Pidato Guru Siswazah Di Sekolah Rendah Pemangkin Pendidikan

1.0 PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Tuhan di atas nikmat dan rahmat-Nya, saya dapat meneruskan kehidupan sehingga saat ini. Saya bersyukur kerana dengan izin-Nya, saya dipermudah untuk menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan, panduan, material dan buah fikiran yang bernas untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Kepada En. Azman Bin Aris pensyarah GBM 1103 Bahasa Melayu Kontekstual, terima kasih diucapkan di atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan.Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada ayahanda dan ibunda saya di atas kata-kata semangat yang tidak pernah lekang dibibir. Tidak dilupakan kepada keluarga yang banyak memberi sokongan moral dan rakan-rakan yang turut bersama-sama membantu menyumbangkan buah fikiran dan pendapat terhadap tugasan ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas segala jasa baik mereka.

Ringkasnya, sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru yang tidak pernah saya pelajari dan temui sebelum ini. Mudah-mudahan tugasan ini bukan sekadar tugasan biasa tetapi dapat memberi implikasi dan manfaat kepada diri saya sebagai bakal guru serta dapat menyampaikannya kepada para pelajar kelak.

Saya berharap semoga tugasan ilmiah seperti ini dapat diteruskan dan bakal guru seperti saya dapat memperoleh banyak manfaat dan panduan pada masa yang akan datang. Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya terdapat salah dan silap semasa saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Sekian,Salam 1 Malaysia.

2.0 ISI KANDUNGAN

BIL.

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0

PENGHARGAAN

1

2.0

ISI KANDUNGAN

2

3.0

TUGASAN PROJEK

PIDATO (GURU SISWAZAH DI SEKOLAH RENDAH PEMANGKIN KEMAJUAN PENDIDIKAN NEGARA)

3

4.0

BIBLIOGRAFI

9

5.0

LAMPIRAN

11

Guru Siswazah Di Sekolah Rendah Pemangkin Kemajuan Pendidikan Negara

Bismillahirrahmanirrahim,

William Glasser pernah berkata , "Kita boleh mengajar banyak perkara ; tetapi jika seorang guru tidak boleh bercakap kepada sekumpulan pelajar yang senang diajak berbicara ,beliau tidak akan pernah menjadi guru yang kompeten . "

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis , diff kehormat, kombinasi kehakiman yang bijaksana yang sedang mejunjung mahkota keadilannya, penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya dan hadirin hadirat yang saya muliakan. Marcapada ini, ramai guru siswazah yang dilahirkan untuk mendidik para murid di sekolah rendah. Namun, ramai yang tertanya-tanya adakah para guru siswazah ini benar-benar pemangkin pendidikan Negara? Adakah golongan ini lebih baik berbanding guru-guru terdahulu dalam menjadi pemangkin pendidikan Negara? Maka, pada hari yang indah ini, saya ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Guru Siswazah di sekolah rendah pemangkin kemajuan pendidikan Negara.

Sidang dewan yang dihormati sekalian,

Sebelum saya mengupas lebih lanjut lagi, izinkan saya memberikan definisi guru siswazah. Guru siswazah ialah pendidik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran kerana mereka mempunyai ijazah sarjana muda. Guru siswazah juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Kecemerlangan yang ada pada guru siswazah akan membawa perubahan kepada sistem pendidikan Negara.

Sidang dewan yang budiman,

Bingkisan wacana saya yang pertama ialah tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dalam memartabatkan profesion perguruan telah menghasilkan ramai guru siswazah di sekolah rendah. Hal ini kerana usaha KPM untuk melahirkan dan melestarikan guru-guru berkualiti dalam profesion perguruan dimantapkan dengan menaiktarafkan Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 13 Julai 2005. IPG menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Maka , dengan menawarkan program tersebut, guru yang dikeluarkan oleh IPG adalah guru yang mempunyai sijil ijazah sarjana muda berbanding guru yang dikeluarkan oleh Maktab Perguruan yang mempunyai diploma pendidikan. Ekoran hal itu, guru siswazah yang dilahirkan sekarang ini lebih berkualiti berbanding guru-guru terdahulu. Hal ini bertepatan dengan matlamat yang ingin direalisasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin dalam Perutusan Tahun Baru 2006 :

Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Bukan itu sahaja, para guru siswazah lebih berkualiti kerana KPM telah menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan dan memantapkan kerjaya guru. KPM berhasrat bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagi memastikan KPM mendapat hanya calon guru yang berkualiti bagi profesion ini. Intihanya, para guru siswazah yang dilahirkan sangat berkualiti kerana mereka dipilih berdasarkan banyak syarat yang ketat sebelum diterima masuk ke IPG.

