Pidato Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Adalah Prinsip Kedua

Bismillahirahmanirahim hadirin dan hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi. Berdirinya saya disini bukanlah kerana tiada kerusi untuk saya duduk tetapi berdirinya saya disini adalah untuk membawa anda semua memahami, menyelami dan mendalami modul bicara yang berpaut ini iaitu kesetiaan kepada raja dan negara. Sekalung budi saya hulurkan buat saudara pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, penjaga masa yang setia, dif-dif kehormat, seterusnya para hadirin yang saya kasihi, dekat dihati. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1Malaysia buat yang sudi meluangkan masa. Apa khabar penutur Bahasa Melayu yang tercinta?

Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Umpama pepatah melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

– Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, dan kecemerlangan.

Sidang hadirin yang saya hormati,

– Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

– Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

Sidang pendidik yang dikasihi sekalian,

Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

– Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

– Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.

Haridin yang saya kasihi,

Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat. Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah, gunung sama didaki, lurah sama dituruni. Jadi saya menyeru para hadirin semoga prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dapat kita tanamkan dalam diri masing-masing untuk kesejahteraan bersama.

Sekian, W.b.t