TEKS PIDATO.docx : Koordinator Bicara, Kombinasi Dif

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekalung penghargaan kepada koordinator bicara, kombinasi dif kehakiman peneraju keadilan, kehormat yang dihormati, generasi bebas dadah sekalian. Selamat bertemu dan salam Satu Malaysia daripada saya. Generasi muda harapan bangsa, negara maju ke hadapan dengan wawasan. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Menurut laporan Astro Awani bertarikh 11 Januari 2015, seramai 29 individu termasuk 2 anggota polis bantuan telah ditahan di Shah Alam ketika sedang khayal disyaki akibat penggunaan dadah di bilik sebuah hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang. Sayang, seribu kali sayang. Impian negara menjadi negara bebas dadah menjelang 2015 semakin malap dan gelap. Persoalannya, apakah kaitannya isu penagihan dadah dengan kemusnahan bangsa? Demikianlah kata-kata pembuka bicara, pengiring mauduk pilihan hati pada hari ini iaitu Dadah Pemusnah Bangsa.

Sidang penonton penuh santun,

Sebelum bahtera berlayar lebih jauh, eloklah kita menelusuri definisi konseptual agar pidato pada hari ini terisi dengan visi. Dadah, satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan. Ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Selain itu, dadah juga memberi kesan kepada tingkah laku pengguna. Akibatnya, individu tersebut mula ketagih seterusnya bergantung hidup dengannya. Beberapa jenis dadah telah dilarang pengambilannya. Contohnya, kokain dan ecstasy. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import eksport, pemilikan dan penyalahgunaannya.

Sidang hadirin,

Usul bicara kita pada hari ini akan meninjau isu dadah yang bertanggungjawab dalam kejatuhan bangsa. Bagi mengupas persoalan, empat cetusan idea saya unjurkan. Fokus pertama ialah dadah meleburkan integriti. Demi melangkah ke masa hadapan yang cemerlang gemilang dan terbilang, negara harus bijak mengurus kejayaan, perlu tegas mengatasi kekurangan. Cabaran yang paling besar ialah pemantapan etika dan integriti. Disebabkan dadah, negara tercemar dengan jenayah. Jenayah tersedia parah semakin membarah. Kejujuran bukan lagi amanah. Rasuah dimana-mana. Penyeludupan berleluasa. Oleh itu, benteng ketahanan negara menjadi lemah, kemerdekaan yang diperoleh dengan jerih payah, musnah.

Sidang umat bermatlamat,

Fokus kedua. Dadah melumpuhkan institusi kekeluargaan. Hadirin hadirat sekalian, keluarga merupakan medium utama melahirkan bangsa. Melaluinya, terbentuklah warga, muda, belia dan dewasa. Persoalannya, bagaimana keadaan sebuah keluarga jika ditunjangi oleh ketua yang rosak akibat dadah? Izinkan saya memberi sebuah analogi sebuah kapal berlayar di samudera. Umumnya, sebuah kapal tidak belayar tanpa nakhoda. Jika tidak, ia samalah seperti kereta bergerak tanpa pemandu, bukan sahaja tiada hala tuju, silap-silap menjengah ICU. Kerana dadah, bapa menjadi sasau, ibu berasa galau, anak entah ke mana merayau tiada yang memantau, keluarga kacau, bilau. Tidak cukup dengan itu, dadah merenggut kasih sayang yang terjalin secara alami iaitu pertalian darah. Satu kes pernah berlaku kepada seorang penagih dadah berusia 22 tahun. Kerana sepuluh ringgit Malaysia, kediaman keluarga dibakar. Mungkin hadirin terkedu, namun itulah yang berlaku. Ke mana hilangnya kasih? Ke mana lesapnya sayang? Anak yang ditatang, kerana sepuluh ringgit menjadi berang. Justeru, punahlah harapan negara. Misi melahirkan generasi gemilang ibarat jauh api dari panggang.

Warga celik lagi terdidik,

Fokus ketiga. Dadah membantutkan perkembangan intelegensia, Golongan yang dididik menjadi intelek memilih cantik dengan yang jelik. Tidak dapat saya bayangkan, 20 ke 30 tahun lagi, jika penagih dadah dibiar sendiri pada hari ini. Gejala ini tidak disokong namun, tidak juga dibendung. Jiwa-jiwa yang terisi dengan ilmu bagai badak tidak bersumbu. Ada ilmu tetapi buntu. Pernah atau tidak kita terfikir, sekiranya intelegensia tidak lagi dilahirkan, apakan terjadi kepada negara? Negara akan sumbing tanpa calon-calon pemimpin masa depan. Bermula dengan Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan sehingga kini Dato Seri Najib, sejarah membuktikan kerajaan berdiri dengan pimpinan. Akan datang? Siapa yang menentukan? Maka, jelaslah hala tuju Wawasan 2020 yang digagaskan masih jauh untuk dicapai bila dadah sebagai kekangan.

Sidang saksi bervisi,

Beralih kepada fokus keempat iaitu dadah membejat ekonomi negara. Jika dipandang jauh ke hadapan, bagaimana ekonomi negara boleh terkesan dengan masalah ini. Seorang penagih dadah pasti memerlukan wang yang banyak untuk menampung hidup. Walaubagaimanapun, lihat sahaja pada tubuh, otot dan sendi ibarat lumpuh, mudah tumbang dek angin tiup. Logiknya pada fikiran saya, manusia dalam keadaan ini tidak mampu melakukan aktiviti dengan mandiri apatah lagi di bidang profesional dan industri. Maka, berlakulah kemerosotan produktiviti. Menyumbang kepada ekonomi? Jauh sekali! Negara yang rugi. Negara memerlukan golongan belia, yang terdiri daripada pahlawan dan serikandi. Sebagai penggerak bermisi dan penyuuh bervisi dalam pembangunan negara ini. Keadaan makin teruk, apabila negara terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit Malaysia, bagi mengurus setelah membina pusat-pusat pemulihan dan serenti bertujuan menampung manusia-manusia bertidak bodoh. Padahnya, ekonomi negara merudum, hutang semakin menimbun, rakyat hilang senyum. Siapa yang harus dipersalahkan?

Sidang pendengar setia,

Memetik kata-kata, Prof. Dr. Muhaya dalam bukunya Bahagia Membahagiakan Kaedah Transformasi Minda, kehidupan adalah bagaimana kita menyediakan diri kita bagi mengharunginya. Ia penuh dengan liku-liku, namun disebaliknya adalah kemanisan. Fikir-fikirkan. Sekian wabilahhitaufiq walhidayah wassaalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Satu Malaysia.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh. Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Sidang hadirin ,

Bunga ini bunga palsu, namun, semangat saya tidaklah palsu. Dengan niat menyampaikan ilmu, boeh disemai di dalam pasu, membuahkan hasil beribu-ribu, pelaburan, juga begitu, dengan keuntungan sebagai madu, serta risiko sebagai penunggu, bukan jin bukannya hantu, tetapi mengganggu seperti kutu, membuatkan saya tergaru-garu.

Penjelasan

Sidang hadirin, komponen pertama (isi 1)
Oleh itu,..

Beralih kepada, komponen kedua (isi 2)..
Maka…

Kesimpulan

Jadi sidang hadirin, saya tinggalkan anda dengan ilmu. Kesimpulannya, saya petik kata-kata Nabil, lu fikirlah sendri. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh. Salam Satu Malaysia. Warga celik.. serikandi mengundur diri.