TAJUK PIDATO : KOKURIKULUM

TAJUK PIDATO : KOKURIKULUM MEMBENTUK INSAN CEMERLANG

Bismillahirrahmannirrahim

Andai patah sayap kenari,

Terbang jua saya ke mari,

Kalau bukan kerana pidato ini,

Takkan saya berada di sini.

Terima kasih saudara/saudari peneraju acara, kombinasi kehakiman yang berwibawa, dif-dif jemputan yang mulia, tidak dilupakan warga dewan yang berbahagia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum kaki mengorak langkah dengan lebih jauh dan adat kelaziman bicara, elok sekiranya kita sama sama memahami intipati tajuk pidato ini. Kokurikulum membentuk insan cemerlang secara konseptual membawa maksud aktiviti luar bilik darjah yang meliputi aktiviti kelab, sukan dan unit berunifom berperanan penting dalam melahirkan individu yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hadirin sekalian,

Persoalannya, Bagaimanakah aktiviti kokurikulum ini berperanan membentuk insan yang cemerlang. Hari ini akan saya kemukakan 3 bukti yang menunjukkan kokurikulum membentuk insan cemerlang.

Kokurikulum membentuk kecemerlangan kepemimpinan. Dalam aktiviti kokurikulum itu sendiri telah menetapkan para pelajar akan memimpin pelajar. Senario ini akan membenihkan asas kepemimpinan dalam kalangan pelajar. Aktiviti Kelab/ persatuan dan unit berunifom telah berjaya menonjolkan bakat kepemimpinan. Di sini para guru merupakan fasilitator yang akan melatih, membantu, membimbing dan membentuk para

pelajar memimpin organisasi mereka. Ahli jawatankuasa yang dibentuk itu merupakan satu cabaran yang perlu dipikul dalam menggerakkan kelab atau persatuan yang mereka terajui. Dr Hanafi Ismail dalam buku 7 cabaran menjadi pelajar cemerlang ada menyatakan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah merupakan jalan penting dalam membentuk kepemimpinan yang cemerlang. Contohnya kita lihat pemimpin negara hari ini ialah pemimpin pelajar pada zaman persekolahan mereka.

Warga dewan sekalian,

Seterusnya kokurikulum membentuk kecemerlangan sahsiah. Tidak dapat kita nafikan bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum akan menyemai sahsiah yang cemerlang. Aktiviti aktiviti yang dijalankan ini sudah pasti melahirkan para pelajar yang mempunyai jati diri mantap, toleransi, dedikasi, amanah, kerjasama , menonjolkan keperibadian yang mulia dan sebagainya. Dalam aktiviti kokurikulum itu sendiri menyerapakan nilai nilai tersebut dalam diri pelajar contohnya aktiviti perkhemahan pengakap, permainan bola sepak dan aktiviti persatuan ,nilai penting yang dapat dilihat adalah kerjasama yang komited, bertoleransi dan saling memerlukan antara satu sama lain dan sebagainya. Mantan Menteri Pelajaran, Datok Sri Hishamuddin Tun Hussin pernah menyatakan bahawa pembentukan sahsiah yang cemerlang hasil penglibatan aktiviti kokurikulum akan menjurus ke arah tercapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang cemerlang dari aspek intelek, rohani , emosi dan jasmani.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kokurikulum membentuk kecemerlangan akademik pelajar. Aktiviti kokurikulum sebenarnya ialah kesinambungan aktiviti di dalam bilik darjah malah matlamat asalnya adalah untuk kecemerlangan akademik. Aktiviti kokurikulum itu telah membuka banyak pengalaman kepada murid bagi mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang akademik. Aktiviti kokurikulum juga mampu memantapkan fizikal dan mencerdaskan minda. Fizikal yang mantap dan minda yang cerdas inilah kunci kejayaan dalam akademik. Seseorang yang mempunyai keseimbangan dalam kedua-dua domain ini akan mampu berfikir dengan matang dan mampu membentuk wawasan untuk kejayaan. Contohnya Azali Azlan , pelajar Sek. Men. Agama Yan , Kedah yang merupakan seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya muncul pelajar cemerlang SPM 2007 dengan keputusan 21A.

