Pidato Tajuk: Peranan Guru Sebagai Pengurus Pembelajaran

TAJUK: PERANAN GURU SEBAGAI PENGURUS PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN ABAD 21

Assalamualaikum wbt, saudara dan saudari, filem ­­­­Children of Heaven arahan majid majdi, seorang pengarah filem iran tahun 1997 mengisahkan epilog dua orang adik beradik yang sanggup berkongsi sepasang kasut untuk kesekolah demi mendapatkan pendidikan. Atas kesedaran tinggi nilai ilmu dan tingginya nilai pendidikan yang ada pada filem ini lantas Children of Heaven diangkat sebagai filem terbaik anugerah akademi tahun 1998. Sekalung barakah buat puan anis salwa binti ahmed, seterusnya rakan-rakan yang sudi melapangkan masa. Apa khabar rakyat 1Malaysia?

Saudarai dan saudari,

Ali dan Zahra, dua orang kanak-kanak yang sanggup berjuang dan berkorban apa sahaja, demi mendapatkan pendidikan. Lantas atas rasa cakna dan kesedaran yang sama, saya tampil di hadapan anda untuk berbicara peranan guru pada hari ini dalam melaksanakan pengajaran abad ke 21. Saudara dan saudari, pendidik ataupun guru pada hari ini boleh kita definisikan sebagai murabbi, muaddib, mudarris, muallim dan juga mursyid.

Secara asasnya guru sebagai seorang pengurus bilik darjah berperanan atau bertanggungjawab dalam memberikan panduan serta galakan kepada anak-anak didiknya, menjadi pengajar atau pakar mata pelajaran, menetukan peraturan dan rutin di dalam bilik darjah, memberikan contoh teladan yang baik (role model) kepada murid dan juga menjadi pengawal disiplin serta agen kepada pengubah tingkah laku murid-murid. Selain itu, ketika di dalam bilik darjah , peranan guru adalah berdasarkan kepada elemenelemen seperti merancang, mengelola, mengarah dan juga mengawal.

Abad ke-21 pula ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Zaman Kristian ataupun Zaman umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100. Abad ke-21 adalah abad yang sangat berbeza dengan abad-abad sebelumnya. Maka saudara dan saudari, secara keseluruhannya maudu pidato kita pada hari ini mengkehendakkan kita untuk sama-sama bercerita mengenai sejauhmana peranan guru pada hari ini, dalam menjadi penggerak, pelaksana dan pengelola kepada pengajaran dan pembelajaran abad 21.

Hadirin sekalian,

Pendidikan sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan satu usaha membangunkan generasi muda pada alaf baru ini. Pendidikan juga memainkan peranan penting dalam usaha menjadikan sesebuah Negara memiliki rakyat yang berkualiti dan bermutu tinggi yang akan menjadi aset kepada Negara pada masa hadapan. Sistem pendidikan kebangsaan memerlukan usaha-usaha yang mantap dan sistematik bagi membolehkan peningkatan keupayaan serta kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang lebih tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21 ini secara global dan memenuhi aspirasi Negara dalam menyahut seruan kerajaan dalam bidang pendidikan secara menyeluruh sejajar dengan kehendak Negara melalui saluran wawasan 2020.

Di dalam abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk tujuan pembelajaran. Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan pengetahuan. Apa yang penting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis untuk mendapat manfaat semaksimum yang mungkin. Kesimpulan Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologimaklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan.

Rakan seperjuangan yang saya hormati,

Tuntutan dunia antarabangsa terhadap tugas guru memasuki abad ke-21 bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Guru diharapkan mampu serta dapat menyelenggarakan proses pembelajaran yang bertumpu dan melaksanakan empat tonggak pembelajaran yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa UNESCO untuk Pendidikan, iaitu:

learning to know

learning to do

learning to be

learning to live together

Jika diteliti keempat asas yang tersebut menuntut seorang guru untuk lebih kreatif, bekerja secara tekun dan harus mampu serta ingin meningkatkan kemampuannya. Berdasarkan tuntutan tersebut seorang guru sememangnya dituntut untuk berperanan lebih aktif dan lebih kreatif.

Hadirin sekalian,

Pakar pendidikan di kebanyakan Negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak memerlukan kemahiran lebih daripada 3M (menulis, membaca, dan mengira) setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti menjadi semakin penting. Di singapura individu yang lengkap haruslah merupakan individu yang mempunyai keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif dan merupakan warganegara yang prihatin. Namun begitu, di Malaysia konsep pembelajaran pada abad ke-21 sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir serta berkomunikasi dengan baik semasa melaksanakan kerja berpasukan.

Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah menyatakan

the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn. yang maksudnya "Yang buta huruf abad ke-21 bukan adalah mereka yang tidak boleh membaca atau menulis, tetapi orang-orang yang tidak boleh belajar, tidak belajar dan belajar semula."

Menurutnya pendidikan di abad ini lebih mencabar dan semestinya gurulah yang perlu lebih berusaha dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal. Sama juga seperti pepatah cina mengatakan bahawa:

Pohon jika tidak di bentuk, maka tidak akan lurus. Manusia jika tidak belajar, maka tidak akan ada pengetahuan

Jadi disini dapat dilihat bahawa gurulah yang berperanan lebih dalam mendorong , membentuk serta menghasilkan modal insan yang lebih berkualiti menerusi acuan sistem pendidikan.

Rakan sekalian,

Selain itu, pada hari ini guru perlu mengenal murid-muridnya sebagai individu yang sedang dalam proses perkembangan, baik cara pemikirannya, perkembangan sosial dan emosional, maupun perkembangan moralnya. Guru juga perlu memahami pendidikan sebagai proses pembudayaan sehingga mampu memilih model belajar dan sistem penilaian yang membolehkan berlakunya proses sosialisasi pelbagai keupayaan, nilai, sikap, dalam proses mempelajari pelbagai disiplin ilmu.

Harus diakui dalam perkembangan yang agak pesat dalam aliran maklumat pada masa kini, guru bukan lagi satu-satunya sumber maklumat tetapi merupakan salah satu sumber maklumat. Walaupun demikian, peranan beliau di dalam proses pendidikan masih tetap diperlukan, khususnya yang berkenaan dengan sentuhan-sentuhan psikologi dan edukatif terhadap anak didik. Oleh kerana itu, pada hakikatnya guru itu diperlukan oleh setiap orang dan semua orang sangat mengharapkan kehadiran citra guru yang sesuai di dalam dirinya. Untuk itu, guru akan lebih tetap berperanan sebagai pendidik sekaligus berperanan sebagai manager atau fasilitator pendidikan, sehingga guru harus sanggup merancang, melaksanakan dan mengawasi sumber-sumber pendidikan agar supaya peserta didik dapat belajar secara produktif.

Sebagai makhluk sosial yang hidup di tengah-tengah masyarakat, guru juga dituntut harus mampu menunjukkan kerjasama berkumpulan dan kepemimpinan, mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai peranan dan tanggungjawab, serta mampu bekerja secara produktif dengan yang lain. Selain itu, seseorang individu yang bergelar guru pada masa kini juga harus mampu meletakkan empati pada tempatnya, serta mampu menghormati perspektif yang berbeza dengan pendiriannya.

Rakan yang saya hormati sekalian,

Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan.

Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka merealisasikan penggunaan ICTdalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar. Dengan peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan pelajar.