Contoh Isi Isi Pidato (IV)
GLOBALISASI MEMBAWA
LEBIH BANYAK KESAN
NEGATIF KEPADA
EKONOMI SESEBUAH
NEGARA
2KONSEP GLOBALISASIsatu proses integrasi tamadun manusia yang
berterusan
bermula dengan kata dasar globe ataupun
bumi
proses globalisasi menunjukkan satu proses di
mana dunia kita menjadi satu khasnya dari segi
ekonomi
Dunia hari ini sudah mulai jadi kecil bukan
kerana saiznya sudah berkurang tetapi kerana
perjalanan sudah menjadi mudah dan cepat
3Globalisasi yang bersifat global merangkumi
pelbagai aspek dari ekonomi sehingga
budaya dan meliputi seluruh pelosok bumi
Tinjauan PENITA menunjukkan bahawa
proses globalisasi sudah melebihi batasan
kebaikannya.
Kini ianya sudah menyerong mengambil
jalan negatif.
4Pesongan proses globalisasi menuju
ke arah negatif didorong oleh tiga
sebab yang utama, iaitu:
1.nafsu mencari keuntungan
2.menguasai pasaran
3.memperluaskan kuasa
5MEMBUKA RUANG
MENCARI KEUNTUNGAN
DENGAN KONSEP LIBERAL
DAN EKONOMI BEBAS
6usaha memansuhkan kawalan, subsidi,
tarif dan semua jenis perlindungan yang
diberi kepada pengusaha dan pedagang
tempatan
usaha yang baik sekiranya semua negara
ada pada satu tahap kemajuan dan
kebolehan yang sama
7penghapusan handicap perdagangan dan
membesarkan lagi jurang ketidakadilan
ekonomi antara negara-negara yang sudah
membangun dengan negara-negara yang
sedang membangun
wujudkan satu sistem handicap
perdagangan dalam sistem liberalisasi dan
ekonomi bebas yang boleh wujudkan
keadaan persaingan yang lebih adil
8MEMERLUKAN RUANG
DIBUKA UNTUK
MENGUASAI PASARAN
9konsep pasaran terbuka (free market) dan dunia
tanpa sempadan (borderless world)
dikemukakan dan dipraktikkan.
Apa yang diusahakan adalah untuk
menyeragamkan peraturanperaturan
pengurusan pasaran tanpa kawalan pihak
berkuasa. Lantas seperti dunia tanpa
sempadan.
Usaha ini giat dijalankan melalui APEC (Asia
Pacific Economic Caucus) dan WTO (World
Trade Organisation).
10Pasaran terbuka dan dunia tanpa
sempadan adalah konsep baik seperti
rumah terbuka tanpa pagar.
Keadaan ini hanya boleh dipraktikkan di
dalam keadaan tamadun dunia yang serba
ada, yang adil dan saksama, aman dan
damai.
11Dalam dunia dimana tujuannya adalah
menguasai pasaran, maka akan timbul
pula gejala monopoli dan saingan kurang
sihat dalam pasaran
kita perlu pagar dan juga kunci rumah bagi
melindung diri dari pencerobohan ini.
Kita boleh membuka rumah dan memberi
kebenaran masuk kepada kawan
sekiranya kita mahu.
12DEMI MENCAPAI HASRAT
MEMBUKA RUANG PELABURAN
ASING DAN MODAL ASING
SEBAGAI STRATEGI UTAMA
PEMBANGUNAN DITAWARKAN
OLEH NEGARA-NEGARA MAJU
KEPADA NEGARA-NEGARA
MEMBANGUN
13Ramai penentang globalisasi berpendapat
bahawa pelaburan asing, pinjaman modal,
tawaran bantuan bagi membina
keupayaan dan usaha pindah teknologi
negara-negara membangun kepada
negara-negara sedang membangun
adalah kata-kata indah.
Pengalaman telah menunjukkan jarang
dikotakan.
14Malah semua ini sudah menjadi helah dan
strategi bukan sahaja meluaskan kuasa ke
atas negara-negara membangun tetapi untuk
menjajah negara-negara tersebut.
Banyak negara-negara terjerat dalam strategi
ini menjadi negara terhutang dan negara yang
bergantungkan kepada bantuan semata-mata.
Mereka tidak bebas dalam erti kata sebenar.
Mereka sudah dijajah ala baru iaitu melalui
ekonomi.
15SEKIAN, TERIMA
KASIH
LOH LI YI
SHANGKARI A/P SIVABALAN