Teks Pidato : Salam Apresiasi Buat Yang Dihormati Saudari

Salam apresiasi buat yang dihormati saudari pengerusi majlis. kombinasi panel hakim yang sentiasa berpegang pada prinsip keadilan,, penjaga masa yang setia menjaga masa, para pensyarah, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Bayangkan jika anda telah ditakdirkan sebagai seorang rakyat Yugoslavia ketika Krisis Bosnia Serbia dahulu? Bayangkan juga jika anda terpaksa mengharungi detik cemas dan gelap Perang Dunia Kedua? Kita semua bernasib baik kerana sebagai warga negara Malaysia yang megah Merdeka. Tunku adbul rahman al haj bapa kemerdekaan kita dalam perancangan kepada perpaduan bangsa egara yang dinamik telah dirangka dan kini perpaduan terus diperhalusi oleh perdana menteri ke-6 dato seri mohd najib bin tun abdul razak di bawah gagasan 1 malaysia. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

Oleh yang demikian, berdirinya saya di persada ini akan saya warnai dengan menyampaikan pidato yang bertajuk perpaduan teras dlam usaha menjayakan gagasan 1 malaysia

Sedang hadirian yang budiman,

Untuk mengelupas hal ini, 3 indikator yang akan saya utarakan…

Yang jauh kita dekatkan yang dekat kita rapatkan, Bidang pendidikan. Bagaimana bidang pendidikan boleh mewujudkan perpaduan dalam merealisasikan gagasan satu Malaysia? Terdapat lima hasil (Aspirasi Sistem) yang menjadi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan ini secara menyeluruh.

Antaranya adalah ekuiti utk semua pelajar di mana sistem pendidikan Malaysia berhasrat merapatkan separuh jurang sosioekonomi, antara bandar dengan luar bandar, dan gender dalam pencapaian murid menjelang 2020. Pengurangan jurang sosioekonomi dan antara bandar dengan luar bandar dijangkakan memberi impak terhadap jurang pencapaian antara negeri dan jenis sekolah. Kejayaan merapatkan jurang ini akan menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih saksama disamping mewujudkan perpaduan.

Bukan itu sahaja, salah satu pelan pembangunan pendidikan juga menyelitkan memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Oleh sebab murid menghabiskan lebih satu per empat daripada masa mereka di sekolah semasa mereka berusia tujuh hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan tempat untuk memupuk perpaduan. Melalui interaksi dengan individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik murid belajar memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian. Maka perkongsian nilai dan pengalaman dapat dibina untuk masa depan Malaysia. Melalui nilai dan pengalaman ini, maka terbentuk identiti nasional yang sama dan terjalinnya perpaduan negara. Bukan itu sahaja, penghayatan dalam subjek sejarah di peringkat sekolah menengah juga boleh dijadikan platform dalam memupuk sifat perpaduan dalam kalangan murid itu sendiri. Melalui pembacaan ilmiah seperti ini akan tersingkap cerita lama yang akan membuka mata mereka tentang berharganya erti sebuah perpaduan dan juga kemerdekaan.

Sidang hadirin yang bervisi

Indikator saya yang kedua adalah,

Sidang hadirin yang saya kasihi

Indicator saya yang terakhir adalah individu sebagai tonggak dalam perpaduan bagi menjayakan gagasan 1 malaysia ini. Sejak di bangku sekolah lagi kita selalu didedahkan dengan hal nilai-nilai murni, ini kerana kita hidup dalam bermasyarakat yang majmuk punya kepelbagaian dari pelbagai sudut. Antara nilai murni yang dapat kita pupuk dalam seseorang individu adalah saling hormat menghormati, bukan sahaja antara yang muda dengan yang tua namun antara semua kaum yakni menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut agar kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan isi kandung dalam perlembagaan persekutuan yang ada dalam bahagian 1 negeri-negeri, agama dan undang-undang perkara 8 kurungan 2 tentang tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara dalam mana-mana undang-undang. Maka, dengan memupuk sifat nilai murni ini sudah pasti perpaduan dapat direalisasikan sebagai

kesinambungan berbudi bahasa juga merupakan nilai murni yang sangat penting kerana tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

Leave a Reply