Pidato Bmk Shereen Chooppismp Rbt Sem 3

Shereen Choo

PPISMP RBT SEM 3

Tajuk: Pidato

Definisi

Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan.

Tujuan

Memberi penerangan: menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting.

Memberitahu: perkara yang baru

Memberi keyakinan: meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topic

Mempengaruhi: Memberi penekanan dan perhatian

Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik

Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.

Aras bahasa bersesuaian dengan audien.

Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.

Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.

Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien

Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab

Gaya Penyampaian

Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.

Jangan kaku dan beraksi berlebihan

Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi.

Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai.

Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius.

Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

Gaya dan Intonasi

Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai.

Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian

Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.

Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk

Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi

Nada tinggi dan suara lantang apabila ingin memengaruhi

Format

Pembukaan

Pembukaan dengan salam pembuka (Yang BerbahagiaTuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagibijaksana, Yang Berusaha Tuan Pengarah, pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan sekalian).

Pendahuluan

Pendahuluan yang sedikit menggambarkan isi .

Isi

Dimulakan dengan ucapan terima kasih serta menytakan tujuan ucapan dan seterusnya isi ucapan.

Kata-kata penghadapan diletakkan untuk menarik minat pendengar seperti, hadirin sekalian dan saudara sekalian

Penutup

Penutup (kesimpulan, harapan, pesan, salam penutup,dan lain-lain)

Kemahiran Memulakan Pidato

Peringkat persediaan

* Tujuan

* Analisis audien dan majlis

* Kumpul maklumat

* Susun maklumat

* Anggar jangka masa

* Teliti tempat pidato

Peringkat permulaan ucapan

* Memberi salam

* Kata alu-aluan

* Menarik minat audien

* Tajuk pidato

Kemahiran menutup pidato

* Buat rumusan

* Nada suara yang lantang

* Unsur keindahan bahasa

* Meninggalkan soalan ransangan

* Harapan

* Ucapan terima kasih

* Memohon maaf

Jenis-jenis pidato

Pidato persuasif.

Bersifat persuasif/mendorong/mengajak.

Reaksi yang diinginkan adalah membangkitkan emosi agar pendengar dapat meyakini dan mungkin menimbulkan tindakan tertentu pada pendengar.

Pidato instruktif

Bersifat memberitahu

pengertian dan pemahaman pendengar bedasaran informasi.

Pidato rekreatif

Bersifat menghiburkan.

Menghibukan pendengar sehingga muncul suatu kegembiraan.

Ciri pemidato yang baik

mempelajari teknik berpidato yang betul.

menguasai ilmu pengetahuan dengan luas dalam pelbagai bidang.

mampu mengawal emosi dan menarik perhatian pendengar.

yakin dengan kebolehan diri.

Jenis-jenis pidato

Pidato pembukaan

Pidato sambutan

Pidato perasmian

Pidato pertanggung- jawaban

Pidato laporan

Pidato pengarahan

Adab pidato

Pakaian kemas dan sesuai

Sampaikan pidato secara berhikmah

Isi kandungan sesuai tajuk

Tidak menyemtuh sensitiviti mana-mana kaum

Bahasa sesuai dan sopan

Ucapan tidak menyentuh peribadi sesaorang

Kesan pidato yang baik

Masyarakat

Menyatu-padukan masyarakat

Memberi motivasi ke arah perpaduan

Individu

Boleh mengubah sikap pendengar

Mudah menerima teguran