Kesimpulannya, keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan penyertaan pelajar dalam bidang kokurikulum merupakan satu langkah bijaksana bagi membentuk insan cemerlang dalam segenap aspek. Masa depan negara bukan hanya bergantung pada kecemerlangan akademik semata-mata tetapi sumbangan kokurikulum juga mampu membentuk kemahiran generik yang diperlukan dalam pembentukan insane cemerlang. Oleh itu, semua pelajar diseru supaya mengambil bahagian secara aktif dan konsisten dalam aktiviti kokurikulum agar kita sama-sama menjadi insane cemerlang.

Sekian..

Syukur alhamdulillah kerana saya telah menyiapkan tugasan Bahasa Melayu Kontekstual ini dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan dan rintangan yang harus saya tempuhi. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis lagi di samping dapat memantapkan ilmu pengetahuan saya tentang bidang Bahasa Melayu Kontekstual ini. Saya juga tidak segan silu berjumpa dengan Puan Mazura Binti Sulaiman untuk membimbing saya dalam menjayakan tugasan ini. Pelbagai langkah yang diatur untuk menemui pensyarah pembimbing agar tugasan yang dilakukan tepat mengikut format yang diinginkan. Walaupun begitu sukar untuk saya menyiapkan tugasan ini, namun dengan hati yang cekal dan tabah akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan bimbingan daripada pensyarah.

Bantuan dari segi idea daripada rakan sebaya juga telah menambahkan lagi maklumat yang sedia ada. Perbincangan secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat yang diperlukan juga telah banyak membantu saya dari segi pertukaran idea dan pendapat. Pendapat yang diberikan membolehkan kita berfikir secara lebih mendalam lagi berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberikan. Rujukan daripada perpustakaan juga telah banyak membantu saya dari segi mendapatkan maklumat yang betul dan sahih. Tanpa rujukan daripada perpustakaan, saya tidak dapat memperoleh maklumat tambahan di samping penghasilan idea yang tidak cukup untuk menampung ayat yang dibina. Selain itu, kaedah teknologi maklumat dari laman web juga banyak membantu saya dengan memberikan maklumat berkaitan dengan tugasan ini selain daripada rujukan di perpustakaan. Namun, segala maklumat itu saya akan tapiskan terlebih dahulu sebelum menggunakannya kerana pernah berlaku penyelewengan dari segi fakta.

Akhir kata, segala proses yang dilakukan haruslah diakhiri dengan penyemakan semula sebelum dihantar kepada pensyarah pembimbing. Saya berasa gembira dan berpuas hati terhadap segala tugasan yang telah dilakukan dengan jayanya. Hal ini disebabkan banyak maklumat dan data yang telah saya kumpul membolehkan saya menghasilkan satu tugasan mengikut format yang telah dinyatakan dalam soalan tugasan. Melalui maklumat tersebut, saya akan kekalkan dalam ingatan agar mudah untuk saya sampaikan kepada orang lain di samping mempelajari dan memahami maklumat tersebut. Segala jasa baik orang yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung akan tetap saya kenang sampai bila-bila.

Sekian, terima kasih.

TUGASAN INDIVIDU

PIDATO (30%)

Secara individu anda dikehendaki menyampaikan pidato berdasarkan pemilihan tajuk yang telah ditetapkan dalam Lampiran A.

PENULISAN KREATIF

Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasa di atas. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek yang berikut:

Pengalaman anda semasa menyiapkan tugasan ini( poses mencari maklumat dan lain-lain)

Masalah yang dihadapi semasa melaksanakan tugasan dan cara anda mengatasinya.

Sejauh mana pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang perkembangan individu.

Leave a Reply