Pidato Petang Sebelum Bahtera Saya Layarkan, Layar Kibarka,

Assalamualaikum wth..

Sebelum bahtera saya layarkan, sebelum layar saya kibarka, sebelum kaki mengatur langkah, sebelum lidah mengatur bicara, biarlah saya mendefinisikan tajuk syarahan saya pada petang ini yang bertajuk ,Mengenali dan Mencintai Rasululluah S.A.W.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Rasulullah SAW adalah seorang manusia lelaki yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai Rasul terakhir membawa ajaran Islam ,dan menyebarkan dakwah Islamiyahnya untuk umat manusia bagi memperoleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Manakala erti mengenali adalah mengetahui dengan sahih melalui proses pembelajaran dan penyelidikan dan cinta ialah suatu perasaan naluri manusia. Cinta dan kasih sayang adalah anugerah dari Allah SWT .Apa yang penting ialah bagaimana cara kita merealisasikan ,membentuk ,mengawal dan menjuruskan perasaan kita itu tadi ke arah sesuatu yang positif.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Mencintai Rasulullah SAW wajib bagi setiap umat Islam. Untuk mencintai baginda, makan kenalilah keperibadiannya dan sirah perjuangannya. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Mencintai Rasulullah SAW mulai dengan menjadikannya role model, membenarkan kebenaran yang dibawa, mengkaji kehebatannya serta mengagungkan kebesarannya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Masud, baginda bersabda:

Yang bermaksud : Aku dididik oleh Tuhanku maka aku didik dengan sebaik-baik didikan.

Perutusan Rasululullah SAW adalah sebagai rahmat kepada umat manusia sejagat, memimpin umat manusia kearah pengabdian hanya kepada Tuhan sebenar, iaitu Allah semata-mata, sebagaimana firman Allah surah Anbiya ayat 107 yang bermaksud:

Dan tidaklah kami mengutusmu wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam

Rasulullah SAW adalah pilihan daripada seluruh rasul pilihan. Pilihan atas pilihan untuk rasul akhir zaman. Membawa Al Quran dari Tuhan untuk panduan umat kemudian.Hatinya bersih, sabarnya keras, berbagai-bagai rintangan ,bermacam-macam cabaran. Seluruh hidupnya di dalam penderitaan, tidak pernah surut di dalam perjuangan. Hatinya dengan Tuhan tidak pernah putus hubungan. Pengorbanannya semacam angin kencang lajunya, dengan harta, tenaga dan jiwa raga.

Masya-Allah hadirin, akhlaknya bak bulan purnama sangat terserlah tidak ada tandingannya, tidak ada bandingannya di seluruh dunia.Rasulullah SAW diletakkan di tempat pertama sebagai pemimpin teragung.

Tuan-tuan , puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Seorang penulis terkemuka barat ,David Santilana dalam bukunya berjudul The Lagacy of Islam menulis bahawa Nabi Muhammad mempunyai budi pekerti yang sangat baik .Sentiasa menghindari pertengkaran dan memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat terhadapnya.

Warga dewan yang dedikasi sekalian,

Pernahkah kita terfikir, mengapa kita terlalu berkira untuk mencintai Rasululullah SAW? Sedangkan baginda amat mencintai kita semua.Ini terbukti apabila kita renungkan peristiwa saat kewafatannya.Baginda merasakan amat sakit sekali sakaratul maut itu, sehinggakan Jibril yang pada ketika itu melihat Rasulullah, berpaling muka kerana tidak sanggup melihat kesakitan Rasulullah SAW. Namun ketika itu pun, Rasulullah SAW masih mengingati kita umatnya.

Masya-Allah hadirin dan hadirat sekalian.Lihatlah betapa mulianya Rasulullah SAW yang terlalu cintakan umatnya lebih dari dirinya sendiri ? Lalu, bagaimana dengan kita ? Adakah kita mencintai Rasulullah SAW melebihi daripada diri kita sendiri ? Renung-renungkan lah

Pelajar-pelajar yang dirahmati Allah,

Mencintai Rasulullah SAW bukan semata mengingati kelahirannya pada 12 Rabiul awal sahaja, mencintai dan mengimaninya hendaklah sepanjang detik nadi yang berdenyut. Lalu, bagaimanakah cara untuk menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW ? Barangkali 5 perkara yang akan saya kemukakan ini berguna untuk semua.

Yang pertama, ialah dengan berpegang teguh dengan ajaran Islam, menghidupkan dan menyebarkan segala sunnah baginda sama ada dari perlakuan atau perbuatannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,:

Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sungguh dia telah mencintai aku, nescaya dia bersamaku dalam syurga.

Yang kedua, dengan menjadikan akhlak baginda sebagai contoh ikutan yang paling utama bagi diri kita dan keluarga kita . Bak kata Aisyah isteri Rasulullah, Akhlak baginda diperumpama seperti AL Quran itu sendiri.

Yang ketiga, dengan memperbanyak selawat dan salam atas diri baginda, kaum keluarganya dan para sahabatnya. Sesiapa yang dengan penuh ikhlas mengucapkan selawat dan salam untuk baginda akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Sebagaimana sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud;

Sesiapa yang berselawat atasku satu selawat, nescaya Allah melimpahkan sepuluh rahmat kepadanya ,mengikis sepuluh kejahatan daripadanya dan mengangkat darjatnya sepuluh kali ganda.

Yang keempat, menolong dan membantu bagi mengembangkan dan menyebarkan risalah yang dibawa oleh baginda mengikut kemampuan masing-masing sama ada menerusi usha dakwah dan tarbiah, melalui lisan dan penulisan, menerusi sumbangan tenaga, kos atau harta benda mengikut kemmmpuan kita.

Dan yang kelima, dengan cara memuliakan para ulama yang menjadi pewaris nabi kerana ditangan mereka memegang risalah Allah dan rasulNya untuk dikembangkan dan dijaga kemurniannya.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Akhir kalam, marilah kita renungkan bersama

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, jika diri tidak sesempurna RASULLULLAH SAW. Kalau diri sezalim firaun mana mungkin menjadi pemimpin seadil RASULULLAH. Tidak guna ada MATA kalau tidak dapat MELIHAT, Tidak guna ada HATI kalau tidak tahu MENILAI.

Sekian, wabillah hitaufik wal hidayah