Pidato 2015 Teks : Gaya Hidup Sihat Menjamin Kesejahteraan

TEKS : GAYA HIDUP SIHAT MENJAMIN KESEJAHTERAAN KELUARGA

Sejambak kasih, seharum kasturi buat pengerusi majlis, gabungan kehakiman yang berpaksikan neraca keadilan, penjaga masa yang peka setiap detiknya, guru-guru yang berwawasan, rakan-rakan seterusnya warga penonton yang dhormati. Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara

Berdirinya saya di sini kerana ingin membawa anda semua bersama-sama menghayati dan menyelami bait-bait pidato saya yang bertajuk Gaya Hidup Sihat Menjamin Kesejahteraan Keluarga.

Hadirin sekalian, sebelum kita melangkah lebih jauh, izinkan saya mendefinisikan terlebih dahulu tajuk pidato pilihan di hati.

Hadiri sekalian,

Gaya hidup sihat boleh didefinisikan sebagai amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang. Manakala, kesejahteraan keluarga pula membawa erti ahli keluarga yang hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Justeru, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa selamat malah ia sudah pasti menjamin kesejahteraan hidup keluarga.

Hadirin yang dimuliakan, saya tampilkan hujah yang pertama,

Setiap orang seharusnya melakukan senaman atau riadah yang mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh seminggu. Melalui proses perkumuhan ini pastinya segala bahan kimia dan sisa-sisa dalam badan dapat disingkirkan. Antara sukan yang boleh diamalkan adalah seperti olahraga, bola sepak, badminton, berenang atau menunggang basikal. Badan yang cergas pastinya menjamin otak yang cerdas. Kombinasi kedua-dua kesihatan ini memastikan individu sentiasa sihat dan dapat hidup dengan sejahtera seterusnya melahirkan rakyat yang produktif dan proaktif sajajar dengan hasrat kerajaan untuk membentuk keluarga yang bahagia di Malaysia.

Para hadirin yang di hormati, seterusnya hujah saya yang kedua.

Pengambilan makanan yang seimbang berdasarkan hierarki piramid makanan seperti mana di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menjamin seseorang itu mendapat khasiat dan nutrient serta vitamin yang diperlukan badan. Makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan mengurangkan makanan berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi merupakan amalan pemakanan yang sihat. Pemeriksaan kesihatan juga perlu dilakukan oleh setiap individu secara berkala. Dengan cara ini, setiap ahli keluarga akan hidup dengan selamat malah penyakit berbahaya seperti jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes dapat dielakkan. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Hadirin sekalian, hujah saya yang terakhir,

Gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal tekanan seseorang. Sebagai contoh, tempoh istirehat dan tidur yang cukup mampu mengurangkan tekanan dan merehatkan tubuh badan serta minda kita. Dengan sikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolisma dapat berjalan dengan lancar. Rentetan itu, daya pemikiran seseorang akan menjadi lebih positif dan mampu mencari jalan penyelesaian bagi menghadapi kemelut-kemelut yang serius tanpa menghadapi tekanan yang berlebihan. Justeru, gaya hidup sihat ini juga brupaya membantu sesebuah keluarga itu hidup dalam suasana harmoni dan bahagia.

Hadirin sekalian, berdasarkan hujah-hujah saya sebentar tadi maka dapatlah disimpulkan bahawa

Kebahagian keluarga adalah berkait rapat dengan gaya hidup yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga. Oleh itu, kita seharusnya melakukan aktiviti-aktiviti berupa senaman dan riadah serta bijak mengendali amalan pemakanan yang sihat dan seimbang. Akhir sekali menitik beratkan tempoh istirehat dan tidur yang mengcukupi . Dengan kata lain, amalan kehidupan seharian kita adalah penentu keselamatan diri dan keluarga. Gaya hidup sihat menjamin kesejahteraan keluarga.

Sekian, terima kasih