Definisi Pidato

Definisi pidato

Pidato dan komunikasi awam adalah tunggak kepada lahirnya masyarakat yang berkeyakinan dan berketrampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah dan idea berkesan untuk melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya.
Pengucapan awam atau pidato juga merupakan suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Pidato ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan.

Pidato adalah berbicara di hadapan orang banyak dengan maksud dan tujuan yang berbeza. Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik di depan publik atau umum dapat membantu untuk mencapai jenjang karir yang baik. Pidato bukan tahu bercakap atau hanya pandai berkata-kata, tetapi pidato sebenarnya ialah seni meluahkan kebijaksaan (ilmu dan seni berfikir) yang menggunakan seni bahasa indah dan menarik (seni berbahasa, seni berkata-kata) untuk menambat, memukau, menarik, dan mempengaruhi audiens (khalayak).

Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai yang dipanggil pemidato, mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup. Kita sering terkeliru dengan istilah pidato, ucapan, dan syarahan. Persamaan kesemua ini ialah disampaikan oleh seorang penyampai kepada khalayak. Ini berbeza dengan bahas atau debat yang disampaikan secara berkumpulan bertujuan mengalahkan pihak lawan. Pada asasnya pidato dan syarahan sama. Tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya kecuali konteks yang dilihat oleh masyarakat.

Apa itu pidato?

P Percakapan individu di hadapan khalayak

I Isi yang padat

D Dalam masa yang singkat

A Atur isi dengan baik

T Tutur kata yang sopan dan bernas

O Olahan yang persuasif

Ilmu pidato adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan pengasahan minda intelek. Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan bukanlah satu keistimewaan semulajadi atau diwarisi secara turun temurun. Pidato ini telah wujud sejak di zaman purba lagi malah ianya merupakan alat komunikasi dan berbahasa bagi menyampaikan m aksud secara simbolik, berkias dan sarat budaya pertuturan bagi menggambarkan sesebuah bangsa itu.

Pidato atau syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaaku, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang lebih tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Tujuan pidato

Pidato bertujuan untuk menjelaskan sesuatu masalah kepada masyarakat umum. Ada yang bertujuan untuk menerangkan sesuatu persoalan atau memberi pencerahan. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk memberikan saran atau nasihat-nasihat. Pidato juga bertujuan untuk member sesuatu pemahaman atau informasi pada orang lain.

Biasanya pidato dilakukan untuk tujuan tujuan seperti yang berikut :

Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek aspek penting tentang tajuk tersebut.

Memberitahu pendengar tentang sesuatu perkara baru, seperti peristiwa atau hal ehwal semasa yang menarik hati.

Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara.

Mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian yang serius terhadap sesuatu isu yang penting.

-Mempermudah komunikasi antar atasan dan bawahan.

-Mempermudah komunikasi antar sesama anggota organisasi.

-Menciptakan suatu keadaan yang kondusif dimana hanya perlu 1 orang saja yang melakukan orasi/pidato tersebut.

-Mempermudah komunikasi

Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato. Pemidato mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih dahulu.

Pengenalan

Pidato ialah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menakul, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato juga dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

Kemahiran berpidato yang dikuasai seseorang akan menjadi satu aset kepadanya. Ini kerana ia dapat menyampaikan isi hati dan pendapatnya dengan jelas dan tepat untuk mendapat sokongan dan seterusnya mempengaruhi pendengarnya. Selain itu, pidato yang berkesan akan mengurangkan salah tafsiran oleh pihak pendengar dan turut mengelakkan konflik komunikasi.

Kemahiran berpidato merupakan satu kualiti yang wajar diterapkan dalam kalangan guru memandangkan guru sebagai agen penyebaran ilmu. Kemahiran berpidato pasti dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan. Justeru itu, aktiviti berpidato penting dalam pendidikan guru.

Pengucapan awam atau pidato juga merupakan suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai dalam kalangan kita menganggap kebolehan ini suatu keistimewaan warisan yang diturunkan diripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Kemahiran pengucapan awam atau pidato umum ini sebenarnya boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan bantuan serta bimbingan daripada pemidato-pemidato (pengucap) yang terlatih dalam bidang ini. Ringkasnya, setiap individu yang normal boleh melakukan pidato dan pengucapan awam sekiranya diberi peluang mengenali kemahiran tersebut secara terperinci dan sistematik.

Oleh itu, masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan masyarakat yang maju pemikirannya, berani, berdaya saing, bersikap positif, bermotivasi dan mampu mematahkan hujah negatif bagi menghasilkan idea pembangunan serta pemodenan bangsa yang positif. "Orang yang bijaksana bercakap kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan sedangkan orang yang kurang bijaksana bercakap hanyalah semata-mata bercakap"

Refleksi

Selamat sejahtera dan salam perpaduan.

Sebagai guru pelatih di IPGM Tengku Ampuan Afzan yang mengikuti program kursus persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, saya diberi tugasan untuk membuat kerja kursus pendek dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Kontekstual iaitu Encik Roselan Bin Ahmad telah memberi tugasan kumpulan yang bertajuk kemahiran komunikasi. Mula mula beliau memberi penerangan yang jelas tentang tugasan kumpulan ini serta memberi idea idea untuk menyempurnakan tugasan ini dengan cemerlang. Beliau turut memberi banyak maklumat dan bimbingan tentang tugasan tersebut.

Saya memang bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala tugasan mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada kelas saya. Memang tidak boleh menafikan bahawa banyak perkara yang telah saya pelajari daripada kerja kursus ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami secara berkumpulan mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan dari pelbagai sumber untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga menggunakan majalah majalah berkaitan dengan tajuk ini. Saya telah melayari beberapa laman web untuk mencari maklumat tambahan tentang pidato.

Pada pendapat saya, tugasan ini merupakan salah satu cara yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu. Kami dapat informasi tentang kemahiran kemahiran serta protokol pidato. Bukan sekadar itu, kami juga telah mengetahui cara cara berpidato yang berkesan dan lain lain lagi. Dengan menjalankan tugasan in, kami dapat mengetahui bahawa pidato boleh melatih seseorang untuk berfikir secara logik, menganalisis data dan berhujah dengan jelas dan tepat. Kami juga merealisasi agar sebagai seorang guru, saya perlu ada bakat untuk berpidato kerana guru adalah agen penyebaran ilmu.

Tambahan pula, saya juga dapat menimba ilmu tentang pidato dengan membuat tugasan kumpulan ini. Sebelum berpidato, seseorang pemidato perlu menganalisis apek aspek majlis tersebut seperti jenis atau tujuan majlis, audien majlis, saiz audien, minat audien, kelayakan audien, sikap terhadap pidato, umur audien dan jantinanya.

Semasa membuat tugasan ini, kami dapat memahami ahli kumpulan secara mendalam. Justeru itu, kami juga bekerjasama serta tolong menolong antara satu sama lain. Rentetan itu, kami juga bertolak ansur antara satu sama lain supaya mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara ahli kumpulan kami.

Kesimpulannya, dengan bantuan semua pihak kami dapat menyiapkan tugasan Bahasa Malaysia Kontekstual ini dengan sempurna serta cemerlang.

Sekian, Terima kasih.

Leave a Reply