Bmk Presentation Pidato : Adalah Pengucapan Yang

Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu

kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan

sesuatu tajuk. Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi

secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-

perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan

untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju

dengan apa yang dipidatokanIsi pidato umunya terdiri dari tiga sampai lima

hal pokok.

Jika di pembukaan pidato telah disebutkan

latar belakang dan tujuan diadakannya acara.

isi pidato seharusnya membicarakan upaya-

upaya untuk mencapai tujuan itu.Jika ada informasi yang sangat aktual dan

terkait dengan isi pidato, sangat

memungkinkan informasi tersebut diselitkan

dalam isi pidato.

Untuk meningkatkan konsentrasi dalam

membawakan isi pidato dan menegaskan

ertinya, sampaikanlah pidato dengan jeda.Jelaskan satu per satu secara ringkas definisi

dari tiga sampai lima hal pokok tersebut.

Kaitkan kata penutup dari pembukaan pidato

dengan kata-kata awal dari isi pidato.CIRI
CIRI PIDATO YANG BAIK

Memulakan dan menamatkan pidato pada

waktunya.

Pandai mengawal masa.

Mulakan pidato dengan keyakinan yang tinggi.

Pandang tepat ke arah pendengar

menyampaikan pidato tanpa merujuk nota.Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak

menarik perhatian .

Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan

dan dikawalgunakan.

Elakkan penyampaian yang terlalu laju dan

perlahan.

Elakkan meggunakan gangguan wacanasepertieh , em ,atauya.Nada tinggi dan suara lantang apabila mahu

membakar emosi

Nada propaganda pula untuk mempengaruhi

pendengar.

Nada sederhana tetapi mesra digunakan

apabila memujuk.

Nada perlahan sedikit apabila hendak

merayu dan meminta simpati.

Janganlah mengakhiri pidato secara

mendadak atau kasar.

Janganlah memohon maaf.

Janganlah mengemukakan isi baru lagi.

Janganlah menjebarkan isi baru itu.Janganlah menunjukkan bahwa kita

sedang mengakhiri pidato.

Gunakanlah kesimpulan atau pantun

yang efektif dan hafalkan kesimpulan

itu.

Tingkatkan tempoh pidato kita sedikit

saat kita membawa audiens kepada

klimaks dari pidato kita.Menghayati nilai bagi membentuk

sebuah Negara yang cemerlang

dan terbilangKalau tidak kerana bintang,

Tak akan bulan kelihatan tinggi,

Kalau tidak kerana pidato,

Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan,

Singgah sebentar di laluan Kerai,

Salam satu Malaysia saya hulurkan,

Kepada warga dewan pembuka tirai.Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia Tuan Haji

Khalid bin Ahmad, pengarah Institut Pendidikan Kampus Pulau Pinang,

kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga

masa yang budiman, para pensyarah dan seterusnya hadirin-hadirat warga

dewan yang saya kasihi sekalian. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Berdirinya saya di atas persada indah Dewan Agung ini, tidak lain

tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk

Menghayati nilai bagi membentuk sebuah negara yang cemerlang dan

terbilang. Negara yang cemerlang dan terbilang berada di tangan murid di

mana mereka adalah bakal pemimpin negara kita. Seseorang murid atau

remaja harus menghayati nilai bertujuan ke arah melahirkan warganegara yang

mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan seterusnya

berketerampilan menjadi seorang pemimpin.Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan

cabaran hebat, termasuklah kemusnahan alam sekitar dan

konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan

sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran

memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas

kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam

membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama,

pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi

dengan pembangunan warganegara yang global. Para guru

memainkan peranan penting untuk memupuk nilai murni sejagat

ini dalam diri murid.Wahai hadirin sekalian,

Seorang guru, sebelum membentuk seorang murid yang

berintegriti, guru itu haruslah bersifat integriti. Integriti bermaksud

peribadi mulia yang terdapat pada individu meliputi nilai-nilai amanah,

jujur, ikhlas, sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus,

bertanggungjawab, dan ciri-ciri positif yang lain. Oleh itu, seseorang

guru yang dikatakan berintegriti mestilah berakhlak mulia dan

mengamalkan nilai-nilai murni diatasi kualiti unggul yang wujud secara

keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Jadi seorang guru

berperanan atau akan menjadi model insan kepada seseorang murid

yang akan bersifat integriti. Ini bertujuan ke arah melahirkan

warganegara yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi

cabaran dan seterusnya berketerampilan menjadi seorang pemimpinHadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Guru juga harus mempunyai nilai belas kasihan di mana

guru itu perlu menjadi seorang yang berperikemanusiaan, murah

hati dan pengasih bila berhadapan dengan anak murid. Guru

haruslah sentiasa berwaspada terhadap keadaan murid-

muridnya. Sebagai contoh, jika seseorang murid muram di

dalam kelas maka murid itu mungkin mengalami gangguan

emosi. Guru juga sentiasa mengambil berat terhadap anak

muridnya. Jika seseorang murid tidak makan pada masa rehat,

maka guru harus mengetahui sebabnya dan mengatasi masalah

tersebut.Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Untuk menjadikan murid sebagai seorang bakal

pemimpin, murid itu patut ada nilai keadilan. Sebelum itu,

sebagai seorang guru, dia harus menanamkan nilai keadilan

dalam dirinya dan menonjolkan kepada muridnya. Seorang guru

tidak boleh berat sebelah dengan muridnya. Sebgai contoh, guru

tidak boleh mengambil keputusan berdasarkan agama atau

bangsa. Guru harus saksama dalam apa jua keadaan. Ini

membuatkan murid belajar nilai itu daripada gurunya. Murid

sebagai bakal pemimpin patut menghayati nilai keadilan bagi

membentuk sebuah negara yang cemerlang.Hadirin dan hadirat yang dirahmati,

Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini,

saya ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini, para guru

memainkan peranan penting untuk memupuk nilai murni sejagat

bagi membimbing murid dalam membuat membuat keputusan

yang beretika. Setiap murid meninggalkan alam persekolahan

sebagai warga global yang telah dipupuk dengan nilai terus

sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Oleh itu, murid

merupakan harapan dan identiti nasional yang bakal menjadi

pemimpin.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply