Teks Pidato 2 Tuan-tuan Dan Puan

Assalamualaikum w.b.t

Tuan-tuan dan puan puan

Saudara dan saudari sekalian

Sesungguhnya, nilai dan harga sebuah cinta akan Negara bukan hanya terukir pada nama, apatahlagi pada slogan-slogan yang berbeza, namun cinta akan Negara itu perlah lahir pada dari jiwa, perlulah lahir pada anggota, dan perlu lah terpahat pada minda kita, kerana percayalah, andai cinta ini tidak dijaga, andai cinta ini kita tidak pelihara, Jangan pernah kita menyesal tatkala Negara Malaysia tercinta, GUGUR, REBAH dan DIMAMAH OLEH PENJAJAH.

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat pengerusi majlis, kombinasi kehakiman bervisi, barisan guru-guru pencetus era globalisasi, Dif-dif kehormat seterusnya HADIRIN yang saya muliakan. Apa khabar anda semuanya. Alhamduliliah sihat belaka.

Pidato hari ini mengajak kita semua untuk koreksi diri, menyanggah stigma lapuk rakyat negeri kita, kononnya, Harga dan Nilai sebuah kemerdekaan itu terletak pada tapuk pemerintahan, (stop) . Namun, (PAUSE) sedarlah, sedarlah bangsaku, Demi harga diri bangsa yang bermaruah, Ayuh bersama kita berubah, Perkara 152 kita akngt dan julang bersama, untuk menjadi arah kiblat buat rakyat malysia yang tercinta, Kerana sesungguhnya MALAYSIA : DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.

Hadirin sekalian

Menurut tokoh nasional patriotic Prof dr Sir David Chrles dalam makalahnya yang berjudul dengan izin intellectual, development and Socieaty mendefinasikan CINTA, bukan hanya melibatkan perasan wanita kepada lelaki atau sebaliknya, cinta boleh dilaksanakan siapa sahaja, kepada apa sahaja, dan dimana sahaja. Cinta dan saying kepada anak, Cinta dan saying akan masyarakat, Cinta dan saying akan nusa dan Negara. Malaysia merujuk kepada sebu8ah Negara yang telah merdeka selama 57 tahun abadnya, dan memiliki bangsa penduduk yang berbeza, Namun masih mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Negara. Maka, Malaysia : disini lahirnya sbuah cinta mengkehendakkan kita untuk mencari nilai dan harga cinta kepada Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya akan bawakan anda kepada 3 perspektif utama untuk kita perhalusi, dan kita kaji bersama. Pertama, tentang permasalahan yang wujud akibat hilangnya rasa cinta akan negara. KEDUA LANGKAH_LANGKAH yang diambil bagi menyemai rasa cinta akan negara. Dan akhirnya saya akan tunjukkan kepada anda semua kejayaan-kejayaan yang kita kecapi pada hari ini untuk kita tatapkan dan sematkan dalam jiwa hati nurani.

INDIKATOR PERTAMA : ALANG-ALANG BERDAKWAT BIAR HITAM, ALANG-ALANG MANDI BIAR BASAH

Mari kita mengimbas kembali apa yang telah berlaku pada zaman arus pemodenan ini.Tokoh Greek dan juga Yunani pernah berkata Cinta akan Negara bukan sekadar menajdi sebutan semata mata, bukan menjadi boneka tatkala kita tiada, Jika kita benar menghayati makna cinta, mengapa masih terjadi setiap 15 minit satu pasangan Islam bercerai di Malaysia? Jika benar kita memahami makna cinta, mengapa setiap 5 hari seorang bayi kecil dibuang tanpa rasa berdosa dan jika benar kita cinta akan nusa dan bangsa, mengapa setiap hari 2 orang remaja lari dari rumah. Persoalannya, di masa rasa cinta kitapada negara? Apakah maksud laungan pada malam tanggal 31 Ogos hanya menjadi hiasan semata mata ?

Lebih menyedihkan lagi, Saat detik hitam 13 mei 1969, mencatatkan sejarah yang pasti tidak akan dilupakan oleh segenap lapiasan masyarkat kita. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dasyat yang berlaku pada 13 mei itu hampiir menghancurkan Negara sekkelip mata. Rumah dan kedai hangus dimusnahkan oleh penunjuk perasaan, sekatan jalan raya diadakan untuk menyekat merebaknya rusuhan, hingga menyebabkan kesesakkan jalan raya. Tuntasnya, adakah sejarah hitam itu yang anak-anak kita inginkan buat Negara kita.

WARISAN BANGSA,

INDIKATOR KE-2 KEPUNCAK SAMA DIDAKI , KELURAH SAMA DITURUNI.

