Teks Pidato Malaysia 3

Teks pidato

Bismillahirrahmanirrahim.

Lafaz bismillah pembuka segala, puteri pemidato memulakan bicara. Sebelum bibir menitip kata membawa wacana Dadah Membawa Padah, sekalung apresiasi saya ucapkan buat pemimpin dewan yang budiman, kombinasi panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru- guru pendidik anak bangsa, dan seterusnya, hadirin hadirat sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Sebelum bahtera saya layarkan, sebelum layar saya kibarkan, sebelum kaki mengatur langkah, sebelum lidah mengatur bicara, biarlah saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini.

Menurut kamus dewan edisi keempat, dadah membawa maksud sejenis ubatubatan. Namun kini, dadah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat. Manakala membawa padah pula bermaksud mendatangkang akibat yang buruk kepada penagih dadah.

Tuntasnya, tajuk Dadah Membawa Padah mengkehendakkan saya untuk mengupas contoh kesan penyalahgunaan dadah.

Hadirin warga dewan yang cendikia,

Antara kesan pengambilan dadah ialah dadah boleh membawa kesan yang buruk terhadap fizikal. Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuk pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot. Dengan lain perkatan, keadaan diri mereka tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Ia juga menyebabkan masyarakat akan berpecah-belah dan secara tidak langsung kemajuan negara akan merosot kerana masyarakat tidak bersatupadu. Selain itu, dadah juga memberi kesan yang mendalam kepada mental dan emosi. Kesan ini lazimnya dipanggil kesan psikologi iaitu kesan pengaruh dadah pada otak dan minda. Mereka seakan-akan tidak terpijak di alam nyata. Pada masa yang sama seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Mereka tidak segan silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tangungjawab. Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang itu menggunakan dadah lebih banyak pada jumlah untuk mendapatkan euforia. Fenomena ini disebut toleran ataupun keadaan lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan berulang kali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah.

Warga dewan penerus wawasan,

Ingatlah bahawa dadah membawa kesan yang sangat buruk kepada diri sendiri. Kesan yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan penagihpenagih dadah, penjenayah, penipu, dan tidak bertanggungjawab dalam kerja atau pengajiannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan dalam berkhayal. Penagih juga turut kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, rasa ketagihan yang berlebihan dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Antara contoh perilaku buruk akibat pengambilan dadah yang berlebihan ialah pandai menipu, menyamun untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah dan tidak mahu mengakui penglibatan dalam penagihan dadah.

Seterusnya, ia juga turut memberi kesan terhadap keluarga. Ia telah menyebabkan rumahtangga akan menjadi porak peranda, perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga yang mana pada akhirnya, anak-anak menjadi mangsa keadaan. Anak tidak dapat menikmati kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa mereka dan menyebabkan mereka menjadi murung. Sidang dewan sekalian,

Pengambilan dadah bukan sahaja memberi kesan terhadap keluarga, malah ia juga turut melibatkan masyarakat sekeliling. Ia akan menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain. Selain itu, mereka juga akan menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Sebagai contoh, apabila berlakunya kes jenayah seperti pecah rumah, jiran tetangga berkemungkinan besar akan menuduh si penagih berkenaan. Hal ini telah menyebabkan, ahli keluarga penagih ini disisih atau disebut juga dipulau oleh masyarakat sekeliling.

Akhir sekali, dadah memberi kesan kepada ekonomi dan keselamatan negara. Pihak kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat dari masalah dadah yang melanda di negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara antara lain ialah dari segi kos nyata dan kos tidak nyata.

Golongan masyarakat yang terbesar yang terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin di hari muka. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20-29 tahun.

Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subversive boleh menggunakan dadah sama ada untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung atau menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, dadah membawa padah. Jadi, jagalah tingkah laku kita kerana sesal daulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sekian,puteri pemidato mengundur diri.

Leave a Reply