MyMetro Juara Pidato Mahu Terus Kuasai Bahasa Melayu

Harian Metro
Menu
Mutakhir
Juara pidato mahu terus kuasai bahasa
Melayu
Putrajaya: Saya akan terus mendalami bahasa Melayu bagi memastikan saya menguasainya
kerana cita-cita saya mahu menjadi duta Panama di Malaysia, kata juara kategori Antarabangsa
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2013, Piala Perdana Menteri, Derrick Fernando
Jaramil o.
Derrick, 28, yang dikenali dengan nama jolokan Mat Derih di kalangan rakannya menerima hadiah wang
tunai RM21,700, Piala Perdana Menteri, piala iringan dan sijil penyertaan selepas menjuarai pertandingan itu
hasil pidatonya bertajuk Malaysia Di Hatiku.
Saya mempelajari bahasa Melayu sejak melanjutkan pelajaran di Malaysia empat tahun lalu dan saya rasa
usaha sangat berbaloi selepas memenangi pertandingan ini, katanya peserta dari Panama itu.
Menurutnya, dia langsung tidak menyangka memenangi pertandingan itu kerana persaingan sengit daripada
peserta lain.
Sejak melanjutkan pelajaran di Universiti Monash cawangan Sunway, saya perlu belajar bahasa Melayu dan
kemenangan ini hadiah paling membanggakan saya, katanya yang ditemui selepas majlis penyampaian
hadiah malam kemuncak PABM 2013, malam tadi.
Hadiah disampaikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Peserta tuan rumah, Mohd Ikhwan Mohd Rosseli, 24, diumumkan juara kategori Nusantara.
Dia yang menyampaikan pidato bertajuk Persefahaman Membentuk Keamanan Dunia membawa pulang
wang tunai RM21,700, Piala Perdana Menteri, piala iringan, hadiah iringan dan sijil.
Mohd Ikhwan berkata, dia amat bersyukur dan bangga kerana mengharumkan nama negara.
Saya lihat penganjuran PABM satu usaha yang baik dan berterusan untuk mengangkat bahasa Melayu ke
mata dunia.
Saya juga mengalakkan remaja negara ini supaya menggunakan bahasa Melayu kerana kita patut rasa malu
jika orang asing boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik, tetapi kita menggunakan bahasa rojak, kata
pelajar jurusan Syariah dan Undang-undang Sivil Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu.
Tempat kedua dan ketiga kategori Antarabangsa dimenangi peserta dari China, Zhang Yaqi, 19, dan Abdel
Rahman Ibrahim Sulieman, 30, dari Jordan manakala tempat kedua dan ketiga kategori Nusantara dimenangi
peserta Indonesia, Muhammad Zulfadhli Razali, 24 dan Adi Ismat Lamat, 25 dari Brunei.
Naib Johan membawa pulang wang tunai RM15,500, piala iringan, hadiah dan sijil, manakala tempat ketiga
menerima wang tunai RM9,300, piala iringan, hadiah dan sijil.
Seramai 77 peserta dari 72 negara menyertai PABM edisi ketujuh yang bermula sejak Selasa lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/23
ARTIKEL LAIN
Malaysia jadi penanda aras dunia tangani krisis kewangan
Malaysia perlu bersedia hadapi satu lagi krisis kewangan
Buku Menara KL dilancar sempena TMM2014
FMFA: Tiga NGO buat laporan polis
Ar-Rahnu cabang perniagaan baru koperasi
Hubungi Kami

Team myMetro

HM ePaper

Versi Mobile

Versi Tablet

HM Twitter

HM Facebook

RSS Feed
2012 Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. | Disclaimer | Notis Perlindungan Data Peribadi
`

Leave a Reply