An Pidato Peringkat Daerah

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Pidato

Diraja Peringkat Daerah Sri Aman 2011

UNTUK MEMULAKAN ATURCARA PADA HARI INI, SEMUA HADIRIN DIPOHON BERDIRI UNTUK SAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN NEGARA KITA, NEGARAKU. DIPERSILAKAN.

(Nyanyian Negaraku)

Bottom of Form

Burung tempua hinggap merata

Sayang Merbah di pohon cemara

Assalamualaikum mulanya kata

Awal Bismillah pembuka bicara.

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARKAATUH SELAMAT SEJAHTERA DAN SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA.

YANG BERUSAHA ENCIK DAHLAN BIN HAM

GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA SRI AMAN

MERANGKAP PENGERUSI PENGELOLA PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT ZON SRI AMAN.

YANG DIHORMATI, TETAMU-TETAMU JEMPUTAN, GURU-GURU PENGIRING, PESERTA-PESERTA , TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SERTA ADIK-ADIK PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN KEIZINANNYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA  BERKUMPUL DAN MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI.

SAYA BAGI PIHAK PENGANJUR MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN KE DEWAN AL-GHAZALI SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA SRI AMAN SEMPENA PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN BAGI TAHUN 2011.

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN INI TELAH DISERTAI 3 ZON DALAM DALAM DAERAH SRI AMAN IAITU ZON SRI AMAN YANG DIWAKILI SK AGAMA SRI AMAN, ZON SKRANG UNDUP YANG DIWAKILI SK KEM PAKIT DAN ZON PANTU YANG DIWAKILI SK PANTU.

Kalau pergi ke Kampung  Keramat

Janganlah lupa membeli tongkat

Bersama Kita memohon rahmat

Moga majlis mendapat berkat.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PAGI INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN DIRAHMATI ALLAH, MAJLIS MENJEMPUT AL-FADIL USTAZ WAN MOHD EDDE SHAM UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

(bacaan doa)

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADIL USTAZ WAN MOHD EDDE SHAM UNTUK BACAAN  DOA SEBENTAR TADI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA, MAJLIS AKAN DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA SETERUSNYA IAITU PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN 2011.

SEBELUM MEMULAKAN PERTANDINGAN, SAYA AKAN MEMBACAKAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN.

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian. Setiap peserta akan bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut.

Bahagian Pertama

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan terlebih dahulu

Bahagian Kedua

Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk bebas yang akan dikemukakan oleh pengerusi pertandingan. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama setiap kategori.

Syarat-syarat Berpidato

Pemidato diberi masa 5 minit untuk pidato Bahagian Pertama. Dan 3 minit untuk pidato Bahagan Kedua.

Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat dan dua kali bila tamat.

Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan untuk pemberian markah.

Pemidato yang membaca teks semasa berpidato akan dipotong markah persembahan Kritikan terhadap isu-isu yang sensitif berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

Pengerusi Pidato berhak menegur pemidato-pemidato yang melanggar peraturan-peraturan di atas.

PEMIDATO AKAN DIBERI MASA 5 MINIT UNTUK PIDATO BAHAGIAN A DAN 3 MINIT UNTUK PIDATO BAHAGIAN B.

LOCENG AKAN DIBUNYIKAN SEKALI, SATU MINIT SEBELUM MASA TAMAT DAN DUA KALI BILA TAMAT MASA BAGI SETIAP BAHAGIAN PERTANDINGAN.

PERTANDINGAN PIDATO INI DIBAHAGIKAN KEPADA DUA BAHAGIAN IAITU BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.

UNTUK BAHAGIAN A, 30 MARKAH DIPERUNTUKKAN UNTUK ISI DAN IDEA. PEMIDATO AKAN DIADILI DARI SEGI PENGUTARAAN TIGA IDEA YANG BERNAS, DATA-DATA DAN BAHAN-BAHAN YANG TEPAT TERMASUK HURAIANNYA.

20 MARKAH AKAN DIBERI UNTUK BAHASA YANG JELAS, BAKU, GAYA BAHASA YANG BERKESAN DAN TEPAT DENGAN MAKSUD YANG HENDAK DISAMPAIKAN.