Sidang dewan yang dikasihi,

Mari bersama saya menyusuri wacana kedua iaitu guru siswazah menjadi pemangkin pendidikan Negara keranan mempunyai banyak ilmu pengetahun yang diperoleh di pusat pengajian. Guru menjadi wadah penyemai benih ilmu kerana guru-guru bertanggungjawab menanam sifat mencintai ilmu dalam jiwa generasi muda bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua pendidikan bermula di sekolah rendah. Di situlah, guru memainkan peranan sebagai pendidik untuk mendidik para murid agar menimba ilmu sepenuhnya. Bukan itu sahaja, guru bukan memberikan ilmu sahaja kepada para murid, tetapi guru juga mendidik para murid menjadi modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia serta cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di sinilah, guru siswazah memainkan peranan untuk menjadi pemangkin pendidikan Negara. Menimba ilmu di IPG selama 5 tahun setengah pasti menjadikan guru siswazah sebagai guru yang berpengetahuan luas dan cemerlang. Guru siswazah juga diberikan pendedahan awal tentang pelaksanaan usaha kerajaan dalam mentranformasi pendidikan Negara. Para guru siswazah juga cekap menggunakan teknologi komputer ekoran penggunaan teknologi komputer yang kerap dalam menyiapkan tugasan pengajian. Selain itu guru siswazah juga berperanan dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya perguruan. Hal ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru siswazah juga adalah model manusia berkelakuan baik. guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas dan sosial. Natijahnya, guru siswazah mampu menjadi pemangkin pendidikan Negara di samping melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia serta cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sidang dewan yang dihormati,

Bingkisan wacana saya yang ketiga berpaksikan guru siswazah ialah pendidik yang mempunyai peribadi, kemahiran dan pengetahuan yang unggul.. Guru siswazah ialah pendidik yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan, dan berpegang teguh kepada etika perguruan. Guru siswazah juga mampu menguasai bidang kepakarannya, menjadi pakar rujuk, seterusnya berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud:

"Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat,"

Dengan adanya guru siswazah, maka transformasi pendidikan Negara akan berjaya dilakasanakan. Buktinya pada tahun 2010, bermulalah kurikulum standard sekolah rendah, Program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) berjaya direntas dan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, sekolah berprestasi tinggi kian membanggakan.

Sidang dewan yang berwawasan,

Yang tidur, bangkitlah,

Yang celik, bukalah minda,

Mari bersama saya menyusuri wacana keempat,

GURU CEMERLANG, HASIL KERJA GEMILANG, KOMUNIKASI TERBILANG

Sebagai guru siswazah, perlulah berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik juga harus memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Menurut Dato Seri Muhammad Najib Tun Abdul Razak, pendidikan di Malaysia memerlukan guru yang mempunyai hasil kerja yang gemilang dan komunikasi yang terbilang bagi menggerakkan transformasi pendidikan Negara bertaraf dunia. Hal ini selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang bermatlamat mentransformasikan pendidikan Negara di peringkat global.

Seandainya saya bertanyakan anda tentang kumpulan Zero dengan lawak tak kering gusi mereka, Safiq Rahim yang tangkas beraksi di Johor Darul Takzim, Rozita Che Wan yang cantik lagi menawan sudah pasti anda sedia maklum. Tetapi, adakah anda kenal nama-nama seperti Amy Ng May Kay, Nur Adibah Mohd Hadzi, Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan serta Daniel Rajasingam Subramaniam ? Sudah tentu jawapannya tidak kerana mereka ini merupakan pelajar yang telah mengharumkan nama Negara di arena antarabangsa. Amy Ng May Kay ialah pemenang pingat emas dalam pertandingan APEC Future Scientist Conference. Nur Adibah Mohd Hadzi, Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan merupakan pemenang Anugerah Kedua Pengawal Pantai Amerika Syarikat atas ciptaan Bum Minyak Asli mereka manakala Daniel Rajasingam Subramaniam telah memenangi hadiah utama Anugerah Kesusasteraan Dublin untuk Remaja Malaysia 2011.

