Pidato Its A Text For Malays Yang Dihormati Tuan Pengerusi

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru besar,guru-guru dan para hadirin yang dihormati sekalian. Salam perpaduan dan salam SatuMalaysia saya ucapkan.Muhibah dan Perpaduan begitulah tersusun kata tajuk bicara saya pada pagi yangmulia ini. Menurut Kamus Dewan, muhibah bererti percintaan, perasaan persahabatandan kemesraan. Manakala perpaduan pula membawa maksud kerjasama danpersefahaman. Dengan kata lain, tajuk syarahan ini boleh diertikan sebagai semangatkerjasama, saling bantu-membantu tanpa mengira bangsa, agama dan kebudayaan.Hadirin yang dihormati sekalian,Umum mengetahui, cabaran pertama Wawasan 2020 ialah mewujudkan rakyatMalaysia yang bersatu padu serta mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ini jelas membuktikan bahawa perpaduan merupakan unsur terpenting dalam usahakerajaan memajukan negara. Manakala, gagasan Satu Malaysia pula merupakanpenerus penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Gagasan inimengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin bagi mewujudkan suasana negarayang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Perpaduan adalah senjata yang palingampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan.Para hadirin,Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Barupada tahun 1970, di mana objektif dan strategi yang telah dilaksanakan adalah untukmencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia ke arah pembangunan negara.Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah menyusun semula masyarakat darisegi politik, ekonomi dan sosial serta mengadakan peraturan dan undang-undang untukmemelihara keharmonian antara kaum. Kempen-kempen untuk mengukuhkanperpaduan kaum dipergiatkan lagi. Kerajaan telah menzahirkannya denganmenggalakkan sambutan perayaan seperti Rumah Terbuka Aidilfitri, Tahun Baru Cina,Deepavali dan Krismas secara besar-besaran untuk mewujudkan semangat muhibahdan perpaduan

loading...