Pidato Bm Minggu Bahasa 2013 (menengah Rendah)1

Bismillahirrahmannirrahim

Sejambak mawar seharum kasturi buat peneraju acara, barisan panel juri teguh saksama dan sentiasa berasimilasikan kebenaran, saudara penjaga masa yang akur dengan detik-detik puakanya, warga pendidik berkarisma, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua.

Hayatilah, sebuah pidato cetusan minda kurniaan AllahILMU PELITA HIDUP.

Memetik kata-kata al-baihaqi ilmu pengetahuan penting dalam kehidupan manusia hanya dengan ilmu kita dapat memperoleh kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat.

Begitu indah mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya pada hari yang penuh bermakna ini. Sebelum saya meneroka dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya.

Hadirin sekalian,

Ilmu sebagai pelita hidup bolehlah ditakrifkan sebagai prakarsa membudayakan pemahaman teori dan praktikaliti dalam segenap aspek kehidupan kerana diyakini ilmu mampu menghijrahkan manusia dari gelita kejahilan kepada cahaya terang kebenaran.

Maka, marilah sama-sama kita menilai potensi ilmu dalam menyinari kehidupan manusia.

Hadirin yang berdedikasi sekalian,

Hayatilah pragmatik pertama,PEMBUDAYAAN ILMU MEMBEZAKAN DARJAT MANUSIA.

Kita sedar bahawa jika dibandingkan antara ilmu tuhan yang selautan dengan manusia,pengetahuan manusia umpama sebuah pulau kecil di lautan yang luas, lihatlah jauh bezanya. Namun hal yang membezakan darjat manusia, apabila berilmu pasti dipandang mulia.

Dalam kesibukan mengejar dunia, yang dimomokkan sebagai ukuran kejayaan, namun jika tiada ilmu di dalam diri tidak akan berjayalah kita.

Menyedari hakikat ini, maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan memacu pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memfokuskan kepada usaha membangunkan modal insan berilmu melalui proses pendidikan yang berkualiti.

Natijahnya, dengan menguasai ilmu berguna, kita dapat menggapai kejayaan dan untung nasib rakyat dapat dibela sekaligus taraf hidup mereka mampu dijana.

Siding saksi sekalian,

Masuklah pragmatik kedua, PENGUASAAN ILMU MAMPU MENJANA MINDA BANGSA.

Xux ji xing sh zi dpngxin shng, miyu rnh xinzh yang bermaksud pembelajaran adalah seperti ufuk, tiada had.

Dek kerana budaya ilmulah, rakyat Jepun, Korea, dan Cina tidak pernah malu menggunakan bahasa mereka, maka tidak mustahillah Negara kita akan melakar kejayaan dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa wasilah ilmu.

Bahkan kerajaan turut berkobar-berkobar memperkasakan gerakan budaya membaca. Hasilnya, peningkatan 6 buah buku setahun membuktikan bahawa kita yakin bangsa Malaysia akan berjaya sekiranya ilmu dikongsi bersama, bertitik tolak dari budaya membaca. Benarlah bahawa, nadi ilmu amalan membaca yang menjana minda bangsa.

Ahli dewan yang berkarisma,

Pragmatik yang ketiga, di bawah lembayung kata BUDI BAHASA DAN AKHLAK TERPUJI MELAMBANGKAN BANGSA TERPUJI.

Ilmu halal,

Lagi diberkati,

Cerdas akal,

Tinggi pekerti.

Ibnu khaldun dalam tamsilnya al-Muqaddimah menegaskan bahawa al-insan madani bi al-taba, manusia acap kali membina tamadun dengan ilmu dan sahsianya. Bahkan, peribahasa Melayu ada menyebut dan menggesa agar kita mengikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.

Lantaran itulah,generasi berilmu dan berakhlak kini bukan lagi satu kemahuan tetepi satu keperluan. Melalui proses pendidikan, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita perkasakan, pendidikan agama dan moral kita mantapkan, bahkan kempen budi bahasa kita jayakan. Hal ini kerana kita menyedari apalah gunanya ketinggian akal fikir manusia jika tiada keluhuran budi bahasa.

Pragmatik yang terakhir berpegang teguh pada kata kunci, PEMBUDAYAAN ILMU MEMANTAPKAN KEMANDIRIAN BANGSA.

Pepatah Arab ada mengatakan:  

yang bermaksud belajarlah di waktu kecil dan beramalah dengannya di waktu besar

Hikayat Melayu pernah menukilkan kepintaran Tun Perak menangkis serangan Siam ke atas Melaka dan Hang Nadim menyelamatkan Singapura dari serangan Todak. Kemandirian sesebuah bangsa banyak bergantung kepada golongan para ilmuannya.

Lantaran itulah, sistem pendidikan kita kini telah ditransformasikan dan pelancaran program I-think dan permata pintar sehinggalah program Brain Gain di peringkat IPT telah dirasmikan dengan bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan kritis dan kreatif.

Maka hadirin sekalian, bangkitlah, siapa pun diri anda. Hanya melalui pembudayaan ilmu dalam kehidupan seharian, kita mampu meningkatkan martabat diri, keluarga, masyarakat, dan Negara. Bahkan, bukan setakat itu sahaja, ia bagi merealisasikan wawasan Negara untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan. Sesungguhnya, benarlah kalam pencipta, kalimah iqra menyemarakkan budaya ilmu lantaran ilmu adalah cahaya, pelita hidup manusia. Dengan ilmu, kita dapat bebas dari kekufuran, kejahilan, dan kehinaan. Pepatah arab menyebut :

 

Bermakna, kalaulah tidak karena ilmu niscaya manusia itu seperti binatang

Yakinilah bahawa, ilmu itu pelita hidup.

Panel hakim yang arif,

Segala hujah terang menyerlah,

Manusia intelektual penjana ummah,

Kepentingan ilmu diyakini sudah,

Aktiviti minggu bahasa menyokong gagah.Andai tersilap susunan madah, mohon dimaafi segala yang salah. Sekian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.