Pidato Draf : Bismillahirrahmannirrahim

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum wbt

Salam apriasiasi buat saudari peneraju acara, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, dif-dif kehormat yang dihormati seterusnya saudara dan saudari pencetus inovasi

David Cyrstal dalam The Cambridge Encyclopedia of Language menyatakan daripada 3000 hingga 10000 bahasa di dunia , hanya 6000 daripadanya masih dipertuturkan. Namun, daripada jumlah itu hanya 2 sahaja menjadi Bahasa rasmi, yang mana dituturkan lebih daripada 50 juta orang di dunia. Salah satu adalah Bahasa Melayu

Bahasa Melayu Merentas Dunia.

Begitulah tajuk pidato yang akan kita hayati bersama, buat kesedaran dan tatapan generasi muda

Menurut kamus dewan edisi ke4 Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Manakala Melayu bermaksud nama suatu bangsa dan bahasa. Secara generelisasinya, bahasa melayu sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah MalaysiaIndonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. 

Dunia pula membawa pengertian dunia dan segala yang terdapat di permukaannya

Ringkasnya mauduk pidato sy menuntut kita mengetahui dan menghayati kehebatan bahasa melayu di pentas antarabangsa

Hadirin sekalian,

Apabila menyentuh sahaja soal Bahasa melayu, saya pasti dalam kotak fikiran kita semua akan membayangkan betapa bosan, klise, sudah biasa dan pelbagai lagi rasa yang menunjukkan betapa kurangnya minat kita terhadap Bahasa ibunda ini

Jika inilah tanggapan kita, anda silap

Kerana hakikatnya Bahasa Melayu ini merupakan Antara Bahasa terulung dengan berada pada tangga ke 5 dunia dan memilik penutur lebih dari 300 juta orang hebat bukan?

Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih berkenaan kehebatan Bahasa yang berjaya meretas dunia ini, tiga kata ? akan saya kupas. Pertama Bahasa Melayu dalam lipatan sejarah dunia. Kedua, ketinggian Bahasa melayu terus dijulang, dan ketiga, cabaran dan perjuangan memperkukuh kegemilangan

Pertama, Bahasa melayu dalam lipatan sejarah dunia.

Sudah terlalu banyak orang bercerita, perihal kegemilangan melayu Melaka, sebuah kawasan pinggir selat yang dahulunya usang, namun berkembang menjadi pelabuhan yang gemilang, tak perlu saya ulang. Akan tetapi, perkara penting yang perlu kita tahu ialah perkembangan Bahasa melayu pada era itu. Pada ketika itu, setiap pedagang yang berurusan dengan kerajaan Melaka perlu pandai menggunakan tulisan jawi. Malah Bahasa melayu diangkat menjadi lingua franca di nusantara, yakni Bahasa pertuturan utama buat seluruh bangsa pedagang dan penduduk tempatan. Selain itu, menurut Francois Valentoin, abad ke-16 menyaksikan penggunaan Bahasa melayu bukan sahaja teramal dalam lingkunan kepulauan melayu sahaja bahkan telah sampai ke Filipina, sehingga ke parsinjuga masyarakat turut menuturkannya. Sebab itulah, tidak hairanlah bermula seawal abdke 12 dan 13, budaya menterjemah karya asing ke dalam Bahasa melayu sudah menjadi amalan penduduk tempatan, sehinggalah terhasilnya terjemahan Aqaid al-nafsi karya Syed Muhammad Naquib Al-Attas sebagai manuskrip tertua Bahasa melayu. Tidak cukup dengan itu, malah i-ching, seorang rahib budha dari china juga sanggup berlayar ke tanah melayu semata-mata untuk belajar melayu bagi pengajian agama budha anutan masyarakat china. Apa yang boleh kita gambarkan daripada dengan bukti-bukti ini? Hakikatnya, semenjak zaman permulaan tamadun melayu, Bahasa melayu terlebi dahulu menyusur benua, membelah samudera, membawa idetiti ibunda di celah keagungan masyarakat Antara bangsa sekaligus membuktikn Bahasa melayu telah Berjaya merentas dunia. Sesuatu yang perlu kita banggakan