Kehebatan mereka ini adalah hasil daripada guru cemerlang, hasil kerja guru yang gemilang, dan komunikasi guru yang terbilang. Lantaran itu, transformasi pendidikan Negara bertaraf dunia akan dapat direalisasikan.

Sidang dewan penjana transformasi,

Mari kita meneliti wacana saya yang kelima iaitu guru siswazah ialah guru yang cemerlang,berwawasan, proaktif dan inovatif. Dalam hal ini, guru siswazah yang cemerlang seharusnya berupaya menjana idea baru dalam pelbagai bidang dan berkongsi idea bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara. Guru siswazah juga haruslah mempunyai inisiatif dan bersifat responsif dalam mentransformasikan pendidikan negara untuk berdepan cabaran globalisasi.

Menurut Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malayasia yang kelima mengatakan bahawa warga pendidik perlulah berwawasan, proaktif dan inovatif serta sentiasa berada di barisan hadapan agar sistem pendidikan Negara dinamik dan progresif.

Membaca , menulis dan mengira (3M) menjadi asas kepada pembentukan akademik seseorang pelajar. Dalam bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA pendidikan, bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan 3M, program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah diperkenalkan. Sesungguhnya, program transformasi pendidikan yang telah dijalankan ini membantu murid-murid kearah penguasaan 3M yang lebih mantap. Buktinya , menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr. Zahri Aziz, pencapaian Literasi dan Numerasi meningkat kepada 85 peratus berbanding 64 peratus manakala kadar numerasi meningkat kepada 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua dan ketiga selepas diperkenalkan pada tahun 2010. Kejayaan ini dicapai apabila guru siswazah yang mempunyai wawasan tinggi, proaktif dan inovatif dalam melaksanakan transformasi pendidikan Negara.

Sidang dewan penjana transformasi,

Kesimpulannya dari pidato ini, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa guru siswazah di samping menjadi pemangkin pendidikan negara, juga bergerak pantas untuk turut sama turun padang memainkan peranan dan melaksanakan tugasnya dengan lebih drastik agar hasilnya dapat dimanfaatkan secara berkesan dan berketepatan dengan visi dan misinya. Selain dari mempunyai hati yang kukuh, jiwa yang tenang dan semangat yang kental dalam apa jua tindakan dan cabaran yang melintang dalam usaha menongkah arus kehidupan. Saya ingin menegaskan masyarakat perlu menghayati pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa kerana Islam memuliakan peranan guru dalam masyarakat dan mengangkat darjat mereka yang memiliki ilmu dan mengajarkannya kepada mereka yang lain.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa ,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Guru siswazah adalah pembentuk generasi muda negara di masa hadapan…..

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih.

4 NKRA Pendidikan Lepasi Sasaran. (2011). Utusan .

Abdullah, M. Y. (2011). Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Utusan.

Bernama. (2011, Jully 11). Kemenangan Maktab Sabah Di Paris Bukti Keupayaan Pelajar Tempatan Di Peringkat Global. Retrieved from Bernama: R. ( 2010, January 30). Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang. Retrieved from Cikgu Rosli Hamid: M. F. (2011). Peranan Guru Jana Transformasi Pendidikan. Utusan.

Lyana, L. (2014, September 12). Teks Pidato : Pendidik Berintergriti Penjana Modal Insan. Retrieved from Super Woman Daily: Z., Othman, N., & Ibrahim, M. S. (2007). Profesionalisme Guru Novis. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malaysia, J. K. (2012). Guru Penjana Inovatif Pendidikan. Khutbah Jumaat.

Malaysia, K. (2014). Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia. In Rancangan Malaysia Kesepuluh. Putrajaya.

Malaysia, K. P. (2012). Laporan Awal – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Putrajaya.

Pendidikan Bertaraf Dunia : Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21. (n.d.). Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan (MTT2353).

Sahak, M. S. (2011). Penjana Transformasi Pendidikan. Utusan.

Teks Pidato : TAJUK. (n.d.). Retrieved from D. D. (2014). Guru Pemangkin Pembangunan Negara. Putrajaya: Pendidikan Malaysia.

6