Pidato Insan Cemerlang Negara Terbilang

Insan Cemerlang Negara Terbilang

Terima kasih diucapkan kepada peneraju majlis,

Barisan panel hakim penjunjung kesaksamaan,

Penjaga masa penghitung detik perjalanan,

Para pendidik dan seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi.

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia bagi kita semua.

Arena ini saya lakari dengan sebuah pidato berpaksikan tajuk insan cemerlang, negara terbilang. Izikan saya mentakrifkan tajuk saya pada hari ini. insan cemerlang, negara terbilang boleh diujarkan sebagai modal insan berminda kelas pertama, berilmu, berkeperibadian mulia dan berbudi perkerti luhur. Insan yang cemerlang mampu mewujudkan sebuah negara maju dan bersifat glokal seterusnya mengangkat martabat negara setanding dengan negara-negara lain.

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Insan yang gemilang mampu mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, berakhlak dan mempunyai jati diri yang ampuh. Di sekolah, murid-murid sudah ditanam dengan mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini demikian adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bukan saja berilmu malah mempunyai keseimbangan sahsiah diri. Jika amalan ini diterapkan sejak dari mula, maka tidak mustahil negara kita akan bebas dari pelbagai jenis jenayah seperti rahsuah, vandalisme, ragut, samun dan sebagainya. Disamping itu juga semangat patriotik kepada negara juga akan bertambah dan ini sememangnya yang kita ingini dalam sebuah negara yang bertuah ini.

Hadirin yang saya kasihi,

Insan yang gemilang dapat melonjakkan ekonomi negara. Dalam abad ini, ketuanan dan keterbilangan sesebuah negara bersandarkan kehebatan ekonominya. kita mahukan generasi yang diibaratkan duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak bukannya hanya tahu menakik darah di batu. Kita perlu lakukan transformasi ekonomi melalui generasi yang bijak meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan hasilnya mengagumkan seluruh dunia. Selain apabila ekonomi negara meningkat, taraf hidup masyarakat akan bertambah baik dan pembangunan modal insan akan dapat diperkasakan lagi.

Hadirin hadirat sekalian,

Insan yang gemilang dapat mewujudkan sebuah negara yang bersatupadu. Kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini adalah berkat perpaduan erat sesama kaum yang berbilang di negara kita. Sering kita mendengar laungan slogan 1 Malaysia yang kita dengari hasil inspirasi Perdana Menteri kita menunjukkan betapa pentingnya nilai perpaduan di kalangan masyarakat. Tidak ada erti jika kita berpelajaran tinggi namun tidak mengamalkan nilai-nilai murni yang mampu mengeratkan hubungan kita dalam hidup bermasyarakat. Oleh itu, terdapat banyak usaha yang telah dijalankan untuk meningkatkan semangat perpaduan baik di dalam komuniti kecil mahupun dalam negara itu sendiri seperti program Larian 1 Malaysia yang secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan sesama kita.

Konklusinya, insan yang cemerlang dapat mewujudkan sebuah negara yang terbilang. Orang berilmu harus menggunakan ilmunya untuk menjana kebaikan, meningkatkan kualiti diri dan produk yang kita hasilkan. Dengan ini saya akhiri pidato ini dengan ungkapan, , Insan cemerlang, negara terbilang.

Sekian, terima kasih.

Incoming search terms:

  • remaja cemerlang negara gemilang
  • karangan tentang malaysia negara terbilang
  • Pentadbiran cemerlang rakyaj gemilang pidato
loading...

Leave a Reply