PERLIS

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini, maka bulan Oktober telah dipilih sebagai bulan untuk sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Majlis Pelancaran BBK 2012 Peringkat negeri Perlis telah dilancarkan pada 9 Oktober 2012 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis.

IPG Kampus Perlis turut menyokong kempen ini sebagai usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dengan menganjurkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 peringkat negeri Perlis . Hal ini memandangkan institusi ini bertanggungjawab untuk melahirkan para guru sekaligus turut menjadi pusat kepada usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Salah satu acara yang diadakan untuk memeriahkan Bulan Bahasa Kebangsaan ini ialah Pertandingan Pidato Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.

Mencungkil bakat dan kemahiran serta membina keyakinan diri dalam berkomunikasi dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) negeri Perlis .

Memupuk rasa megah dan kecintaan dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Melahirkan warga pelajar IPT negeri Perlis yang lebih berketerampilan dalam menyampaikan idea, pandangan dan fakta dengan lebih berkesan dan bernas.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warga IPT negeri Perlis dan terhad kepada 2 orang peserta sahaja bagi setiap IPT.

TAJUK PIDATO

1.Dasar Bahasa Kebangsaan: Menjamin keutuhan jati diri warga Malaysia.

2.Bahasa Kebangsaan asas pembentuk pemikir, tenaga ilmu dan tenaga kerja dalam pelbagai bidang.

3. Peranan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan perlu ditegaskan pelaksanaannya.

4.Pengayaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu untuk pelbagai lapisan masyarakat perlu dijadikan agenda negara.

5.Media cetak dan media eletronik perlu meningkatkan peranannya dalam pembudayaan bahasa Melayu tinggi.

SISTEM PERTANDINGAN

Penentuan tajuk adalah melalui cabutan undi. 50 minit sebelum pemidato berucap, cabutan undi akan dilakukan. Setiap pemidato akan diberi masa 45 minit untuk bersedia.

Setiap peserta akan dikuarantin sebelum menyampaikan pidato masing-masing.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan kedudukan mata tertinggi.

Pemidato diberikan masa 7 minit untuk menyampaikan pidato masing-masing.

Loceng pertama akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan loceng kedua akan dibunyikan dua (2) kali apabila masa tamat.

Penyampaian dan hujah yang disampaikan selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diambil kira untuk tujuan pemarkahan.

Pemidato yang membaca nota atau teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan.

Kritikan terhadap isu-isu sensitif mengenai agama, bangsa dan budaya atau keperibadian seseorang adalah dilarang.

Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan juga dilarang sama sekali.

Pengerusi berhak menegur pemidato yang melanggar peraturan ini.

Pemidato diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul.

PANEL HAKIM

Panel hakim pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) orang.

Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

PEMARKAHAN

Pemarkahan yang diberikan oleh panel hakim adalah berdasarkan kriteria berikut:

ISI 25 Markah

Pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

BAHASA 20 Markah

Penguasaan bahasa yang baik, jelas dan tepat (tatabahasa dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan, bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.

PENYAMPAIAN 45 Markah

Persembahan yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea yang tertib.

ETIKA 5 Markah

Tidak menyentuh isu-isu sensitif mana-mana kaum dan tidak berpelakuan atau menuturkan kata-kata yang tidak sopan.

MARKAH BONUS 5 Markah

Markah bonus diberikan berdasarkan keseluruhan persembahan yang disampaikan.

Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, maka untuk menentukan pemenangnya hendaklah mengambil kira peserta yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi markah bagi isi dan bahasa. Jika masih juga terdapat persamaan, kombinasi bagi isi, bahasa dan penyampaian dijadikan asas penentuan.

ATURCARA PROGRAM :

BORANG PENYERTAAN

Nama : ……………………………………………

Organisasi/Institusi: ………………………………

……………………………………………………..

Jantina: ……………………………………………

No. Kad Pengenalan: ……………………………..

Alamat Surat-menyurat: …………………………..

……………………………………………………..

……………………………………………………..

……………………………………………………..

……………………………………………………..

Telefon (Rumah):…………………………………..

(Pejabat):…………………………………

(Bimbit) :………………………………….

Faks : ………………………………………….

E-mel : ………………………………………….

Tandatangan :…………………………………………….

Tarikh: …………………………..

UNTUK KEGUNAAN PENGANJUR

Tarikh penerimaan :

No. Pendaftaran :

Tandatangan :

BORANG PENYERTAAN

Nama : ……………………………………………

Organisasi/Institusi: ………………………………

……………………………………………………..

Jantina: ……………………………………………

No. Kad Pengenalan: ……………………………..

Alamat Surat-menyurat: …………………………..

……………………………………………………..

……………………………………………………..

……………………………………………………..

……………………………………………………..

Telefon (Rumah):…………………………………..

(Pejabat):…………………………………

(Bimbit) :………………………………….

Faks : ………………………………………….

E-mel : ………………………………………….

Tandatangan :…………………………………………….

Tarikh: …………………………..

UNTUK KEGUNAAN PENGANJUR

Tarikh penerimaan :

No. Pendaftaran :

Tandatangan :

8.00 pagi: Pendaftaran peserta

8.30 pagi: Pertandingan dimulakan

12.00 tengah hari: Penutupan dan penyampaian hadiah

1.00 tengah hari: Bersurai

HADIAH

JohanWang Tunai RM300.00

Sijil Penyertaan

Naib JohanWang Tunai RM200.00

Sijil Penyertaan

Tempat KetigaWang Tunai RM100.00

Sijil Penyertaan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 16 OKTOBER 2012

Hantarkan penyertaan anda kepada:

Urus Setia,

Pertandingan Pidato Bulan Bahasa Kebangsaan 2012,

IPG Kampus Perlis,

01000 Kangar, Perlis.

Tel : 04-9781522

Faks : 04-9781593

U.P : En. Hashim bin Abdul Halim (019-4455851)

E-mel : hashim8757@gmail.com

izahanid@yahoo.com

Leave a Reply