BAGI PERSEMBAHAN PULA, 50 MARKAH AKAN DIBERI UNTUK PERSEMBAHAN YANG LANCAR, KESESUAIAN NADA, MEYAKINKAN, MENUNJUKKAN GAYA YANG MENARIK DAN SUSUNAN ISI YANG TERTIB. 5 MARKAH AKAN DIPOTONG JIKA ISI MENYENTUH ISU-ISU SENSITIF SEPERTI POLITIK, AGAMA, BANGSA, KEBUDAYAAN DAN PERIBADI SERTA MENUNJUKKAN PERLAKUAN ATAU TUTUR KATA YANG KURANG SOPAN.

BAGI BAHAGIAN B PULA, IAITU PIDATO SECARA IMPROMTU, 40 MARKAH AKAN DIBERIKAN UNTUK ISI-ISI YANG BERNAS DAN LOGIK HURAIANNYA.

30 MARKAH DIPERUNTUKKAN UNTUK PENGGUNAAN BAHASA YANG JELAS, BAKU, GAYA BAHASA YANG BERKESAN DAN TEPAT DENGAN MAKSUD YANG HENDAK DISAMPAIKAN.

DAN 30 MARKAH LAGI DIPERUNTUKKAN UNTUK PERSEMBAHAN YANG LANCAR, KESESUAIAN NADA, MEYAKINKAN DAN MENUNJUKKAN GAYA YANG MENARIK. SEKALI LAGI DIINGATKAN KEPADA PARA PESERTA, 5 MARKAH AKAN DIPOTONG SEKIRANYA PEMIDATO MENYENTUH ISU-ISU SENSITIF SEPERTI POLITIK, AGAMA, BANGSA, KEBUDAYAAN DAN PERIBADI SERTA MENUNJUKKAN PERLAKUAN ATAU TUTUR KATA YANG KURANG SOPAN.

BAIKLAH, HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA DIJEMPUT PARA HAKIM UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING.

PERTANDINGAN PADA KALI INI AKAN DIADILI OLEH 3 ORANG JURI YANG TERDIRI DARIPADA

1. PUAN ANNE ANAK NULI DARI SMK SIMANGGANG

2. PUAN ROZINA BINTI ABANG SERUJI DARI SMK MELUGU

3. EN. CHRISTOPHER LASSOM LINANG DARI SMK SIMANGGANG

DAN PENJAGA MASA ADALAH PUAN RABAYAH BINTI KIPLI DAN PUAN SITI RAFEAH BT MOHAMAD DARI SK AGAMA SRI AMAN.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

SEBELUM MEMULAKAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN 2011 DENGAN MENYAKSIKAN SEPINTAS LALU PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT ZON SRI AMAN 2011 YANG TELAH DIADAKAN PADA MINGGU LALU.

MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

(sepintas lalu pertandingan)

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN 2011 DIMULAKAN DENGAN PIDATO BAHAGIAN A. UNTUK ITU MAJLIS DENGAN SUKACITA MENJEMPUT PESERTA PERTAMA UNTUK MENYAMPAIKAN PIDATO BELIAU. DIPERSILAKAN.

(peserta pertama)

BEGITULAH TADI PIDATO YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH ADIK …………………………………………………………………………………………………………………………. DARI …………………………………………………………………………………………………………………………. DENGAN PIDATO BERTAJUK …………………………………………………………………………………

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH.

SETERUSNYA, DIPERSILAKAN PESERTA KEDUA UNTUK MENYAMPAIKAN PIDATO. DIPERSILAKAN.

(peserta kedua)

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PESERTA DARI …………………………………………………………………………………………………………………………. IAITU ADIK ……………………………………………………………………………………………………………… YANG TELAH MENYAMPAIKAN PIDATO BERTAJUK ………………………………………………………………………………………………………………..

HADIRIN WARGA DEWAN SEKALIAN,

PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN PESERTA KETIGA UNTUK MENYAMPAIKAN PIDATO. DIPERSILAKAN.

(peserta ketiga)

PIDATO BERTAJUK …………………………………………………………………………………………………. ITU TADI TELAH DISAMPAIKAN OLEH ADIK ……………………………………………………………………………………………………………… DARI ………………………………………………………………………………………………………………………..

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

BEGITULAH TADI BERAKHIRNYA PERTANDINGAN PIDATO BAHAGIAN A. PARA PESERTA DIMINTA BERSEDIA UNTUK PERTANDINGAN PIDATO BAHAGIAN B IAITU PIDATO SECARA SPONTAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

UNTUK PIDATO BAHAGIAN B INI, PARA PESERTA DIKEHENDAKI MEMILIH 1 DARIPADA 5 SAMPUL YANG MENGANDUNGI TAJUK-TAJUK TERTENTU. PARA PESERTA DIBERI 1 MINIT UNTUK BERSEDIA. PARA PESERTA DIBERI MASA 3 MINIT UNTUK MENYAMPAIKAN PIDATO MASING-MASING.