Hadirin sekalian,

Kedua, ketinggian Bahasa melayu terus dijulang

Hari ini kita lihat, Negara sudah banyak menempa nama di persada antarabangsa. Sama ada dari aspek politik, keamanan, ekonomi, mahupun bidang sukan, Malaysia memang hebat di mata dunia. Seperti kata bidalan, .., memang sudah namanya Malaysia, segalanya Berjaya dirangkul hingga k puncak jaya, tidak terkecuali Bahasa melayu kita. Tahukah anda, menurut professor mikhiro moriyama, dekan university nanza, jepun, melalui makalahnya Lost time and untold storis from malay world, menyatakan semenjak 100 tahun dahulu, bangsa jepun sudah mula mempelajari Bahasa melayu, bahkan 1912 juga turut diterbitkan buku Bahasa melayu pertama berjudul marai-go dokusyu yang lengkap bertulisan jawi. Malah pakar Bahasa melayu di rusia dr Tatiana v dorofeeva telah Berjaya memperkenalkan pengajian khusus Bahasa melayu dalam pengajian tinggi di institute Negara-negara asia dan Africa, Moscow state university. Lihatlah, sudah terang lagi bersuluh, sehingga ke era moden sebegini pun, Bahasa melayu yang dulunya masyur, masih diangkat dan dijulang oleh masyarakat dunia. Semuanya berlumba-lumba untuk mengenal keindahan dan adab sopan Bahasa kita. Bukti ini menggambarkan betapa Bahasa melayu sememangnya Berjaya merentasi dunia

Ketiga, cabaran dan perjuangan memperkukuh kegemilangan

Hadirin sekalian, berdasarkan 2 kata kunci tadi, tidakkah kita sedar sebenarnya Bahasa melayu bukanlah Bahasa kampungan. Ditambah nahunya yang tertib dan murni bagi menyampaikan makna penuh erti, bukan sekadar falazi atau majazi. proses pengantarabangsaan Bahasa melayu telah lama bermula apabila Bahasa itu diajar di university-universiti seluruh dunia. Sehingga hari ini ada kira-kira 130 pusat pengajian tinggi menawarkan pengajian Bahasa melayu merentasi benua amerika menganjur ke asia timur jauh hingga ke Australia dan new Zealand. Di China, bahasa Melayu mula mendapat perhatian pada 1950-an lagi apabila Fakulti Bahasa-Bahasa Timur Universiti Peking (Beijing) menawarkannya sebagai satu subjek. Sementara itu, di Korea Selatan, bahasa Melayu diajar di dua universiti, iaitu Universiti Hankuk dan Universiti Pusan

Dewan Bahasa dan Pustaka tetap teguh memperjuangkan kemaslahatan bahasa Melayu serta memainkan peranan penting dalam penglestarian bahasa ibunda ini. Inilah sebenarnya perjuangan yang perlu diteruskan. Kita sebagai anak muda juga turut bertanggungjawab dalam mempertahankan lambang bangsa kita. Pelbagai usaha memartabatkan bahasa Melayu dipergiat antaranya Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang dianjurkan setiap tahun sentiasa mendapat sambutan yang cukup membanggakan. Di arena inilah dapat disaksikan seluruh penuntut di segenap benua dunia berkumpul dan menguji keupayaan mereka berbahasa Melayu. Mereka berbangga berbahasa kita, malah meletakkan bahasa yang indah ini sebagai bahasa yang dipandang tinggi dalam kehidupan mereka. Maka terbukti, dunia memandang bangsa kita pada bahasa yang dituturkan.

Kesimpulannya,

Memang benar, semenjak ribuan tahun yang lampau, Bahasa melayu telah Berjaya merentas dunial katakana di mana saja, semuanya kenal dan faham Bahasa melayu. Pun begitu, setakat keagungannya sahaja, tidak cukup untuk melambangkan kekuatan bangsa. Dalam erti kata lain, kita sebagai penutur jati Bahasa melayu perlu sedar dan mengerti. Sematkan di dalam hati, untuk berbangga dengan Bahasa ini. Kerana kitalah pemilik keagungan Bangsa ini, kalau bukan kita, siapa lagi?pak tuah pernah berkata, takkan melayu hilang di dunia. Oleh itm ayuhlah, kita gunakan Bahasa melayu sebagai azimat yang jitu, pelengkap tamadun melayu. Jangan biarkan bangsa merosak Bahasa, hilang Bahasa, hilanglah bangsa. Sekian