INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG BismillahAlhamdulillah.. Emas sarat tampak memikat, Hiasi dulang berisi gelang, Kualiti hebat prestasi ditingkat, Insan cemerlang negara gemilang. Cetusan barakah buat peneraju acara, Saf kehakiman intelektual berkarisma, Sidang hadirin warga dewan berwibawa.. Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma… Hari ini, pertandingan ini bukanlah pertandingan akademi piala fantasia, maka saya bukanlah Mawi ataupun Faizal, tetapi pelajar akademi Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan menyampaikan sebuah pidato bertajuk Insan Cemerlang, Negara Gemilang. Sidang pendidik yang dikasihi sekalian, Frasa insan cemerlang menurut Dato Nordin Kardi, Naib Canselor UUM ialah insan yang berdaya saing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan seiring perkembangan zaman. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, frasa negara gemilang ialah negara yang dipimpin oleh pemimpin berwibawa serta mampu mencapai keseimbangan dalam segala aspek termasuk politik, ekonomi mahupun sosial. Sidang penonton yang penuh santun, Bicara saya yang pertama ialah insan berintegiti negara dijulang. integriti membawa maksud nilai kejujuran dan keperibadian yang luhur menjadikan negara dipandang hemah dan mulia oleh seantero dunia. Masayarakat yang memahami nilai- nilai kemanusiaan yang harus menjadi amalan bagi mementuk insan cemerlang. Sebagai warganegara Malaysia, saya sangat berbangga kerana rakyat negara ini sudah …