Apa Itu Pidato Pidato 

APA ITU PIDATO 

  Pidato boleh didefinasikan sebagai seni pengucapan dan ungkapan fikiran di khalayak umum dengan memakai bahasa yang indah untuk memikat dan memukau audiens untuk terus mendengar apa yang diperkatakan. Pidato dan pengucapan adalah tunggak kepada lahirnya sebuah masyarakat yang berkeyakinan, bertrampilan, berwibawa dan mampu mengeluarkan hujah dan idea berkesan bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya.

Ilmu pidato adalah satu cabang ilmu yang memerlukan kredibiliti dan pengasahan minda agar menjadikan sesutu bangsa itu bertrampilan dan berjaya. Kewibawaan diri dapat ditonjolkan dek kerana keyakinan dan kepetahan meluahkan bait perkataaan yang memukau pendengaran dan minda di hadapan khalayak ramai. Ianya berdasarkan prinsip fatonah (kebijaksanaan), amanah (kejujuran), tabligh (menyampaikan) dan siddiq (kebenaran) serta ukhwah (pertalian). Maka pidato yang diperjuangkan di sini sangatlah berkesan di dalam era masa kini.

  Pidato juga merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai dikalangan kita masih menganggap kebolehan ini satu keistemewaan warisan yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.

" Mempelajari ilmu pidato itu bukanlah suatu kemahuan tetapi merupakan suatu perkara penting di abad ini. Seperkara yang berteraskan kemahuan tidak bertahan lama namun suatu perkara yang berteraskan keperluan akan terus kekal."

  Kajian yang telah dijalankan di negara – negara barat dan melalui pemerhatian yang dibuat di tanahair membuktikan bahawa anggapan begini adalah tidak tepat dan tidak benar sama sekali. Kemahiran pidato ini sebenarnya boleh dipupuk atau diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan dengan panduan serta bimbingan dari pemidato yang terlatih dalam bidang ini.

  Kesimpulannya setiap induvidu yang normal boleh berpidato sekiranya diberi peluang mengenali dan mempelajari kemahiran tersebut secara terperinci dan bersistematik

KENAPA PIDATO ITU PENTING

Kemahiran berkomunikasi dan berpidato amat kritikal dalam menentukan keberkesanan pekerjaan (job effectiveness). Pidato semakin pesat menjadi faktor perbezaan (differentiator) untuk profesional IT, menurut Boyd Rodman, seorang prodesor IT. Ramai graduan kita mempunyai kemahiran teknikal dan pengurusan, tetapi masih tidak mampu meraih pekerjaan yang membanggakan.

"Kemahiran teknikal akan mendapatkan anda pekerjaan, tetapi kemahiran komunikasi dan berpidato akan mendapatkan anda kenaikan pangkat" Inilah kebiasaan nasihat yang diberikan kepada bakal – bakal graduan di sebuah kolej swasta di Amerika Syarikat tidak lama dahulu. Namun kini kemahiran teknikal saja tidak mencukupi untuk mendapat pekerjaan, apatah lagi untuk kenikan pangkat. Isu graduan menganggur sudah menjadi kritikal. Kebanyakan institusi pengajian tetinggi terutama di AS memastikan pelajar mereka mendapat latihan pidato dengan memasukkan pidato sebahagian dari kursus pengajian.

Trend industri adalah ke arah teamwork, kerja berpasukan. Sesiapa yang menjadi ketua kumpulan perlu membuat persembahan dan penyampaian keputusan penyelidikan kumpulan tersebut dan sudah pasti mendapat perhatian dan pengiktirafan. Orang Melayu banyak mengalah dalam hal ini, dan natijahnya bangsa lain yang mendapat pengiktirafan walhal yang mencetuskan idea adalah orang Melayu. Sifat kepimpinan sangat tipis dan adakalanya tiada langsung, bukan kerana tidak upaya tetapi tiada keyakinan diri..!

Pentingnya pidato dan kemahiran dalam pembangunan manusia amatlah nyata dan disokong oleh pelbagai pihak. Pidato memberi keyakinan diri. Ia membantu seseorang menyampaikan idea dan kreativitinya, kebijaksaannya untuk ditonjolkan ,didengari serta diiktiraf oleh sesiapa juga, dikongsi bersama untuk kemajuan dan pembangunan ummah.

Pericles menyatakan lebih 2300 tahun yang lalu bahawa "sesiapa yang membuat keputusan (judgement) atas apa – apa perkara tetapi tidak dapat menerangkannya dengan jelas lebih baik tidak berfikir langsung tentang perkara tersebut.

Kemahiran pidato adalah satu kemahiran yang diiktiraf seluruh industri, dalam bidang teknikal,pengurusan maupun ilmiah sebagai teramat penting. Walaupun pelbagai jenis media massa membanjiri sebagai alat komunikasi tetapi ianya tidak dapat mengambil alih komunikasi semuka. Pidato adalah cara melafazkan apa yang di minda,expressionof idea; memberi impak atas isu yang berbangkit; satu bentuk empowerment dalam demokrasi.

Oleh itu, masyarakat berpidato perlulah diwujudkan untuk membudayakan masyarakat yang maju pemikirannya, berani, berdaya saing dan mampu mematahkan hujah negetif bagi menghasilkan idea pembangunan serta pemodenan manusia yang positif dan masyarakat yang madani.