Yang bekehendakkan kita untuk mengambil langkah bagi memupuk rasa cinta akan negara. Usaha pertama dapat dilihat melalui peranan ibu bapa dalam menyemai rasa cinta akan negara dalam diri anak-anak, dalam diri suami serta isterinya dan akhirnya membentuk keluarga yang tercinta. Alangkah manisnya apabila anak-anak kita menjadikan Dato Onn Jaafar sebagai idola dan bukannya Abraham Lincoln, alangkah indahnya apabila kanakkanak kecil yang baru berdikit mengatur kata namun sudah petah bercerita tentang perjuangan nenek moyong kita dahulu dan alangkah seronoknya andai anakanak muda kita lebih senang membincangkan tentang asal usul sejarah bumi kita yang tercinta ini.

Selain itu ialah media massa juga tidak dilupakan . Masihkah terbayang di mata anda, saat Leftenan Adnan Saidi lakonan Hairie Othman ditikam berkali-kali dengan bayonet oleh tentera Jepun.  Masihkah anda teringat kisah pengorbanan pahlawan agung Tok Janggut demi mempertahankan tanah air tercinta? Semua ini sudah cukup untuk membakar api di dada, menyemarakkan semangat yang membara, cuma satu suara yang bergema, Aku Anak Malaysia. Berbekalkan semangat yang utuh ini kita tidak mahu melahirkan masyarakat seperti kita SI KITOL yang mehancurkan empayar tamadun yang telah kita bina setelah kian abadnya. Dengan kemudahan yang serba kurang pada tahun 90-an pun kita mampu menghasilkan filem Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Anakku Sazali dan sebagainya. Kenapa tidak pada hari ini, kita giatkan lagi penerbitan pelbagai filem nasionalisme serta lagulagu patriotik? Untuk apa? Untuk mendekati serta menyelami hati budi Generasi Y yang sukakan hiburan untuk cinta akan negara kerana sesungguhnya di Malaysia: di sini lahirnya sebuah cinta.

Maka tuntasnya, dalam pembentukkan cinta kepada Negara , usaha perlu digarap bersama, seperti pepetah melayu ada mengatakan Kepuncak sama kita daki, kelurah sama kita turuni.

Hadirin pemangkin kecemerlangan negara,

KETIGA: DIMANA LANGIT DIPIJAK, DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Pelbagai kejayaan yang telah kita kecapi hasil usaha jerih getir, pahit manis pejuang-pejuang tanah air tercinta. Pertama, kejayaan anak muda Malaysia pertama seawal seusia 21 tahun, Misalnya Kapten James Anthony Tan telah mencipta rekod baru dunia selepas berjaya menamatkan penerbangan secara solo mengelilingi dunia selama 48 hari mengatasi seorang juruterbang muda warga Switzerland, Carlo Schmid, 22 tahun yang mengelilingi dunia selama 80 hari pada tahun lalu. Kejayaan ini seolah olah mimpi yang menjadi satu knyataan

Tidak cukup dengan itu, seorang atlet OKU, Bibiana Binti Ahmad, telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat global dengan memenangi Pingat Perak di Kejohanan Sukan Powerlifting Sukan Sea di Myanmar pada tahun 2014 bagi Kategori Angkatan 50 KG bagi Kategori Berat Badan 57 KG. Bahkan, ahli sukan kita yang bertaraf dunia seperti Datuk Nicole David dan DATUK LEE CHONG WEI masih berdiri di bawah panji Jalur Gemilang walaupun negara luar menadah tangan untuk menerima beliau. Persoalannya (PAUSE) mengapakah beliau tetap tidak tergoda dengan penawaran lumayan yang diberikan oleh negara lain? Jawapannya dek kerana semangat cinta akan negara yang terpahat dalam diri anak bangsa tersebut, Sehingga mereka sanggup berbakti, berusaha dengan gigih mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. SYABAS dan TAHNIAH buat anak bangsa ini.

Maka jelaslah, kejayaan yang dapat kita kecapi hari ini adalah dek kerana adanya perasaan bibit cinta akan Negara dan nusa kita.

Hadirin,

Cinta yang saya ceritakan kepada anda , BUKANNYA cinta seperti adam dan hawa, mahupun yusuf dan zulaika, Namun cinta yang saya ceritakan ialah cinta seorang rakyat buat negaranya. Seperti cinta saya dan anda semua kepada Malaysia.

Tuntasnya, andai matahari dan bulan juga saling berkebengantungan apatah lagi kita manusia dalam kehidupan seharian. Betapa, hari ini kita sudah tahu menilai hirif, bijak menghitung angka, ingat akan irama, serta kenal awal dan akhirnya. Justeru, , saya cukup percaya dan juga yakin, betapa pada saat ini, di bumi ini. LAHIRNYA SEBUAH CINTA YANG TIADA NOKTAHNYA. SEKIAN