MASA BERMULA SEBAIK SAHAJA PESERTA MULA MENYAMPAIKAN PIDATO.

TANPA MELENGAHKAN MASA, DIJEMPUT PESERTA PERTAMA UNTUK MEMILIH SAMPUL.

PESERTA PERTAMA TELAH MEMILIH SAMPUL NOMBOR ………..

SAMPUL NO …………….. MENGANDUNGI TAJUK ……………………………………………………………………………………………………………………….

ANDA DIBERI MASA 1 MINIT UNTUK BERSEDIA.

DIPERSILAKAN PESERTA PERTAMA UNTUK MENYAMPAIKAN PIDATO BERTAJUK …………………………………………………………………………………………………………………

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK ………………………………………………………..

DARI ZON …………………………………………………………………. YANG TELAH MENYAMPAIKAN PIDATO BERTAJUK …………………………………………………………………

DENGAN BERAKHIRNYA PIDATO DARI PESERTA TERAKHIR ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN BAGI TAHUN 2011.

HADIRIN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

BAGI MEMBUAT RUMUSAN PERTANDINGAN, MAJLIS DENGAN SUKACITA MENJEMPUT KETUA HAKIM ………………………………………………………………………… UNTUK MENYAMPAIKAN RUMUSAN KESELURUHAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN 2011.

MAJLIS MERAKAMKAN TERIMA KASIH.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

SETERUSNYA ADALAH UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN. UNTUK ITU MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA ENCIK DAHLAN BIN HAM, GURU BESAR SK AGAMA SRI AMAN MERANGKAP PENGERUSI PENGELOLA PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN 2011 UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

(ucapan perasmian)

DEMIKIANLAH TADI UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN OLEH YANG BERUSAHA ENCIK DAHLAN BIN HAM. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH.

MAKA DENGAN INI, RASMILAH SUDAH PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN BAGI TAHUN 2011.

Budak-budak bermain galah
Bermain galah di tepian gelanggang
Ada yang menang ada yang kalah 
Itulah dia adat pertandingan.

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN SIJIL.

BAGI MENYEMPURNAKAN ACARA INI, MAJLIS DENGAN PENUH HORMAT DAN TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA …………………………………………………………………………………………….. BAGI MENJEMPUT DAN MENGIRINGI YANG ………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………….. UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA BARISAN PANEL HAKIM.

DIJEMPUT PUAN ANNE ANAK NULI UNTUK MENERIMA SIJIL DAN CENDERAMATA.

SETERUSNYA DIPERSILAKAN PUAN ROZINA BT ABANG SERUJI.

DAN DIPERSILAKAN EN. CHRISTOPHER LASSOM LINANG.

MAJLIS SEKALI LAGI MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH.

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN PIALA DAN SIJIL KEPADA PESERTA-PESERTA PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH SRI AMAN 2011.

PEMENANG TEMPAT KETIGA DIPERSILAKAN ……………………………………………………………………………………………..DARI ZON………………………………………………………….. MEMBAWA PULANG TROFI  DAN SIJIL PENYERTAAN.

NAIB JOHAN DIPERSILAKAN ADIK ………………………………………………………………………………………………………………DARI ZON…………………………………………………………………..MEMBAWA PULANG TROFI DAN SIJIL PENYERTAAN.

DAN JOHAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJAN PERINGKAT DAERAH SRI AMAN BAGI TAHUN 2011

TELAH DISANDANG OLEH ADIK………………………………………………………………………………………………………………….DARI ZON……………………………………………………………………MEMBAWA PULANG TROFI DAN SIJIL PENYERTAAN.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG DAN TAHNIAH JUGA KEPADA PESERTA-PESERTA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA…………………………………………………………………………………………………………………….ATAS PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

DENGAN BERAKHIRNYA UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAMATA ITU TADI KITA TELAH PUN BERADA DI PENGHUJUNG MAJLIS. SAYA BAGI PIHAK MAJLIS, MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA TERDAPAT KEKURANGAN DAN SALAH SILAP SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WAL HIDAYAH, ASSALAMUALAIKUM WBT. TERIMA KASIH.

UNTUK MENGAKHIRI MAJLIS KITA PADA HARI INI, DIJEMPUT PARA HADIRIN UNTUK BERDIRI DAN SAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGERI SARAWAK IBU PERTIWIKU.

Leave a Reply